Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Rakyat Malaysia antara Paling Malas Jalan Kaki di Dunia?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Orang ramai di Kuala Lumpur

MALAYSIA sekali lagi menjadi perhatian dunia, tetapi kali ini bukan sebab jualan kereta tinggi atau budaya automotif yang kuat.

Sebaliknya, satu kajian global mendapati rakyat Malaysia antara paling kurang berjalan kaki di dunia dengan purata hanya sekitar 3,963 langkah sehari.

Malaysia, Indonesia dalam Senarai Teratas

Kajian Universiti Stanford itu melibatkan lebih 717,000 individu dari 111 negara dengan pengiraan berdasarkan purata langkah harian. Indonesia berada di kedudukan pertama paling kurang berjalan kaki dengan 3,531 langkah sehari, manakala Malaysia pula di tempat ketiga dunia.

Secara purata, rakyat dunia berjalan sekitar 5,000 langkah sehari, sekali gus menunjukkan Malaysia masih jauh di belakang. Menariknya, kebanyakan negara dalam senarai tersebut mempunyai satu persamaan besar, iaitu kebergantungan tinggi terhadap kenderaan.

Budaya Automotif Asia Tenggara Sangat Kuat

Di Malaysia, penggunaan motosikal dan kereta memang sudah menjadi sebahagian gaya hidup harian. Daripada pergi kedai runcit jarak dekat hingga restoran beberapa ratus meter, ramai masih memilih memandu atau menunggang motosikal.

Situasi itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana Malaysia sendiri mempunyai antara kadar pemilikan kenderaan tertinggi di Asia Tenggara. Selain faktor keselesaan, sistem bandar yang lebih mesra kenderaan berbanding pejalan kaki turut menjadi penyumbang utama.

Laluan Pejalan Kaki Masih Banyak Masalah

Walaupun banyak bandar mula memperkenalkan konsep bandar pintar dan mobiliti lestari, realitinya infrastruktur pejalan kaki di banyak kawasan masih kurang memuaskan. Ada laluan pejalan kaki yang sempit, rosak, tiada bumbung dan kadangkala terus digunakan sebagai parkir motosikal.

Di sesetengah kawasan pula, pejalan kaki terpaksa berkongsi laluan dengan kenderaan kerana tiada kemudahan yang sesuai. Situai itu menyebabkan ramai memilih menggunakan kereta atau motosikal walaupun untuk perjalanan jarak dekat.

Cuaca Panas Turut Jadi Faktor

Selain faktor infrastruktur, cuaca tropika yang panas dan lembap di Malaysia juga memainkan peranan besar. Berjalan kaki di bawah cuaca tengah hari memang bukan sesuatu yang menyeronokkan, terutama di bandar besar yang sesak dan kurang kawasan teduhan.

Sebab itu ramai lebih rela menunggang motosikal atau memandu walaupun destinasi sebenarnya tidak terlalu jauh. Tambahan pula, kemudahan penyaman udara dalam kereta moden menjadikan budaya memandu lebih selesa untuk rakyat tempatan.

Banyak Jalan, Tapi Kurang Ruang untuk Berjalan

Ironinya, Malaysia sebenarnya mempunyai rangkaian lebuh raya dan jalan raya yang sangat luas. Namun pembangunan untuk pejalan kaki dan pengguna mikromobiliti seperti basikal atau skuter elektrik masih belum berkembang secara menyeluruh.

Di banyak bandar maju dunia, rakyat boleh berjalan dengan selesa kerana terdapat laluan khas yang selamat dan bersambung. Sebaliknya di Malaysia, berjalan kaki kadangkala terasa lebih berbahaya berbanding memandu.

Kurang Aktiviti Fizikal Boleh Undang Risiko Kesihatan

Jumlah langkah harian yang rendah sebenarnya berkait rapat dengan masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan sekitar 10,000 langkah sehari bagi membantu mengekalkan gaya hidup sihat.

Namun berdasarkan angka kajian tersebut, purata rakyat Malaysia masih jauh daripada sasaran disyorkan.
Gaya hidup moden yang terlalu bergantung kepada kenderaan juga secara tidak langsung menyebabkan tahap aktiviti fizikal semakin menurun.

Masa Depan Mobiliti Bukan Sekadar Kereta

Walaupun industri automotif terus berkembang dengan teknologi kenderaan elektrik (EV), Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dan mobiliti pintar, pembangunan bandar masa depan sebenarnya perlu lebih seimbang. Bandar yang baik bukan saja mesra kereta, tetapi juga mesra pejalan kaki, basikal dan pengangkutan awam.

Jika mahu mengubah budaya yang terlalu bergantung kepada kenderaan, pembangunan laluan pejalan kaki yang lebih selamat, berbumbung dan selesa perlu diberi perhatian serius.

Pada masa sama, rakyat juga perlu mula mengubah gaya hidup dengan lebih aktif bergerak walaupun hanya melalui rutin harian sederhana seperti berjalan ke kedai atau menggunakan tangga.

SUMBER: TheVocket

000 langkah sehari 3 5 963 langkah sehari Aktiviti Fizikal Asia Tenggara autotainment basikal Cuaca Panas kurang berjalan kaki laluan pejalan kaki Malaysia Mikromobiliti Rakyat Malaysia skuter elektrik tahukah anda
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.