Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?
Autotainment

#TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?

ZYBy ZY12/10/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda kenapa Marc Marquez masih menggunakan nombor corot 93 walaupun beliau kerap menjuarai MotoGP? (Maaf peminat Rossi, sejarah kegemilangan idola anda sudah berlalu).

Persoalan ini masih menjadi misteri kepada ramai peminat Marquez dan MotoGP, tentang bagaimanakah nombor-nombor juara mereka dipilih. 46 misalnya, sukar untuk tidak mengaitkan nombor simbolik itu dengan Valentino Rossi. Malah, nombor pendaftaran kenderaan – 46 – menjadi nombor paling kerap dibida pada harga tinggi.

BACA >>> Sultan Johor Menang Lagi Bidaan Nombor Pendaftaran, Kali Ini Pilih VR46!

BAGAIMANAKAH NOMBOR DIPILIH?

Valentino Rossi menggunakan nombor 46 seawal perlumbaan pertama beliau dengan Cagiva Mito 125.

Seperti mana-mana sukan, MotoGP menggunaan sistem nombor bagi mewakilkan setiap peserta kejuaraan. Perbezaannya, bagaimanakah nombor tersebut ditetapkan.

Peraturan pemilihan nombor agak rumit untuk dihuraikan. Namun, secara ringkas, pelumba MotoGP dibenarkan memilih sebarang nombor antara #2 hingga #99 untuk setiap kelas perlumbaan yang disertai dengan syarat siapa cepat dia dapat atau ‘first come first serve’ atau selagi nombor pilihan itu tidak direhatkan (akan dijelaskan kemudian).

BACA >>> Kontrak Bakal Tamat Setahun lagi, Rossi Mula Risaukan Masa Hadapan

Pelumba-pelumba MotoGP yang bermula daripada kelas bawah (entry), boleh kekal menggunakan nombor asal mereka apabila dinaik taraf kepada kelas atasan selagi nombor itu masih boleh digunakan. Sebagai contoh, Rossi menggunakan nombor 46 sejak perlumbaan Grand Prix pertama beliau dalam kelas 125cc hingga kelas MotoGP sekarang.

Nasib sama bagaimanapun tidak menyebelahi pelumba pasukan Ducati, Andrea Dovizioso yang menggunakan nombor 34 sepanjang penyertaan beliau dalam kelas 125cc dan 250cc. Beliau nampaknya terpaksa berpuas hati dengan nombor 04 apabila direkrut naik ke kelas MotoGP kerana nombor 34 sudah direhatkan sebagai penghargaan kepada pelumba legenda Grand Prix 1980-an, Kevin Schwantz.

KENAPA NOMBOR TERTENTU DIPILIH?

Memandangkan tiada undang-undang ketat yang menyebut bagaimanakah pelumba boleh memilih nombor tertentu, maka setiap peserta ada alasan tersendiri kenapa mereka memilih sesuatu nombor itu.

Berikut sebahagian alasan dan kisah menarik tentang pelumba dan nombor kesayangan mereka:

1. VALENTINO ROSSI | 46


Bapa Rossi, Graziano Rossi ialah bekas pelumba Grand Prix sekitar penghujung 1970-an dan awal 1980-an. Turut menggunakan nombor 46, Valentino memilih nombor itu sebagai mewarisi legasi perlumbaan bapanya pada awal karier beliau dalam perlumbaan, dan kekal dengan angka keramat tersebut kerana sudah sebati dengannya (mungkin juga atas tujuan memudahkan pemasaran).

2. MARC MARQUEZ | 93


Diambil sempena tahun kelahiran – 1993, nombor 93 yang dipilih Marquez sejak awal penyertaannya dalam kelas 125cc pada 2008 tidaklah mempunyai sejarah sehebat Rossi. Namun nombor 93 itu kini menjadi simbolik tentang kehebatan pelumba muda menewaskan pelumba lain yang lebih berpengalaman.

3. JORGE LORENZO | 99


Mulanya menggunakan nombor 48 daripada awal penyertaan dalam karier pelumbaan sekitar 2002. Lorenzo  kemudian memutuskan mahu menukar nombor selepas berpindah dari pasukan Fortuna Aprilia ke Fiat Yamaha Team sekitar 2008. Nombor 99 terpilih berdasarkan undian peminatnya, manakala nombor pilihan kedua ialah 23 (46 bahagi 2 = 23?)

4. NICKY HAYDEN | 69


Nombor perlumbaan pilihan mendiang juara dunia dari Amerika Syarikat (AS) ini diwarisi bapanya yang pernah berlumba dalam kategori dirt. Apa yang menarik, bapa Hayden berseloroh, 69 dipilih kerana itu satu-satunya nombor yang boleh dibaca dalam keadaan terbalik kerana beliau selalu tergolek dalam lumpur ketika berlumba dulu.


PENGGUNAAN NOMBOR 1

Stoner membawa nombor 1 untuk musim 2008 selepas kemenangan beliau pada tahun sebelumnya

Seperti dijelaskan sebelum ini, juara bertahan untuk musim-musim sebelumnya berhak menggunakan nombor 1. Namun, ada kepercayaan tahyul di kalangan pelumba MotoGP, iaitu mana-mana pelumba yang membawa nombor 1 tidak mampu mempertahankan kejuaraan mereka. Perkara itu memang pernah berlaku kepada Lorenzo dan Casey Stoner. Suratan atau kebetulan?

Mungkin alasan itu jugalah Marquez masih mengekalkan nombor 93 walaupun sudah merangkul tempat pertama MotoGP selama 2 tahun (hampir 4 tahun berturut-turut jika tidak jatuh tempat ketiga pada 2015). Bekas juara bertahan pula, Rossi tidak menukarkan angka keramat pada jentera beliau, 46 kepada 1, tetapi masih mempamerkan nombor itu di bahagian belakang bahu sut perlumbaan beliau pada 2009.

Sut Rossi untuk perlumbaan MotoGP musim 2009 membawa angka 1 di belakang bahu.

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu

NOMBOR DIREHATKAN (RETIRED)

Ramai-ramai bawa sepanduk 46 ada kempen mengundi ke?

Ada sesetengah nombor boleh jadi simbolik kepada seseorang pelumba itu. Jadi, memang ada beberapa nombor yang ‘dimuziumkan’ supaya tidak boleh digunakan semula pelumba baru sebagai penghormatan kepada pelumba asal nombor tersebut seperti kes Dovizioso (nombor asal -34- dikhas untuk legenda GP Schwantz).

Contoh lain, nombor 58 direhatkan berikutan pemergian pelumba ikonik rambut mengerbang, mendiang Marco Simoncelli yang terkorban akibat kemalangan semasa perlumbaan MotoGP di Sepang pada Oktober 2011. Begitu juga nombor 74 yang pernah dibawa mendiang Daijiro Kato yang meninggal dunia berikutan kemalangan di litar antarabangsa Suzuka ketika musim Japanese Grand Prix pada 2003.

Capirossi (berkemeja putih) masih setia bersama MotoGP walaupun sudah menamatkan karier perlumbaan beliau

Tidak semestinya kematian saja, sesuatu nombor itu boleh direhatkan sebagai penghormatan kepada mereka yang banyak menyumbang kepada sejarah MotoGP seperti nombor 34 untuk Schwantz dan nombor 65 atas pencapaian seumur hidup Loris Capirossi yang pernah berlumba dalam kejuaraan MotoGP selama lebih 2 dekad dan kini menjadi penasihat keselamatan MotoGP.

BACA >>> BMW M5 MotoGP Jadi Kereta Keselamatan Musim 2018

Nombor 46 milik Rossi juga khabarnya bakal direhatkan seandainya beliau membuat keputusan untuk tidak terus berlumba pada masa akan datang. Sememangnya tidak sukar disangkal, pengaruh nombor keramat itu cukup kuat di kalangan peminat yang hingga ke hari ini masih setia menyokong pembabitan beliau dalam MotoGP.

Dapatkah anda bayangkan ada pelumba selain Rossi yang menggunakan nombor 46 untuk berlumba di MotoGP?


Apakah anda pernah menyertai perlumbaan (yang sah sahaja ok)? Apakah pula alasan di sebalik pemilihan nombor anda? Kongsikan di ruangan komen 😉

autotainment Marc Marquez MotoGP nombor MotoGP nombor pelumba MotoGP roda2 Valentino Rossi
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

Moto Morini X-CAPE 1200 Rasmi Di Malaysia – Adventure Touring Premium Dari RM51,888

17/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

17/04/2026
Roda2

Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia

16/04/2026
Aksesori

Castrol Malaysia Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

16/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.