• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Akui Musim MotoGP 2020 Sudah Berakhir

Marquez Akui Musim MotoGP 2020 Sudah Berakhir

August 26, 2020 By AI Leave a Comment

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU-baru ini laman web MotoGP.com mengeluarkan video khabar terbaru tentang juara dunia lapan kali Marc Marquez.

Seperti mana kita tahu, pasukan Repsol Honda mengambil keputusan meneruskan tempoh pemulihan Marquez selama dua hingga tiga bulan. Ini bermakna dia tidak dapat berlumba sepanjang Ogos hingga September nanti, termasuk dua minggu pertama Oktober akan datang.

Marquez menegaskan dia tidak pernah main-main ketika buat keputusan untuk turun trek pada hari keempat selepas selesai menjalani pembedahan pertama di GP Andalusia. Malah, dia juga tidak pernah merahsiakan kecederaan tulang lengannya itu hingga memaksa pembedahan kedua dibuat bagi menukar plat titanium yang rosak.

Malah, kecederaan pasca pembedahan kedua ini lebih teruk berbanding pertama dan perlukan masa lebih lama untuk pulih.

BACA >>> Rossi Gementar Tonton Detik Nyaris Maut di Austria, Akui Sudah Tua

Marc Marquez_1
Marc Marquez_2
Marc Marquez_3

Dari sudut moral, aku bukan dalam waktu terbaik. Aku nak ada kat trek dan rasa pelik pula kena duduk tak buat apa macam ni selepas lapan tahun berlumba tanpa terlepas satu pusingan pun.

"Selepas pembedahan pertama, aku patuh dengan nasihat doktor yang cakap aku boleh berlumba dan dia orang bagitau plat takkan rosak, tapi silap. Apapun, aku akan terus percayakan Dr Mir. Itu kesilapan, tapi selepas itu lebih mudah untuk nak analisis situasi.

"Musim dah berakhir (buat aku), biarlah pulih dengan baik dan buat je apa yang badan kita minta. Risiko race balik kat Jerez sama je dengan lumba kat Brno atau Austria. Tulang perlu 6-8 minggu untuk cantum balik. Memang satu kesilapan kalau kembali ke trek.

"Pasal Dr Mir, dia bedah aku dah beribu-ribu kali dan kali ini dia silap buat andaian. Sekarang aku dah bagi balik kepercayaan tu kat dia orang dan akan ikut je arahan macam biasa. Aku hilang satu tahun, aku kena sabar je la.

BACA >>> Superbike Honda V4 Baharu Akan Muncul, Ganti RC213V-S

marc-marquez-crash-2011
Marc Marquez

Marquez juga cuba mengimbau kembali detik 2011 yang hampir meragut penglihatan dan kariernya.

Kita ni lelaki sama je, kita lupakan luka-luka. Tetapi 2011 dan 2012 lebih payah sebab aku tak tau boleh ke race lagi?  Sekarang masalah tulang pula dan aku tau akan come back, tapi dah tentu aku perlukan masa.”

BACA >>> Marquez Sudah Boleh Lupakan Kejuaraan Kesembilan, Perlu 2-3 Bulan Pulih
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?

 

Artikel Berkaitan

315
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, GP Jerez, Honda, Honda Repsol, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, MotoGP 2020, Pasukan Repsol Honda, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
    Bukan Ekzos Bising, Tapi Sebab Nombor Plat Fancy
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my