Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Quartararo Kembali Menyinar, Duo Suzuki Rampas Podium Yamaha di Catalunya!
Auto Terkini

Quartararo Kembali Menyinar, Duo Suzuki Rampas Podium Yamaha di Catalunya!

AryonBy Aryon28/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA harapan, Fabio Quartararo kembali memijak pentas podium sebagai juara dalam aksi GP Catalunya semalam selepas kali terakhir melakukannya di Jerez, sekali gus melonjakkan kembali statusnya sebagai pendahulu Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 setakat ini.

Yamah hampir menghantar trio pelumbanya ke podium, tetapi malang menimpa veteran Valentino Rossi yang berada di kedudukan kedua pada masa itu apabila beliau terjatuh di Turn 2 ketika perlumbaan berbaki lagi sembilan pusingan.

BACA >>> Valentino Rossi Sah ke Petronas Yamaha SRT Musim Depan!

Sementara itu, Franco Morbidelli yang menggantikan kedudukan kedua Rossi pula bergelut masalah tayar dan memberikan ruang kepada duo Suzuki Ecstar memintasnya, Joan Mir dan Alex Rins untuk meraih podium kedua dan ketiga.

Ini juga podium pertama buat Rins musim ini dan juga kali pertama Suzuki meraih podium berganda sejak terakhir melakukannya 13 tahun lalu, iaitu pada 2007.

Prestasi Rins sedikit merosot musim ini berikutan kecederaan patah tulang bahu dialaminya, sebaliknya rakan pelumba Mir dianggap sebagai calon pencabar juara musim ini selepas beraksi cemerlang sepanjang lima pusingan terdahulu dengan empat pusingan meraih podium.

Lagi pencabar juara, Andrea Dovizioso gagal meraih sebarang mata apabila terkeluar daripada saingan selepas terbabit kemalangan dengan Johann Zarco di Turn 2 seawal lap pembukaan. Zarco ketika itu sedang cuba mengelak terlanggar pelumba Ducati Danilo Petrucci yang berusaha mengawal jenteranya daripada terbabas.

Juara pusingan lalu, Maverick Vinales sekadar berpuas hati di tempat kesembilan.

BACA >>> Vinales Juara! Ramai Pelumba Termasuk Rossi Tersungkur di Pusingan Kedua GP Itali

KEPUTUSAN MOTOGP CATALUNYA

  1. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) 40m 33.176s
  2. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +0.928s
  3. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +1.898s
  4. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +2.846s
  5. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) +3.391s
  6. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) +3.518s
  7. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +3.671s
  8. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +6.117s
  9. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +13.607s
  10. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +14.483s
  11. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +14.927s
  12. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +15.647s
  13. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +17.327s
  14. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +27.066s
  15. Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) +27.282s
  16. Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) +28.736s
  17. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +32.643s
  • Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) DNF
  • Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) DNF
  • Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) DNF
Auto Terkini Fabio Quartararo GP Catalunya MotoGP 2020 Petronas Yamaha SRT sukan permotoran Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.