Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik Yang Terlalu Awal Untuk Zamannya

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUNIA pengangkutan moden hari ini banyak berubah dari segi teknologi, tetapi reka bentuk lori komersial sebenarnya masih kekal hampir sama sejak puluhan tahun lalu.

Selain kemunculan trak elektrik moden seperti Tesla Semi, tidak banyak rekaan ekstrem yang benar-benar berjaya mengubah landskap industri pengangkutan berat dunia.

Lori Paling Pelik Pernah Dihasilkan?

Namun sekitar tahun 1980-an, seorang jurutera dari Jerman pernah menghasilkan sebuah lori futuristik yang dianggap terlalu pelik untuk zamannya. Model tersebut dikenali sebagai Steinwinter Supercargo, sebuah trak ultra-rendah yang kelihatan seperti gabungan kereta sport dan kepala lori komersial.

Ia diperkenalkan buat pertama kali di Frankfurt Motor Show 1983 hasil idea jurutera automotif dari Stuttgart, Manfred Steinwinter. Rekaan pelik itu diwujudkan dengan satu tujuan utama iaitu meningkatkan kecekapan aerodinamik dan kapasiti muatan lori.

Rekaan Rendah Untuk Kurangkan Rintangan Angin

Berbeza dengan lori konvensional, Supercargo menggunakan kabin ultra-rendah yang hampir rata dengan permukaan jalan. Konsep tersebut dipercayai mampu mengurangkan rintangan angin antara kepala lori dan treler sekali gus membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Selain itu, panjang keseluruhan lori juga dapat dipendekkan supaya lebih banyak ruang boleh digunakan untuk membawa muatan tanpa melanggar had panjang kenderaan. Apa yang paling mengejutkan, ketinggian platform Supercargo cuma sedikit lebih tinggi daripada Lamborghini Huracan.

Enjin Mercedes-Benz V8 Jadi Nadi Utama

Steinwinter Supercargo menggunakan enjin diesel Mercedes-Benz OM422 V8. Enjin tersebut menghasilkan sekitar 276HP dan tork kira-kira 1,021Nm yang disalurkan ke gandar belakang menerusi transmisi ZF 16-kelajuan.

Walaupun angka kuasanya mungkin kelihatan biasa mengikut standard hari ini, jumlah tork besar itu memang sesuai untuk tugas membawa muatan berat. Gabungan casis rendah dan enjin tork tinggi menjadikan Supercargo antara lori paling unik pernah dihasilkan.

Konsep Modular Yang Sangat Moden

Salah satu idea paling menarik pada Supercargo ialah konsep modular. Platform lori tersebut direka supaya boleh digunakan untuk pelbagai fungsi termasuk membawa treler, kontena kargo atau diubah menjadi bas pelancongan.

Kesemua struktur itu boleh dipasang terus di atas casis utama tanpa memerlukan pembangunan platform baharu. Konsep tersebut sebenarnya mirip pendekatan platform modular moden yang digunakan banyak pengeluar automotif hari ini.

Kabin Macam Kereta Mewah

 

Bahagian dalaman Supercargo pula langsung tidak kelihatan seperti lori biasa era 1980-an. Reka bentuk kokpitnya lebih menyerupai kereta mewah dengan papan pemuka moden, konsol tengah lebar dan tempat duduk Recaro kulit.

Pemandu juga ditempatkan di posisi tengah seperti kereta supercar bagi memberikan keseimbangan dan pandangan lebih baik. Stereng empat jejari yang digunakan pula mengingatkan kepada rekaan BMW era 1990-an.

Kenapa Projek Ini Gagal?

Walaupun nampak sangat futuristik, Steinwinter Supercargo akhirnya gagal memasuki pengeluaran besar-besaran. Antara masalah utama ialah tahap penglihatan pemandu yang terlalu terhad akibat posisi kabin sangat rendah.

Selain itu, pengendalian lori tersebut juga sukar dipertingkatkan supaya benar-benar stabil untuk kegunaan komersial. Beberapa laporan turut menyatakan isu ketahanan dan kebolehpercayaan menjadi faktor utama projek itu tidak diteruskan.

Mercedes-Benz Tak Mahu Teruskan Projek

Kegagalan mendapatkan sokongan penuh daripada Mercedes-Benz akhirnya menyebabkan projek itu terkubur.
Tanpa sokongan kewangan dan pembangunan lanjut, Supercargo perlahan-lahan hilang daripada perhatian industri automotif.

Beberapa tahun kemudian, lori tersebut muncul semula dalam siri televisyen The Highwayman selepas diubah suai dengan penampilan lebih ekstrem. Kemunculan terakhir yang diketahui adalah sekitar 2002 ketika digunakan dalam penggambaran Power Rangers Time Force.

Terlalu Awal Untuk Dunia Automotif

Walaupun gagal, Steinwinter Supercargo sebenarnya membuktikan industri pengangkutan pernah cuba menghasilkan sesuatu yang jauh berbeza daripada kebiasaan. Banyak idea yang digunakan pada lori tersebut seperti aerodinamik, platform modular dan rekaan futuristik kini mula digunakan semula dalam pembangunan trak moden.

Namun seperti banyak konsep luar biasa lain dalam sejarah automotif, dunia mungkin masih belum bersedia menerima rekaan terlalu radikal ketika itu. Hari ini, Steinwinter Supercargo kekal sebagai salah satu lori paling pelik dan paling futuristik pernah dihasilkan dalam dunia automotif.

SUMBER: TheDrive

Enjin Mercedes-Benz V8 Frankfurt Motor Show 1983 kabin ultra-rendah Lori Futuristik lori komersial Manfred Steinwinter Mercedes-Benz OM422 V8 Steinwinter Supercargo Tesla Semi The Highwayman
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Tahukah Anda

    #TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

    21/05/2026
    Trivia Arsenal dan automotif
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

    20/05/2026
    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Helmet | Pelekat SIRIM
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

    22/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.