Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April
Auto Terkini

Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam10/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KONFLIK yang berlarutan di Asia Barat menyebabkan harga minyak mentah global meningkat mendadak, sekali gus melonjakkan perbelanjaan subsidi bahan api Malaysia sehingga mencecah RM7.5 bilion dalam tempoh sebulan pada April lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah tersebut merupakan paras tertinggi yang direkodkan tahun ini selepas kos subsidi meningkat secara berperingkat sejak awal 2026.

Kos Subsidi Naik Mendadak Dalam Tempoh Singkat

Menurut beliau, kerajaan hanya membelanjakan sekitar RM700 juta sebulan bagi subsidi bahan api pada Januari dan Februari sebelum angka itu melonjak kepada RM5 bilion pada Mac.

Keadaan menjadi lebih mencabar pada April apabila kenaikan harga minyak dunia akibat ketegangan geopolitik menyebabkan beban subsidi meningkat kepada RM7.5 bilion.

Harga Minyak Menurun, Tekanan Subsidi Berkurang

Amir Hamzah berkata, penurunan harga minyak mentah global sejak kebelakangan ini membantu mengurangkan tekanan terhadap perbelanjaan kerajaan.

Harga minyak yang sebelum ini mencecah sekitar AS$120 setong kini berada dalam lingkungan AS$90 hingga AS$98 setong, sekali gus membolehkan kos subsidi kembali susut kepada sekitar RM3.5 bilion hingga RM4 bilion sebulan.

Harga RON95 Dan Kuota Budi95 Kekal

Walaupun berdepan peningkatan kos subsidi sebelum ini, kerajaan memberi jaminan harga petrol RON95 bersubsidi akan terus dikekalkan.

Malah, kuota semasa sebanyak 200 liter sebulan di bawah program bantuan bahan api Budi95 turut tidak akan mengalami sebarang perubahan buat masa ini.

Reformasi Bantu Kurangkan Beban Kewangan Negara

Beliau turut menjelaskan pelbagai langkah reformasi yang dilaksanakan kerajaan sejak beberapa tahun lalu membantu negara menghadapi kejutan luaran dengan lebih baik.

Tanpa reformasi tersebut, kos subsidi bahan api berpotensi melepasi RM10 bilion ketika harga minyak dunia berada pada paras tinggi.

Bekalan Bahan Api Negara Kekal Terjamin

Dalam masa sama, kerajaan terus memberi keutamaan kepada aspek keselamatan bekalan tenaga bagi memastikan aktiviti ekonomi tidak terjejas.

Menurut Amir Hamzah, Malaysia setakat ini berjaya mengelakkan gangguan bekalan bahan api kerana status negara sebagai pengeksport tenaga bersih serta kemampuan syarikat minyak tempatan mendapatkan bekalan melalui rangkaian global masing-masing.

SUMBER: BernamaBiz

Asia Barat BUDI95 Konflik Asia Barat Kuota BUDI95 Malaysia Subsidi Subsidi Bahan Api
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny โ€“ Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.