• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?

#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?

December 2, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SISTEM lampu kenderaan sudah berkembang maju daripada penggunaan mentol halogen kepada HID (discas ketumpatan tinggi) sebelum muncul era LED seperti zaman sekarang.

Bermula pancaran kekuningan hingga putih terang dan putih kebiru-biruan, tahukah anda apakah warna yang sesuai untuk lampu kabus depan?

Asas dalam membuat keputusan pemilihan warna cahaya yang tepat untuk lampu kabus depan perlu bersandarkan kepada faktor atau keadaan semula jadi, iaitu cuaca/iklim, dan bukan mengikut trend semasa.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

DARI MANA DATANG KABUS?

driving car in the fog
Dense fog on the country road, oncoming traffic

Memandu dalam cuaca kabus memang berbahaya dan berisiko menyebabkan kemalangan maut. Jadi, penggunaan lampu kabus mampu membantu mengurangkan risiko tidak nampak jalan, selain membolehkan kenderaan lain mengesan kelibat kenderaan anda.

Kabus ialah awan yang terbentuk pada permukaan jalan raya dan mengandungi partikel air kecil, terhasil ketika suhu udara menurun atau rendah. Situasi begini biasanya dihadapi ketika memandu selepas hujan di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands. Ia lebih berisiko buat pemandu di negara beriklim sejuk atau tinggal di kawasan hutan dan berbukit.

Ada juga situasi lain seakan kabus, iaitu kabut atau jerebu yang berpunca daripada pencemaran atau bencana alam seperti kebakaran. Ini juga memerlukan lampu kabus dipasang. Jadi, penting untuk kita mengetahui warna lampu kabus yang sesuai.

Antara putih atau kuning, warna apakah yang kurang stres ke atas mata ketika memandu?

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bahaya Nyalakan Lampu Kabus Pada Malam Cerah?

WARNA KUNING KURANG STRES?

Ketika memandu, anda mungkin perasan ada jenis warna tertentu yang memberi kelegaan dan ketenangan pada bebola mata. Selebihnya akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Ini kerana mata manusia memproses setiap warna dengan cara berbeza.

Contohnya, cahaya biru, indigo dan ungu mempunyai jarak gelombang pendek dan sukar ditafsirkan mata manusia. Cahaya biru pula fokusnya di depan bebola mata manusia.

Sebaliknya, cahaya kuning terus terkena tepat pada bahagian retina. Cahaya ini mudah diproses mata manusia, dan inilah sebab lampu kabus kuning lebih digemari pemandu kereta, lebih-lebih lagi dalam cuaca buruk. Pada masa sama, warna kuning kurang membuatkan mata pemandu jadi stres berbanding biru atau putih. Tujuan utama pemilihan cahaya kuning adalah untuk menambah baik daya penglihatan ketika memandu.

lampu-kabus-biru
lampu-kabus-putih

Ketika kabus, partikel air kadangkala bertindak seperti cermin yang memantulkan semula cahaya dari lampu kereta ke mata pemandu. Keadaan jadi lebih buruk apabila anda menggunakan lampu putih. Kesannya, anda akan mengalami silau. Malah ada kajian mendakwa, lampu biru adalah antara cahaya yang menyilaukan mata pemandu.

BACA >>> Lampu Kabus Belakang - Bilakah Perlu Pasang? Kenapa Masih Ramai Pemandu *&$#@?

silau
pemandu-penat

Cahaya putih atau biru yang dipantulkan ke arah kabus atau salji boleh membuatkan mata pemandu rasa lebih cepat penat. Ramai pemandu kereta percaya cahaya kuning ada kadar penembusan kabus lebih baik.

KENAPA BUKAN MERAH?

Lampu kabus belakang.
Lampu kabus belakang.
PanduLaju.com.my

Sebabnya, cahaya merah sudah dipilih untuk lampu brek belakang, atau tanda bahaya. Pemandu lain jika nampak lampu merah dalam keadaan kabus tebal, sudah semestinya menganggap itu lampu brek atau amaran bahaya. Sebab itu, caha merah biasanya digunakan untuk lampu belakang kenderaan.

Ingat, tujuan utama lampu kabus dipasang adalah untuk menerangi permukaan jalan. Jika lampu kabus tidak dipasang pada ketinggian sepatutnya, ia boleh menjejaskan prestasi pemanduan. Lampu kabus seelok-eloknya dipasang antara 12-24 inci (300mm-600mm) dari permukaan jalan.

BACA >>> 5 Tip Periksa Lampu Kereta Supaya Kekal Berfungsi dan Selamat

SUMBER: UndergroundLighting | CarHeadlightsGuide

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Fog Lamp, Foglamp, lampu kabus, lampu kabus depan, tahukah anda, tip kereta, Warna Lampu Kabus, Warna Lampu Kabus yang Sesuai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my