Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan
Auto Terkini

#MotoGP2020: Giliran Morbidelli Bawa Petronas Yamaha Jadi Juara, Rossi Kempunan

AryonBy Aryon13/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSINGAN keenam Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 di Misano diungguli pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang mendahului pesaing lain seawal mula perlumbaan hingga bendera grid dikibarkan.

Pelumba Pramac Ducati, Francesco Bagnaia meraih tempat kedua dalam kemunculan pertama selepas kecederaan dialaminya, manakala pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir berjaya mengetepikan veteran, Valentino Rossi pada lap terakhir.

BACA >>> Rossi: Aku Cakap 99% Sebab Belum Sign, Mana ada Nak Bersara?

Rossi sebelum ini beraksi cemerlang dalam pusingan latihan bebas ketiga apabila mencatatkan pusingan terpantas, tetapi bermula di petak ke-14 dan hampir saja merangkul podium kedua musim ini sebelum hasratnya itu dileburkan Mir.

Rakan pasukan Morbidelli, Fabio Quartararo, terbabit nahas sebanyak dua kali hingga memaksa dia melepaskan ranking pertama keseluruhan kepada pesaing terdekat daripada Ducati Team, Andrea Dovizioso dengan perbezaan 6 mata.

Sementera itu, Cal Crutchlow disahkn tidak cergas akibat kecederaan pasca pembedahan lengan kanannnya yang juga tidak dapat berlumba untuk saingan minggu depan.

Juara bertahan, Marc Marquez (Repsol Honda) pula memasuki pusingan kelima tidak dapat memanaskan trek MotoGP musim ini berikutan kecederaan patah tangan dialaminya. Dia diklatakan memerlukan masa dua hingga tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya. Pelana ditinggalkan pelumba Sepanyol itu digantikan Stefan Bradl yang gagal memberikan sebarang impak signifikan.

Litar Misano baru saja diturap menjelang pusingan MotoGP tahun ini yang menjadikan permukaan trek sangat mencengkam dan beralun. Litar ini juga pusingan pertama yang dibenarkan menerima kunjungan penonton dengan jumlah dihadkan kepada 10,000 orang sahaja.

BACA >>> Siapa Cakap Dovizioso Masuk Petronas SRT?

KEPUTUSAN GP SAN MARINO, MISANO
  1. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) 42m 2.272s
  2. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) +2.217s
  3. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +2.290s
  4. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +2.643s
  5. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +4.044s
  6. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +5.383s
  7. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +10.358s
  8. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) +11.155s
  9. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +10.839s
  10. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +12.030s
  11. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) +12.376s
  12. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +12.405s
  13. Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +15.142s
  14. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +19.914s
  15. Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +20.152s
  16. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +22.094s
  17. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +22.473s
  18. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +37.856s
  19. Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) +78.831s
  • Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) DNF
  • Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
Auto Terkini franco morbidelli GP Misano 2020 GP San Marino MotoGP 2020 Petronas Yamaha SRT sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    11/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.