Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Honda Jazz Generasi Ketiga (2014)
Roda4

PREVIU: Honda Jazz Generasi Ketiga (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/07/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Photo 5VERSATIL, luas dan tegap adalah tiga kata awal untuk menggambarkan karakter Honda Jazz generasi ketiga yang dilancarkan Honda Malaysia. Sebulan selepas dilancarkan di Thailand, kini pula tiba giliran kompak ini menembusi pasaran tempatan. Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V (spesifikasi tertinggi).

Berbanding generasi sebelumnya, Jazz generasi ketiga ini hadir dengan rekaan lebih menarik, praktikaliti, versatil, ruangan kabin luas dan teknologi inovatif. Sama seperti model City, Honda Jazz terbaharu ini turut direka dan dibina berasaskan konsep ‘Exciting H Design’. Bahagian hadapan kompak menampilkan wajah Exciting H Design yang berbentuk ‘solid wing face’, manakala belakang nampak lebar bersama imej premium dan gabungan lampu belakang serta panel plat sepadan.

Falsafah ‘Manusia Maksimum, Mesin Minimum’ (Man Maximum, Machine Minimum) digunakan sebagai asas utama pembangunan kereta ini. Memberi penekanan terhadap keselesaan premium, Jazz menawarkan ruang kabin luas, terutama bahagian belakang bagi memberikan keselesaan kepada pemandu dan semua penumpang.

Ia turut dilengkapi kompartmen simpanan barang dan sembilan tempat letak minuman, memahami tabiaat pemandu rakyat Malaysia yang sentiasa kehausan ketika memandu.

Malah, kompak ini dilengkapi pelbagai ciri termaju seperti sistem Entri Pintar (Smart Entry – (E & V), butang penghidup enjin (E & V), Paparan Audio dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama enam pembesar suara(V), Kawalan Telefon Bebas Tangan (V), paparan meter pelbagai maklumat dan Kawalan Pengecaman Suara (V) di stereng yang bersambung dengan sistem infotainmen kenderaan untuk kemudahan di hujung jari.

Photo 3P1210369   P1210414                                                         

P1210380  P1210413  P1210376  P1210383

P1210398

LARIS

Mula diperkenalkan pada 2001, Jazz generasi pertama dan kedua berjaya menarik minat hati pengguna sehingga berjaya mencatatkan jualan sebanyak 5.2 juta unit dan menjadi antara model terlaris Honda. Di Malaysia pula, lebih 30,573 unit jazz sudah terjual sehingga kini. Perkembangan positif ini turut dipengaruhi menerusi pemasangan tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pengenalan Jazz baharu ini hadir dalam satu pakej menarik dan ideal demi memenuhi keperluan gaya hidup. Menurut Ueno, pihaknya sudah menerima lebih 500 unit tempahan sejak dibuka dua minggu lalu dan yakin dapat menjual 1,200 unit Jazz sebulan.

P1210404ENJIN BAHARU

Jazz serba baharu dijana unit enjin 1.5L SOHC iVTEC. Hasil padanan Transmisi Variabel Berterusan (Continuous Variable Transmission-CVT), ia mampu menawarkan kuasa maksimum sebanyak 118hp pada 6,600rpm dan tork puncak 145Nm(4,600rpm).

Hasil padanan platform subkompak global bahatu Honda yang dibangunkan di bawah Honda Earth Dreams Technology, ia menjanjikan kombinasi prestasi pemanduan sempurna selain menawarkan penjimatan bahan api. penggunaan minyak yang efisien.

Ciri keselamatan terbaik turut menjadi sandaran Jazz dengan menawarkan enam beg udara (V)); yang merangkumi dua beg udara SRS pada bahagian hadapan, beg udara sisi (i-Side) dan beg udara Side Curtain, Emergency Stop Signal (E & V), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) -E & V, kerangka G-CON dan ISOFix. Ia turut mendapat pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN N-CAP.

Front Interior Full ViewLCD Media Cluster   Touch Panel Auto Air Conditioning

PAKEJ

Harga atas jalan termasuk insurans Jazz adalah RM72,800 (S), RM79,800 (E) dan RM87,800 (V). Bagi mereka yang mahukan jentera ini tampak lebih garang dan sporty, Honda menawarkan tambahan tiga pilihan iaitu pakej Mugen, Modulo dan Utiliti.

Untuk pakej Mugen, pembeli boleh mendapatkan kit badan yang menawarkan spoiler hadapan dan spoiler belakang, skrit sisi serta spoiler bahagian bawah pada bampar belakang. Cun, tapi koreklah RM4,900 lagi. Manakala pakej Modulo diberikan spoiler hadapan, belakang dan sisi bahagian bawah serta pedal sport dengan tambahan RM2,650.

Lima warna pilihan ditawarkan, New Tinted Silver (perak), Brilliant Sporty Blue Metallic (biru), Taffeta White (putih), Crystal Black Pearl (hitam) dan Modern Steel Metallic (kelabu). Pembelu juga boleh menikmati jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis hingga 10,000km.

SPESIFIKASI

HONDA JAZZ

ENJIN 1.5L SOHC iVTEC
TRANSMISI Variabel Berterusan (Continuous Variable Transmission-CVT)
KUASA MAKSIMUM 118hp@6,600rpm
TORK MAKSIMUM 145Nm@4,600rpm
CIRI Sistem Entri Pintar (Smart Entry – (E & V), butang penghidup enjin (E & V), Paparan Audio dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama enam pembesar suara(V), Kawalan Telefon Bebas Tangan (V), paparan meter pelbagai maklumat dan Kawalan Pengecaman Suara (V) di stereng yang bersambung dengan sistem infotainmen kenderaan untuk kemudahan di hujung jari
HARGA RM72,800 (S), RM79,800 (E) dan RM87,800 (V)

P1210390

Exciting H Design Honda Jazz Generasi Ketiga Honda Malaysia Machine Minimum Man Maximum Yoichiro Ueno
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.