Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini
Auto Terkini

Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam10/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INDONESIA mengumumkan kenaikan harga petrol tanpa subsidi Pertamax RON92 berkuat kuasa hari ini, dengan harga baharu ditetapkan pada 16,250 rupiah (sekitar RM3.64) seliter berbanding 12,300 rupiah (sekitar RM2.76) sebelum ini.

Kenaikan sekitar 32 peratus itu merupakan pelarasan harga pertama dalam beberapa bulan dan turut membabitkan Pertamax Green 95 yang kini dijual pada 17,000 rupiah (sekitar RM3.81) seliter berbanding 12,900 rupiah (sekitar RM2.89) sebelum ini.

Bahan Api Bersubsidi Kekal Pada Harga Sama

Walaupun harga petrol bukan bersubsidi dinaikkan, kerajaan Indonesia mengekalkan harga bahan api bersubsidi tanpa sebarang perubahan.

Pertalite RON90 terus dijual pada harga 10,000 rupiah (sekitar RM2.24) seliter, manakala Biosolar CN48 kekal pada 6,800 rupiah (sekitar RM1.52) seliter bagi memastikan pengguna yang bergantung kepada subsidi tidak terkesan.

Pertamina Jelaskan Sebab Pelarasan Harga

Menurut Setiausaha Korporat PT Pertamina Patra Niaga, Roberth MV Dumatubun, pelarasan harga dibuat selepas melalui proses penilaian yang ditetapkan kerajaan berdasarkan formula penentuan harga semasa.

Beliau berkata, keputusan tersebut turut mengambil kira perkembangan harga minyak mentah global dan keadaan pasaran semasa bagi memastikan kesinambungan bekalan serta pengedaran bahan api berkualiti kepada pengguna.

Ambil Kira Kelestarian Bekalan, Operasi

Pertamina menjelaskan pelarasan harga bahan api bukan bersubsidi merupakan sebahagian daripada usaha mengekalkan keseimbangan antara kelestarian perniagaan, mutu perkhidmatan dan jaminan bekalan tenaga.

Pada masa sama, syarikat itu memberi jaminan bekalan Pertamax dan Pertamax Green kekal mencukupi serta boleh didapati di seluruh rangkaian stesen minyak Pertamina di Indonesia.

Harga Bahan Api Premium Lain Tidak Berubah

Selain Pertamax dan Pertamax Green, Pertamina memaklumkan harga beberapa bahan api premium lain kekal dikekalkan buat masa ini.

Pertamax Turbo RON98 terus dijual pada 20,750 rupiah (sekitar RM4.65) seliter, manakala Dexlite CN51 pada 23,000 rupiah (sekitar RM5.15) seliter dan Pertamina Dex CN53 pada 24,800 rupiah (sekitar RM5.56) seliter.

SUMBER: Berita Harian

Indonesia PERTAMAX Pertamina PT Pertamina Patra Niaga RON92 Subsidi Petrol
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.