Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

SyafieBy Syafie27/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HUBUNGAN erat antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa menjadi antara faktor utama Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air, sekali gus menyaksikan perlumbaan berprestij itu kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas sembilan tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain hubungan diplomatik yang baik antara kedua-dua negara, faktor keselamatan, kestabilan politik dan keupayaan Malaysia menganjurkan acara bertaraf antarabangsa turut memainkan peranan penting dalam pemilihan tersebut.

Menurut beliau, reputasi Malaysia ketika mempengerusikan ASEAN tahun lalu yang disifatkan antara yang terbaik turut meningkatkan keyakinan negara luar terhadap kemampuan Malaysia.

Hubungan baik Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim membantu.

Kalau negara kita tak aman, tak ada orang nak datang. Bukan kredit kepada PMX tetapi kepada sistem negara, rakyat, keamanan, tentera, polis, penjawat awam, sektor swasta, pengurusan hotel dan restoran yang bersama-sama menjayakan negara,” katanya.

Penganjuran Lebih Murah, FIA Gugurkan Bayaran Awal USD1 Juta

Anwar turut mendedahkan kerajaan pada awalnya mengambil pendekatan berhati-hati terhadap cadangan membawa semula F1 kerana keutamaan ketika ini adalah menangani isu kos sara hidup, penyediaan perumahan dan kebajikan rakyat.

Bagaimanapun, selepas meneliti keseluruhan cadangan, kerajaan yakin penganjuran tersebut tidak akan membebankan kewangan negara.

Malah, beliau berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bersetuju memansuhkan bayaran awal penganjuran sebanyak USD1 juta, sekali gus membolehkan Malaysia menjadi tuan rumah dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding kebiasaan.

Kos Penyelenggaraan SIC Hanya RM16 Juta Setahun

Menurut Anwar, kerajaan hanya perlu memperuntukkan sekitar RM16 juta setahun bagi kerja penyelenggaraan Litar Antarabangsa Sepang supaya memenuhi piawaian yang ditetapkan untuk perlumbaan bertaraf dunia.

Jumlah itu jauh lebih rendah berbanding kos yang lazim ditanggung negara lain untuk menganjurkan perlumbaan Formula Satu yang boleh mencecah ratusan juta ringgit sehingga RM1 bilion.

F1 Kembali ke Sepang Oktober Ini

Semalam, Malaysia mengesahkan bakal menjadi tuan rumah Formula Satu GP Bahrain Gulf Air yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 2 hingga 4 Oktober 2026.

Ini menandakan kepulangan semula perlumbaan Formula Satu ke Malaysia selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017.

Untuk rekod, SIC menjadi gelanggang rasmi GP Malaysia selama hampir dua dekad bermula 1999 hingga 2017, sebelum perlumbaan itu dihentikan susulan peningkatan kos penganjuran dan fi pelesenan yang tinggi.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Malaysia sekali lagi bakal kembali berada dalam kalendar Formula Satu dunia, sekali gus dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan, ekonomi dan industri permotoran tempatan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Daruk Seri Anwar Ibrahim Formula 1 Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Perdana Menteri Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.