Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!
Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

Abang HirataBy Abang Hirata12/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DENZA memperkenalkan Denza Z, kereta super elektrik pertama jenama premium milik BYD pada Goodwood Festival of Speed 2026. Dibangunkan menggunakan e3 Sports Car Platform,

Model ini terlebih dahulu dipamerkan di China pada April lalu.

Empat pilihan Denza Z ditawarkan iaitu Coupe, Spider, Racing dan Special Edition, dengan versi terakhir dibangunkan khusus untuk percubaan rekod di Litar Nürburgring Nordschleife.

Prestasi Mantap

Denza Z dipacu konfigurasi tiga motor elektrik yang terdiri daripada satu motor di hadapan dan dua motor bebas di belakang, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

  • Kuasa maksimum 1,604 PS (1,180 kW) dan tork 1,240 Nm, dengan motor hadapan menghasilkan 680 PS (500 kW), manakala setiap motor belakang menyumbang 462 PS (340 kW).
  • Pecutan 0-100 km/j dalam 2.25 saat (Coupe), 2.3 saat (Spider) dan 1.96 saat (Racing dengan tayar separa slick), manakala Special Edition mampu melakukannya dalam kurang 1.7 saat.
  • Kelajuan maksimum mencecah 300 km/j, atau 350 km/j bagi Racing dengan pakej tayar pilihan, sementara Special Edition menghasilkan kuasa melebihi 2,000 PS.

Platform Baharu Dengan Teknologi Canggih

DENZA Z dibangunkan menggunakan e3 Sports Car Platform yang menggabungkan sistem kawalan tork tiga motor, teknologi Cell-to-Body (CTB), suspensi pintar DiSus-M dan FLASH Charging.

  • Unit pacuan elektrik 15-dalam-1 menggabungkan pelbagai komponen elektronik dalam satu sistem kompak bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan ruang dan membolehkan motor berputar sehingga 30,000 rpm.
  • Sistem Vehicle Motion Control (VMC) menyelaras operasi brek, stereng, suspensi dan agihan kuasa dengan masa tindak balas hanya 10 milisaat.
  • Turut disediakan fungsi Tyre Burst Control untuk membantu mengekalkan kestabilan jika tayar pecah, selain ciri Compass Turn yang membolehkan kenderaan berpusing menggunakan gandar hadapan sebagai paksi.

Blade Battery Generasi Kedua Dan FLASH Charging

Semua varian menggunakan Blade Battery Generasi Kedua berkapasiti 76 kWj berasaskan Litium Ferum Fosfat (LFP) yang dipasang menggunakan teknologi Cell-to-Body (CTB).

  • Teknologi CTB menjimatkan ruang sehingga 20 peratus berbanding reka bentuk konvensional, selain meningkatkan kekukuhan kilasan badan melebihi 40,000 Nm setiap darjah.
  • Jarak pemanduan mengikut piawaian WLTP ialah 410 km (Coupe), 400 km (Spider) dan 380 km (Racing).
  • Sistem FLASH Charging menyokong kuasa pengecasan sehingga 1,500 kW, membolehkan cas 10-70 peratus dalam lima minit dan 10-97 peratus dalam sembilan minit, malah 20-97 peratus dalam 12 minit pada suhu -30°C.

Menurut DENZA, teknologi itu menawarkan pengalaman mengecas yang hampir menyamai tempoh mengisi minyak kenderaan berenjin pembakaran dalaman.

Selain menyokong pengecasan ultra pantas, Blade Battery Generasi Kedua turut melepasi ujian penembusan paku ketika pengecasan tanpa berlaku thermal runaway, asap atau kebakaran, selain mengurangkan degradasi kapasiti bateri sebanyak 2.5 peratus berbanding generasi terdahulu.

Aerodinamik dan Casis Untuk Litar

Reka bentuk DENZA Z bukan sekadar menitikberatkan penampilan, malah setiap elemen dibangunkan bagi meningkatkan prestasi aerodinamik dan penyejukan.

  • Versi Racing menerima pemisah udara (splitter) gentian karbon, penjana pusaran udara bawah badan, liang udara tambahan dan sayap belakang boleh laras yang menghasilkan sehingga 1,060 kg daya tekan pada 350 km/j.
  • Special Edition menggunakan panel badan gentian karbon sepenuhnya bersama sistem aerodinamik aktif yang menghasilkan lebih 2,000 kg daya mendap pada 300 km/j.
  • Suspensi hadapan double wishbone dan belakang pelbagai pautan dipadankan dengan sistem DiSus-M, manakala Coupe dan Spider menggunakan suspensi udara, sementara Racing menerima suspensi gegelung (coil spring).

Kabin Premium dan 4 Tempat Duduk

Walaupun dibangunkan sebagai kereta super, DENZA Z masih menawarkan konfigurasi empat tempat duduk, menjadikannya lebih praktikal berbanding kebanyakan pesaing.

  • Kabin dilengkapi paparan meter digital 8.88 inci, skrin infotainmen 12.8 inci dengan Google Built-in, sistem audio Devialet bersama Dolby Atmos, pengecas telefon wayarles, fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan pintu Soft Close.
  • Kerusi hadapan menawarkan pelarasan elektrik lapan hala, sokongan lumbar, pemanas, pengudaraan dan fungsi urutan, manakala Coupe dan Spider turut menerima sokongan sisi aktif ketika mengambil selekoh.
  • Ruang simpanan 250 liter untuk Coupe dan Racing boleh ditingkatkan kepada 550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, manakala Spider menawarkan kapasiti 131 hingga 176 liter.

Track Mode dan Keselamatan Lengkap

DENZA Z turut dilengkapi pelbagai teknologi bagi meningkatkan pengalaman pemanduan di litar dan keselamatan harian.

  • Track Mode menyediakan analisis masa pusingan, data G-force, Launch Control, mod Drift serta pelbagai tetapan casis yang boleh disesuaikan mengikut gaya pemanduan.
  • Boost Mode pula meningkatkan tork sebanyak 30 peratus selama 20 saat untuk memberikan pecutan yang lebih agresif.
  • Ciri keselamatan merangkumi Pemantauan Keletihan Pemandu, Amaran Lintasan Trafik Hadapan dan Belakang dengan Brek Automatik, Amaran Keluar Lorong, Kawalan Jelajah Pintar, Pemantauan Titik Buta serta beg udara hadapan, sisi dan tirai.

Tempahan bagi varian Coupe, Spider dan Racing akan dibuka di pasaran terpilih bermula musim panas tahun ini, dengan penghantaran pertama dijangka sebelum penghujung tahun, manakala Special Edition akan meneruskan program pembangunan sebelum membuat percubaan rekod di Litar Nürburgring Nordschleife.

Spesifikasi Ringkas Denza Z

Kuasa & Prestasi

  • Platform e3 Sports Car Platform dengan pacuan semua roda (AWD).
  • Tiga motor elektrik menghasilkan 1,604 PS (1,180 kW) dan 1,240 Nm.
  • Motor hadapan: 680 PS (500 kW), 440 Nm.
  • Dua motor belakang: 462 PS (340 kW), 410 Nm setiap satu.
  • Pecutan 0-100 km/j: Coupe 2.25 saat, Spider 2.3 saat, Racing 1.96 saat (dengan tayar separa slick).
  • Pecutan 0-200 km/j: Coupe 6.36 saat, Spider 6.46 saat, Racing 6.0 saat.
  • Kelajuan maksimum 300 km/j, atau 350 km/j (Racing dengan pakej tayar pilihan).

Bateri & Pengecasan

  • Blade Battery Generasi Kedua (LFP) berkapasiti 76 kWj.
  • Teknologi Cell-to-Body (CTB).
  • Pengecasan AC 11 kW.
  • FLASH Charging DC sehingga 1,500 kW.
  • Cas 10-70% dalam 5 minit.
  • Cas 10-97% dalam 9 minit.
  • Cas 20-97% dalam 12 minit pada suhu -30°C.

Jarak Pemanduan (WLTP)

  • Coupe: 410 km.
  • Spider: 400 km.
  • Racing: 380 km.

Dimensi

  • Coupe: 4,780 x 1,975 x 1,330 mm.
  • Spider: 4,780 x 1,975 x 1,350 mm.
  • Racing: 4,870 x 1,990 x 1,350 mm.
  • Jarak roda: 2,780 mm.

Suspensi & Brek

  • Suspensi hadapan double wishbone, belakang pelbagai pautan.
  • Suspensi udara (Coupe & Spider).
  • Suspensi gegelung (coil spring) (Racing).
  • Brek karbon seramik dengan kaliper 6 piston (hadapan) dan 4 piston (belakang).

Ruang Simpanan

  • Coupe/Racing: 250 liter (sehingga 550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat).
  • Spider: 131-176 liter.

Kelengkapan Utama

  • Paparan meter digital 8.88 inci.
  • Skrin infotainmen 12.8 inci dengan Google Built-in.
  • Sistem audio Devialet dengan Dolby Atmos.
  • Kerusi hadapan elektrik dengan fungsi pemanas, pengudaraan dan urutan.
  • Vehicle-to-Load (V2L), pengecas telefon pintar tanpa wayar dan pintu Soft Close.
  • Track Mode, Boost Mode, Vehicle Motion Control (VMC), Tyre Burst Control dan Compass Turn.
DENZA Denza Z
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.