• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

#TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

January 23, 2021 By AO 1 Comment

872
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA pemandu yang sengaja menyalakan lampu kabus belakang kononnya hendak nampak bergaya, sebaliknya dia tidak tahu berpuluh-puluh pengguna lain sedang menyumpah seranah di belakang. Ada pula berpendapat, apa guna kereta aku ada lampu kabus belakang kalau tak dipasang? Ini pun patut disumpah.

Tidak kurang pula bagi alasan, dia mahu orang belakang berhati-hati supaya keretanya tidak disondol. Padahal dia tidak tahu tindakannya itu sebenarnya membuatkan orang belakang lebih marah dan rasa macam nak sondol je. Dia bukan saja menyusahkan pemandu kereta di belakang, tetapi juga semua pengguna jalan raya di belakangnya seperti pemandu lori, penunggang motosikal, pemandu bas dan lain-lain. Kata orang, niat baik tidak menghalalkan cara.

Namun, ada juga pemandu yang tidak tahu membezakan mana satu simbol lampu kabus depan dan belakang. Jadi artikel ini untuk anda. Buat pemandu lain yang sengaja pasang lampu kabus belakang tanpa sebab dibolehkan, semoga anda ditimpa malapetaka supaya beroleh keinsafan.

Di atas ini ialah simbol lampu kabus depan dan hanya akan menyala apabila diaktifkan. Garis tegak berombak yang melintang pada garis pancaran lampu ialah simbol kabus ditembusi cahaya lampu.

Di atas ini ialah lampu kabus belakang. Simbol tersebut seakan sama saja seperti lampu kabus depan (biasa dipanggil lambu kabus saja). Tetapi kedudukan simbol lampu kabus belakang dipaparkan menyongsang, dan dalam warna kuning (atau jingga). Cara lampu ini berfungsi juga sama, iaitu menyala apabila diaktifkan pemandu. Ia tidak boleh menyala sendiri kalau kita sendiri tidak menghidupkannya.

lampu-kabus-belakang-simbol
lampu-suluh-tinggi-high-beam-simbol-garis-pancaran

Cuba perhatikan, garis pancaran lampu kabus belakang juga berbeza daripada lampu kabus depan. Ia sama seperti lampu suluh tinggi (high-beam) yang menandakan lampu itu jenis silau. Ini pun tip yang mudah diingat untuk mengecam beza antara simbol lampu kabus depan dan belakang.

Jadi, sila jangan keliru dengan kedua-dua simbol lampu kabus itu ok!

Mengenai fungsi lampu kabus pula, anda boleh ketahui lebih terperinci dengan klik pautan di bawah ini:

◾️ #ApaNakBuat: Kenali Suis, Simbol dan Cara Betul Nyalakan Lampu Kabus Belakang
◾️ #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?
◾️ Lampu Kabus Belakang - Bilakah Perlu Pasang? Kenapa Masih Ramai Pemandu *&$#@?

Artikel Berkaitan

872
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Foglamp, lampu kabus, lampu kabus belakang, lampu kabus depan, Rear Foglamp

Comments

  1. mas says

    January 23, 2021 at 3:15 PM

    Pasang lampu kabus, tapi mana kabusnya?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?
    Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my