• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vinales Juara! Ramai Pelumba Termasuk Rossi Tersungkur di Pusingan Kedua GP Itali

Vinales Juara! Ramai Pelumba Termasuk Rossi Tersungkur di Pusingan Kedua GP Itali

September 21, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales akhirnya meraih podium pertama buat kali pertama musim ini di GP Emilia Romagno dan selepas Francesco Bagnaia (Pramac Ducati) terjatuh ketika perlumbaan berbaki 7 lap dengan 1.2 saat di depan.

BACA >>> #MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan

Joan Mir (Suzuki Ecstar) yang meraih podium ketiga pusingan lalu, kali ini melonjak ke tempat kedua selepas beraksi cemerlang walaupun bermula di grid ke-11.

Sementara itu, pelumba satelit Yamaha, Fabio Quartararo dikenakan penalti 3 saat kerana gagal melakukan penalti lap panjang (long-lap) kerana menunggang melebihi had laju dibenarkan sebelum mula perlumbaan, sekali gus memberikan kelebihan kepada pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro untuk meraih podium ketiga.

BACA >>> Rossi: Yamaha dalam Hati, Aku Akan Akhiri Karier di Sini

Franco Morbidelli pula dirempuh jentera abang Pol, Aleix Espargaro seawal lap 1 yang langsung memadamkan cabarannya untuk berada dalam kelompok atas. Veteran Valentino Rossi pula tersungkur ketika di kedudukan ke-7 , manakala Brad Binder (Red Bull KTM) terbabit kemalangan ketika di kedudukan ketiga.

Jack Miller (Pramac Ducati) juga gagal meneruskan perlumbaan akibat masalah teknikal. Andrea Divizioso (Ducati Team) kini cuma memiliki bekal satu mata untuk dibawa ke GP Barcelona, minggu depan.

Stefan Bradl yang menggantikan juaran bertahan Marc Marquez tidak berlumba kerana menjalani pembedahan saraf tangan. Cal Crutclow disahkan tidak cergas untuk berlumba pasca perlumbaan kerana masih dalam proses penyembuhan selepas pembedahan lengan.

BACA >>> Marquez Akui Musim MotoGP 2020 Sudah Berakhir

KEPUTUSAN GP EMILIA ROMAGN
  1. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) 41m 55.846s
  2. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +2.425s
  3. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +4.528s
  4. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +6.419s
  5. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) +7.368s
  6. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +11.139s
  7. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +11.929s
  8. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +13.113s
  9. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +15.880s
  10. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +17.682s
  11. Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +23.144s
  12. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +24.962s
  13. Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) +30.008s
  • Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* DNF
  • Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) DNF
  • Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) DNF
  • Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) DNF
  • Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* DNF
  • Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2018 Argentina GP, auto terkini, GP Itali, GP Misano, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP 2020, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
  • #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
    #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my