
BOON Siew Honda (BSH) sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam segmen skuter advencer menerusi pelancaran rasmi Honda ADV160 Baharu sempena Malaysia Bike Show (MBS) 2026 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor.
Menariknya, model terkini itu ditawarkan dalam dua varian: ADV160 Honda RoadSync dan ADV160 ABS, sekali gus melengkapkan ekosistem teknologi sambungan pintar Honda dalam keluarga ADV yang kini merangkumi X-ADV 750, ADV350 dan ADV160.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Kunitomo Asano, Honda adalah perintis sebenar dalam segmen motosikal advenvcer yang kini semakin popular di seluruh dunia.
Honda melihat potensi dan visi yang tidak dilihat pihak lain. Kami mencipta satu kategori yang sebelum ini tidak wujud. Sebagai perintis segmen advencer, kami sentiasa mendengar maklum balas pelanggan untuk memperhalusi produk generasi seterusnya,” katanya.
Harga Rasmi Malaysia
Berikuta harga rasmi Honda ADV 160 di Malaysia:
- Honda ADV160 ABS – RM13,249 | Warna kelabu, putih
- Honda ADV160 RoadSync – RM13,649 | Warna kelabu gelap, perang
Harga dinyatakan ialah harga runcit sisyorkan (RRP), tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.
Enjin eSP+ 157cc dengan Pensijilan EEV
Kedua-dua varian Honda ADV160 menggunakan enjin 157cc Enhanced Smart Power Plus (eSP+) yang sudah menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan rating keselamatan 5-Bintang MyMAP.
Enjin tersebut menghasilkan output kuasa 11.8kW (15.8hp) @ 8,500rpm, dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm.
Gabungan prestasi dan kecekapan itu membolehkan Honda ADV160 menawarkan jarak perjalanan sehingga 350km bagi setangki penuh, yang cukup untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tanpa perlu mengisi minyak.
Lengkap Teknologi, Ciri Premium
Honda turut mengekalkan identiti ADV yang terkenal dengan gabungan keselesaan, teknologi dan keupayaan pengembaraan.
Antara ciri standard ditawarkan adalah:
- Kawalan traksi boleh pilih Honda Selectable Torque Control (HSTC)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Visor angin boleh laras
- Lampu LED penuh
- Kunci pintar Honda Smart Key System (SKS)
- Port pengecas USB Type-C
- Ruang simpanan bawah pelana 30 liter
- Suspensi belakang SHOWA dengan Subtangki
- Jarak perjalanan sehingga 350km setangki penuh
ADV160 Honda RoadSync – Skuter Advencer Lebih Pintar
Varian tertinggi ADV160 Honda RoadSync hadir dengan panel meter TFT 5 inci yang dipadankan bersama sistem sambungan telefon pintar Honda RoadSync.
Melalui sambungan tersebut, penunggang boleh mengakses:
- Navigasi
- Panggilan telefon
- Muzik
- Notifikasi mesej
Semua maklumat dipaparkan terus pada panel meter tanpa perlu menggunakan telefon pintar ketika menunggang.
Pelancaran model itu juga menjadikan keseluruhan keluarga ADV Honda kini dilengkapi teknologi Honda RoadSync.
ADV160 ABS – Praktikal Kegunaan Harian
Bagi pengguna yang lebih mengutamakan fungsi dan nilai pemilikan, ADV160 ABS menawarkan pakej hampir sama dengan rekabentuk lasak ADV dan tahap keselesaan yang sinonim dengan model tersebut.
Ia menggunakan panel meter digital konvensional, tetapi masih mengekalkan ciri utama seperti ABS, HSTC dan ruang simpanan besar.
Model itu sesuai untuk kegunaan harian, perjalanan bandar dan tunggangan hujung minggu.
Mula Dijual 11 Jun 2026
Honda ADV160 baharu akan mula berada di semua rangkaian Honda Impian X dan pengedar sah Honda seluruh negara bermula 11 Jun 2026.
Sebagai tambahan, BSH turut menawarkan waranti pengeluar dua [2] tahun atau 20,000km (mana satu tiba dahulu) untuk ketenangan minda pemilik.
Dengan pengenalan ADV160 RoadSync dan ADV160 ABS, BSH terus memperkukuh portfolio skuter sambil mentakrifkan semula konsep mobiliti pengembaraan moden menerusi gabungan teknologi pintar, gaya premium dan praktikaliti harian.
Spesifikasi Honda ADV160 Baharu
- Enjin 157cc eSP+ SOHC, satu silinder, penyejukan cecair
- Output kuasa 11.8kW (15.8hp) @ 8,500rpm, dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm
Ciri Utama
- Honda Selectable Torque Control (HSTC)
- ABS
- Kunci pintar Honda SKS
- Lampu LED penuh
- Pengecas USB Type-C
- Ruang simpanan bawah pelana 30 liter
- Suspensi belakang SHOWA dengan Subtangki
- Visor angin boleh laras
- Jarak perjalanan sehingga 350km
Ciri Tambahan untuk Varian RoadSync
- Panel TFT 5 inci
- Aplikasi Honda RoadSync
- Navigasi
- Panggilan telefon
- Muzik
- Notifikasi mesej







