• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Honda Jazz Generasi Ketiga (2014)

PREVIU: Honda Jazz Generasi Ketiga (2014)

July 17, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Photo 5VERSATIL, luas dan tegap adalah tiga kata awal untuk menggambarkan karakter Honda Jazz generasi ketiga yang dilancarkan Honda Malaysia. Sebulan selepas dilancarkan di Thailand, kini pula tiba giliran kompak ini menembusi pasaran tempatan. Ia ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V (spesifikasi tertinggi).

Berbanding generasi sebelumnya, Jazz generasi ketiga ini hadir dengan rekaan lebih menarik, praktikaliti, versatil, ruangan kabin luas dan teknologi inovatif. Sama seperti model City, Honda Jazz terbaharu ini turut direka dan dibina berasaskan konsep ‘Exciting H Design’. Bahagian hadapan kompak menampilkan wajah Exciting H Design yang berbentuk ‘solid wing face’, manakala belakang nampak lebar bersama imej premium dan gabungan lampu belakang serta panel plat sepadan.

Falsafah ‘Manusia Maksimum, Mesin Minimum’ (Man Maximum, Machine Minimum) digunakan sebagai asas utama pembangunan kereta ini. Memberi penekanan terhadap keselesaan premium, Jazz menawarkan ruang kabin luas, terutama bahagian belakang bagi memberikan keselesaan kepada pemandu dan semua penumpang.

Ia turut dilengkapi kompartmen simpanan barang dan sembilan tempat letak minuman, memahami tabiaat pemandu rakyat Malaysia yang sentiasa kehausan ketika memandu.

Malah, kompak ini dilengkapi pelbagai ciri termaju seperti sistem Entri Pintar (Smart Entry - (E & V), butang penghidup enjin (E & V), Paparan Audio dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama enam pembesar suara(V), Kawalan Telefon Bebas Tangan (V), paparan meter pelbagai maklumat dan Kawalan Pengecaman Suara (V) di stereng yang bersambung dengan sistem infotainmen kenderaan untuk kemudahan di hujung jari.

Photo 3P1210369   P1210414                                                         

P1210380  P1210413  P1210376  P1210383

P1210398

LARIS

Mula diperkenalkan pada 2001, Jazz generasi pertama dan kedua berjaya menarik minat hati pengguna sehingga berjaya mencatatkan jualan sebanyak 5.2 juta unit dan menjadi antara model terlaris Honda. Di Malaysia pula, lebih 30,573 unit jazz sudah terjual sehingga kini. Perkembangan positif ini turut dipengaruhi menerusi pemasangan tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pengenalan Jazz baharu ini hadir dalam satu pakej menarik dan ideal demi memenuhi keperluan gaya hidup. Menurut Ueno, pihaknya sudah menerima lebih 500 unit tempahan sejak dibuka dua minggu lalu dan yakin dapat menjual 1,200 unit Jazz sebulan.

P1210404ENJIN BAHARU

Jazz serba baharu dijana unit enjin 1.5L SOHC iVTEC. Hasil padanan Transmisi Variabel Berterusan (Continuous Variable Transmission-CVT), ia mampu menawarkan kuasa maksimum sebanyak 118hp pada 6,600rpm dan tork puncak 145Nm(4,600rpm).

Hasil padanan platform subkompak global bahatu Honda yang dibangunkan di bawah Honda Earth Dreams Technology, ia menjanjikan kombinasi prestasi pemanduan sempurna selain menawarkan penjimatan bahan api. penggunaan minyak yang efisien.

Ciri keselamatan terbaik turut menjadi sandaran Jazz dengan menawarkan enam beg udara (V)); yang merangkumi dua beg udara SRS pada bahagian hadapan, beg udara sisi (i-Side) dan beg udara Side Curtain, Emergency Stop Signal (E & V), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA) -E & V, kerangka G-CON dan ISOFix. Ia turut mendapat pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN N-CAP.

Front Interior Full ViewLCD Media Cluster   Touch Panel Auto Air Conditioning

PAKEJ

Harga atas jalan termasuk insurans Jazz adalah RM72,800 (S), RM79,800 (E) dan RM87,800 (V). Bagi mereka yang mahukan jentera ini tampak lebih garang dan sporty, Honda menawarkan tambahan tiga pilihan iaitu pakej Mugen, Modulo dan Utiliti.

Untuk pakej Mugen, pembeli boleh mendapatkan kit badan yang menawarkan spoiler hadapan dan spoiler belakang, skrit sisi serta spoiler bahagian bawah pada bampar belakang. Cun, tapi koreklah RM4,900 lagi. Manakala pakej Modulo diberikan spoiler hadapan, belakang dan sisi bahagian bawah serta pedal sport dengan tambahan RM2,650.

Lima warna pilihan ditawarkan, New Tinted Silver (perak), Brilliant Sporty Blue Metallic (biru), Taffeta White (putih), Crystal Black Pearl (hitam) dan Modern Steel Metallic (kelabu). Pembelu juga boleh menikmati jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis hingga 10,000km.

SPESIFIKASI

HONDA JAZZ

ENJIN 1.5L SOHC iVTEC
TRANSMISI Variabel Berterusan (Continuous Variable Transmission-CVT)
KUASA MAKSIMUM [email protected],600rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],600rpm
CIRI Sistem Entri Pintar (Smart Entry - (E & V), butang penghidup enjin (E & V), Paparan Audio dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama enam pembesar suara(V), Kawalan Telefon Bebas Tangan (V), paparan meter pelbagai maklumat dan Kawalan Pengecaman Suara (V) di stereng yang bersambung dengan sistem infotainmen kenderaan untuk kemudahan di hujung jari
HARGA RM72,800 (S), RM79,800 (E) dan RM87,800 (V)

P1210390

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Exciting H Design, Honda Jazz Generasi Ketiga, Honda Malaysia, Machine Minimum, Man Maximum, Yoichiro Ueno

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
    Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
  • Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
    Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
  • Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
    Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
  • CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!
    CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my