Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perlukah Beli Kereta Ada Lampu Kabus?
Auto Terkini

Perlukah Beli Kereta Ada Lampu Kabus?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/05/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAMPU kabus pernah menjadi antara komponen paling diperlukan pembeli kenderaan zaman dulu atau sebelum pengeluar automotif menggunakan lampu LED secara meluas.

Pada masa itu, lampu kabus cuma diberikan pada model kelas atasan atau varian paling premium. Persoalan sekarang, perlukah kita membayar lebih untuk membeli kereta yang memiliki ciri lampu kabus? Mari teliti beberapa poin di bawah sebagai pertimbangan:

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

Fenomena ‘Kereta Tak Siap’

PanduLaju.com.my

Antara poin selalu disebut adalah aspek rekabentuk antara kereta dengan ciri lampu kabus dan tanpa lampu kabus.

Sebagai contoh, Honda menawarkan empat varian pilihan untuk sedan City, tetapi ciri lampu kabus LED hanya diberikan untuk varian V dan RS. Begitu juga Proton yang menawarkan ciri lampu kabus LED untuk tiga varian X50 (Premium, Flagship dan Executive), tetapi tiada pada varian standard.

Myvi 1.3L X vs Myvi 1.3L G

Jika diletakkan dua model sama bersebelahan antara varian lampu kabus dan tanpa lampu kabus, ramai pembeli akan melihat kereta tanpa lampu kabus sebagai model asas. Malah, ada menggelarkan sebagai ‘kereta tak siap’. Lihatlah contoh varian Myvi di atas.

BACA >>> #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?

Nampak macam kosong je kan kalau tak ada lampu kabus?

Kenapa? Sebabnya, model tanpa lampu kabus ada ruang kosong lebih besar pada sisi bampar. Bagaimanapun, situasi itu sebenarnya lebih baik berbanding sesetengah model yang cuma diletakkan acuan bentuk lampu kabus, tetapi tiada komponen tersebut.

Tidak dinafikan, lampu kabus mampu dijadikan modal pemasaran atau pelengkap rupa untuk menampakkan sesebuah kereta itu lebih cantik berbanding tujuan asal komponen itu dicipta, iaitu membantu pemandu mengharungi cuaca berkabut, atau kurang tahap penglihatan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenali Suis, Simbol dan Cara Betul Nyalakan Lampu Kabus Belakang

Berfungsi atau Hiasan?

Ferrari memang tiada lampu kabus dan ini bukan model asas.

Lampu kabus tidak diperlukan jika lampu utama kereta itu sudah cukup terang. Bagaimanapun, poin itu bergantung kepada jenis kenderaan yang disebut. Sebagai contoh, Ferrari memang tiada lampu kabus (dan harganya mahal).

Bagi kereta yang masih menggunakan lampu halogen, anda sebenarnya masih memerlukan lampu kabus untuk menambah pencahayaan di laluan berkabut.

Apa guna beli kereta berlampu kabus kalau tahap kecerahan sama saja dengan lampu utama?

Poin lain, jika tahap kecerahan lampu kabus sama saja seperti lampu utama, itu tidak memberikan sebarang kelebihan dan manfaat. Apatah lagi jika arah suluhan kedua-dua lampu pun sama. Lampu kabus sepatutnya menyuluh bahagian bawah dan sisi bawah kereta yang tidak mampu disuluh lampu utama.

Bagaimanapun, situasi jadi berbeza jika arah suluhan lampu kabus berbeza, atau tahap kecerahan lebih terang. Ini barulah berbaloi beli kereta berlampu kabus.

Kalau lampu utama LED sudah cukup terang, kenapa perlu lagi lampu kabus?

Bagi kenderaan yang dipasangkan lampu utama LED moden atau projektor LED, set lampu kabus depan mungkin tidak diperlukan. Ini kerana kadar kecerahan dan suluhan cahaya sudah cukup untuk pemanduan selamat di laluan berkabut.

Masalahnya sekarang, kereta dengan lampu utama LED diberikan lampu kabus, sebaliknya kereta dengan lampu utama jenis halogen tidak pula diberikan lampu kabus. Pelikkan? 🤦🏻‍♂️

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

KESIMPULAN

Segalanya bergantung kepada lampu utama kereta anda. Dua soalan sepatutnya dijawab, adakah lampu utama kita cukup cerah? Adakah laluan yang kerap dilalui sering berkabut selepas hujan seperti di Cameron Highlands?

Apapun, bukanlah satu kesalahan jika anda masih mahu membeli kereta berlampu kabus. Apatah lagi teknologi lampu kabus moden masa kini menggunakan mentol LED yang boleh menyala dan menyuluh ke arah belokan secara automatik. Teknologi itu semestinya sangat berguna sebagai bantuan pencahayaan tambahan ketika membelok.

Nasihat kami, jika anda beli kereta dengan lampu kabus depan dan belakang, gunalah kedua-dua lampu itu ketika situasi memerlukan sahaja. Jangan sesekali nyalakan lampu kabus sepanjang masa dalam setiap pemanduan, apatah lagi pada malam cerah, terutama di kawasan bandar.

Jom tonton video ini:

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

BACA >>> PDRM: Pasang Lampu Kabus, Mentol Ice Blue Boleh Kena Saman RM2k, Penjara!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

SUMBER: AutoDeal

Cara Guna Lampu Kabus cara guna lampu kabus belakang lampu kabus Proton X50 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026

    1 Comment

    1. Yasmin binti Ismail on 18/12/2023 11:14

      Sebaliknya,kereta dengan lampu utama jenis
      hologen tidak pula diberikan lampu kabus.
      Contohnya: perodua bezza 1.0g tahun 2016

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.