Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 10 Trivia Pasal Arsenal dan Automotif yang Ramai Tidak Tahu

Han OthmanBy Han Othman20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Trivia Arsenal dan automotif

APABILA sebut pasal Arsenal, pasti ramai terfikirkan bintang seperti Thierry Henry, pengurus legenda Arsène Wenger, The Invincibles atau Mikel Arteta.yang baru saja dinobatkan sebagai pengurus pertama Arsenal era Emirates yang memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun di sebalik dunia bola sepak London Utara itu, sebenarnya banyak juga cerita menarik berkaitan automotif yang jarang dibualkan peminat.

Arsenal sah juara EPL 2026

Daripada pengurus yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) biasa, pemain yang gila supercar, sampailah isu caj parkir sekitar Emirates Stadium, inilan 10 trivia Arsenal dan automotif yang mungkin anda baru tahu.

1. Arsène Wenger antara Pengurus EPL Paling ‘Low Profile’

Wenger sedang memandu

Jika mengambil kira ikut imej, ramai mungkin menyangka Wenger sejenis peminat sedan mewah S-Class atau Bentley. Namun sepanjang era Highbury dan awal Emirates, pengurus itu terkenal dengan gaya hidup sederhana.

Media Britain pernah beberapa kali melaporkan Wenger memandu MPV dan hatchback biasa untuk urusan harian seperti Volkswagen Golf dan MPV famili Eropah biasa, termasuk sedan Jaguar siri XJ.

Beliau lebih nampak macam pensyarah universiti daripada bos kelab bola sepak bernilai berbilion pound.

2. Mikel Arteta Pun Bukan Jenis ‘Show Off’

Cadillac Escalade

Kalau Jose Mourinho pernah muncul dengan Aston Martin dan Ferrari, Arteta pula lebih kepada ‘stealth mode’.

Pengurus Arsenal sejak 2011 itu sering dilihat menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Eropah dan kenderaan famili biasa ketika tiba di pusat latihan London Colney. Tiada perangai flex supercar depan kamera.

Ini sama lahmacam taktikalnya juga yang tenang, kemas, tetapi bila tekan pedal, laju juga.

3. Thierry Henry Pernah Jadi ‘Poster Boy’ Renault

Thierry Henry pernah menjadi duta Renault
Thierry Henry pernah menjadi duta Renault

Masa era awal 2000-an, Thierry Henry antara bintang EPL paling laku keras untuk iklan automotif.

Legenda Arsenal itu pernah terlibat dalam kempen Renault di Eropah ketika zaman kegemilangannya bersama The Gunners. Waktu itu, imej Henry memang cukup kuat dengan gaya permaianannya yang laju, bergaya dan elegan.

Jika dunia automotif ada kategori hot hatch, Henry mungkin boleh diibaratkan seperti Renault Clio V6 yang kompak, agresif dan mampu meninggalkan lawannya jauh di belakang.

4. Pierre-Emerick Aubameyang Antara Paling ‘Hype’

Aubameyang memiliki Lamborghini Aventador Roadster dibalut krom emas

Jika mahu bercakap mengenai koleksi kereta paling mencuri perhatian dalam era moden Arsenal, nama Pierre-Emerick Aubameyang memang susah ditandingi.

Bekas kapten Arsenal itu terkenal dengan koleksi Lamborghini Aventador Roadster, Lamborghini Urus, Ferrari 488 Italia, Porsche Panamera dan beberapa model eksotik lain yang dibalut warna krom emas dan holografik.

Sampai ada peminat Arsenal bergurau;

Koleksi kereta Aubameyang nampak macam ‘garaj GTA budak 10 tahun.”

Apapun, memang mustahil tidak perasan kereta krom emas melintas depan Emirates.

5. Bukayo Saka Antara Bintang Paling Bersahaja

Bukayo Saka memandu Ferrari 458 Spider
Bukayo Saka juga pernah memiliki Mercedes AMG G63

Berbeza Aubameyang, Bukayo Saka pula lebih low profile walaupun sudah jadi antara pemain paling bernilai Arsenal.

Antara kereta pernah dikaitkan dengan bintang England itu ialah Ferrari 458 Spider dan pernah memiliki Mercedes-Benz AMD G63 GLC. Ada juga laporan mendakwa beliau memiliki Audi A8 dan Audi Q7.

Menariknya, walaupun ada Ferrari, imej Saka tetap nampak sederhana berbanding ramai pemain EPL lain yang gemai menayang koleksi kereta hiper di media sosial.

6. Arsenal Pernah Dikaitkan Penaja Automotif

Emirates adalah antara penaja utama Arsenal

Walaupun tidak sekuat hubungan Manchester United dengan Chevrolet atau Manchester City dengan Nissan dulu, Arsenal juga pernah bekerjasama dengan beberapa jenama automotif dalam kempen promosi tertentu.

Antara pernah muncul ialah Toyota dan Citroën untuk aktiviti rantau Eropah serta kempen komersial pemain. Selain itu, Emirates sendiri sangat aktif dalam dunia automotif dan sukan permotoran global seperti Formula Satu (F1).

7. Bas Pasukan Arsenal Memang ‘Spec’ Tinggi

Pasukan EPL moden bukan sekadar menaiki bas biasa. Arsenal menggunakan bas pasukan premium lengkap dengan ruang luas, kerusi khas untuk pulihkan kecederaan (recovery) dan sistem hiburan untuk perjalanan domestik.

Kebanyakan bas pasukan EPL menggunakan casis Volvo atau Mercedes-Benz Tourismo atas faktor keselesaan dan keselamatan.

Bas itu juga kemungkinan besar akan menjadi ‘bas perarakan bumbung terbuka’ paling tular di London.

8. Kawasan Emirates Stadium Memang ‘Neraka Parking’

Stadium Emirates di London Utara

Jika anda memandu sekitar Stadium Emirates pada hari perlawanan, memang selamat maju jaya.

Kawasan sekitar stadium mempunyai kawalan parkir yang sangat ketat, termasuk permit khas penduduk dan caj parkir tambahan pada hari perlawanan.

Jika tersalah parkir, saman parkir di London boleh mencecah sekitar £80 hingga £130 (lebih RM500-RM800 ikut kadar tukaran semasa), bergantung jenis kesalahan dan lokasi.

Sebab itu ramai penyokong Arsenal lebih rela menggunakan Tube (tren) berbanding mencari parkir sekitar Emirates.

9. Beberapa Pemain Arsenal Pernah Terlibat Kes Trafik

Walaupun bergelar pemain bola sepak elit dengan gaji ratusan ribu pound seminggu, beberapa bintang Arsenal juga pernah terpalit dengan isu trafik dan kemalangan kecil sepanjang era Highbury dan Emirates.

Antara paling terkenal ialah kes Nicklas Bendtner pada 2009 apabila Aston Martin miliknya terbabas dan remuk teruk di London. Mujur bekas penyerang Denmark itu tidak mengalami kecederaan serius, tetapi gambar kereta tersebut sempat menjadi tajuk utama media Britain kerana keadaannya memang ‘total loss’.

Selain itu, beberapa pemain Arsenal generasi moden juga pernah dikaitkan dengan saman memandu laju dan penggunaan telefon ketika memandu. London sendiri terkenal dengan sistem kamera AES, kamera parkir dan zon trafik yang sangat ketat, silap sedikit, memang surat saman terus sampai rumah.

Malah, ada juga pemain EPL termasuk bintang Arsenal pernah ditarik lesen sementara akibat terlebih mata demerit dan peminat bola sepak Britain selalu bergurau;

Atas padang laju takpe. atas jalan raya jangan buat counter attack sangat.”

Dalam era media sosial sekarang pula, kereta pemain Arsenal memang selalu jadi perhatian paparazi. Lagi rare atau mahal kereta itu, lagi tinggi peluang masuk tabloid esok pagi 😭

10. Highbury Dulu Lagi ‘Old School’

Stadium lama Arsenal di Highbury
Stadium lama Arsenal di Highbury

Sebelum berpindah ke Stadium Emirates pada 2006, Arsenal bermain di Highbury, iaitu stadium klasik yang jauh lebih kecil dan padat.

Zaman itu, suasana automotif sekitar stadium jauh lebih ‘retro’ dengan jalan sempit, parkir terhad dan ramai penyokong biasanya datang menaiki teksi hitam klasik London atau hatchback kecil Eropah.

Jika Emirates hari ini seperti SUV moden yang penuh teknologi, Highbury pula ibarat kereta sport klasik, walaupun kecil, dan sempit, tetapi ada aura tersendiri.

Bonus Trivia: Arsenal, Dunia F1 Ada Persamaan?

Arsenal sah juara EPL 2026

Ramai peminat bola sepak menyamakan proses membina semula Arsenal di bawah Arteta seperti pasukan Formula Satu (F1).

Bermula masalah besar, menukar kcomponen, mencari tetapan terbaik dan perlahan-lahan kembali mencabar kejuaraan.

Apapun tahniah kepada Arsenal kerana sah menjadi juara EPL 2026!

10 trivia Arsenal dan automotif Arsenal dan Automotif Arsene Wenger autotainment Mikel Arteta tahukah anda Trivia Trivia Pasal Arsenal dan Automotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
MV Agusta Brutale 1000 ABT
Roda2

MV Agusta Brutale 1000 ABT – Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

By Abang Hirata18/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.