Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Marc Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini
MotoGP

#MotoGP2026: Marc Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez membuktikan Sachsenring masih ‘miliknya’ apabila meraih kemenangan bergaya pada MotoGP Grand Prix (GP) Jerman 2026, sekali gus melengkapkan hujung minggu sempurna selepas turut menjuarai perlumbaan Sprint.

Kemenangan itu merupakan yang ke-10 Marquez di Sachsenring dalam kelas MotoGP, menyamai rekod legenda Giacomo Agostini, selain menjadi kemenangan ke-102 sepanjang kariernya. Lebih penting, keputusan tersebut melonjakkan pelumba Ducati Lenovo Team itu ke tangga ketiga keseluruhan kejuaraan selepas sebelum ini ketinggalan lebih 100 mata.

Marquez Kuasai Perlumbaan Sejak Awal

Bermula dari petak utama, Marquez mempertahankan kedudukan pendahulu sebaik lampu hijau menyala, manakala adiknya, Alex Marquez (Gresini Ducati), mengekori di tempat kedua di hadapan pasangan SuperFile Trackhouse MotoGP, Ai Ogura dan Raul Fernandez.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan Jorge Martin (Aprilia Racing), Pedro Acosta (RedBull KTM Factory Racing) dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo) masing-masing berjaya memintas Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) pada pusingan awal untuk memperbaiki kedudukan.

Nasib Malang Dua Pelumba Ducati

Perlumbaan mula berubah apabila Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46) mengalami kemalangan ketika mengejar Ogura, sekali gus menamatkan perlumbaannya lebih awal dan menghapuskan peluang merampas kedudukan pendahulu kejuaraan sebelum cuti pertengahan musim.

Tidak lama kemudian, Alex Marquez turut tersungkur selepas kehilangan cengkaman tayar hadapan ketika berada di tempat kedua. Insiden itu membuka ruang kepada Marc Marquez melebarkan jurang pendahuluan kepada lebih satu saat.

Ogura Cemerlang, Fernandez Lengkapkan Podium

Ketika Marquez semakin selesa di hadapan, tumpuan beralih kepada perebutan tempat kedua antara dua pelumba Trackhouse, Raul Fernandez dan Ai Ogura.

Ogura akhirnya berjaya memintas rakan sepasukannya sebelum terus menjarakkan diri untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Fernandez pula memastikan Trackhouse meraikan dua pelumba di podium buat perlumbaan kedua berturut-turut dengan menamatkan aksi di tempat ketiga.

Perebutan Gelaran Semakin Sengit

Kemenangan itu memberikan Marquez kutipan maksimum sepanjang hujung minggu dan kini hanya dipisahkan beberapa mata daripada kelompok pendahulu, sekali gus menghidupkan semula persaingan memburu kejuaraan dunia.

Dalam masa sama, Ogura terus menyerlah apabila meraih podium ketiga berturut-turut dan kini menghuni tangga kedua keseluruhan, hanya 14 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Jorge Martin.

Acosta Kembali Cemerlang, Martin Kekal Pendahulu

Pedro Acosta menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam aksi pertamanya selepas menjalani pembedahan sindrom carpal tunnel, manakala Martin berjaya mempertahankan kedudukan kelima selepas bersaing dengan rakan senegaranya. Francesco Bagnaia berjaya meraih tempat ke keenam.

Fabio Quartararo menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, diikuti Luca Marini (Honda HRC Castrol) , Enea Bastianini (RedBull KTM Tech3) dan Brad Binder (RedBull KTM Factory Racing) bagi melengkapkan kelompok 10 terbaik.

MotoGP Berehat Sebelum Bersambung Di Silverstone

Turut mengutip mata di Sachsenring ialah Diogo Moreira (Pro Honda LCR), Jack Miller (Prima Pramac Yamaha), Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46), Alex Rins (Monster Energy Yamaha) dan Toprak Razgatlioglu (Prima Pramac Yamaha), manakala Cal Crutchlow (Castrol Honda LCR), Maverick Vinales (RedBull KTM Tech3) serta Joan Mir (Honda HRC Castrol) gagal menamatkan perlumbaan.

Saingan MotoGP kini memasuki cuti musim panas selama tiga minggu sebelum kembali bersambung di Litar Silverstone, Britain. Jorge Martin masih mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan 14 mata ke atas Ai Ogura, namun kebangkitan Marc Marquez dijangka menjadikan perebutan gelaran dunia semakin sengit pada baki musim 2026.

SUMBER: MotoGP

Ai Ogura Alex Marquez Ducati Lenovo Francesco Bagnaia Grand Prix Jerman Gresini Ducati jorge martin Marc Marquez MotoGP2026 Pedro Acosta raul fernandez Sachsenring
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Viper Niza Racing di 24H Nurburgring
    Sukan Permotoran

    Viper Niza Racing Raih Podium Keseluruhan Pertama Michelin 24H Series di Nürburgring

    07/07/2026
    World Ducati Week (WDW) 2026 | Lenovo Race of Champions
    Sukan Permotoran

    Hafizh Syahrin Raih Tempat ke-10 Lenovo Race of Champions Ducati, Bulega Muncul Juara

    07/07/2026
    F1 GP Britain 2026
    Formula Satu

    #F12026: Scuderia Ferrari Juara 1-3 di GP Britain yang Penuh Drama

    07/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: ‘Kerusi Muzikal’ Musim 2027 Sudah Bermula, Siapa Sudah Duduk, Siapa Masih Berdiri?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.