Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan
Autotainment

#TahukahAnda Ini Risiko Jangka Panjang Jika Abaikan Servis Berkala Kenderaan

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RAMAI pemilik kenderaan masih ambil mudah soal servis berkala terutama apabila kereta masih boleh bergerak seperti biasa.

Ada yang sengaja tangguh servis sebab mahu berjimat, terlalu sibuk atau rasa minyak hitam masih elok walaupun mileage sudah melepasi tempoh ditetapkan.

Kereta Masih Jalan Bukan Bermaksud Masih Sihat

Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik

Hakikatnya, banyak komponen penting dalam kereta akan haus secara perlahan tanpa disedari. Masalah sebenar biasanya hanya muncul selepas bertahun-tahun apabila kerosakan sudah jadi lebih serius dan kos pembaikan mula melambung.

Selenggara berkala sebenarnya bukan sekadar tukar minyak hitam, tetapi melibatkan pemeriksaan pelbagai sistem penting seperti enjin, transmisi, brek, suspension dan sistem penyejukan. Jika semua ini diabaikan terlalu lama, prestasi kereta akan mula merosot sedikit demi sedikit.

Minyak Enjin Lama Boleh Rosakkan Enjin

Salah satu kes paling biasa ialah lewat menukar minyak enjin. Minyak hitam yang terlalu lama digunakan akan hilang keupayaan melincirkan komponen dalaman enjin dengan baik.

Apabila itu berlaku, geseran dalaman menjadi lebih tinggi dan menyebabkan komponen seperti omboh, aci engkol serta aci sesondol cepat haus. Dalam jangka panjang, enjin boleh mengalami mendapan kotoran minyak, panas melampau dan akhirnya rosak teruk hingga memerlukan baik pulih penuh enjin.

Gearbox Antara Komponen Paling Mahal Nak Repair

Selain enjin, gearbox juga sangat sensitif terhadap jadual penyelenggaraan. Ramai pemilik kereta abaikan penukaran minyak transmisi kerana kereta masih terasa normal ketika dipandu.

Sedangkan minyak gearbox yang sudah kotor boleh menyebabkan pertukaran gear jadi kasar, lambat masuk gear dan akhirnya merosakkan komponen dalaman transmisi. Untuk kereta moden terutama CVT dan DCT, kos pembaikan boleh mencecah ribuan hingga puluhan ribu ringgit.

Sistem Penyejukan Pun Kena Jaga

Coolant atau air radiator juga sering dipandang remeh. Jika coolant tidak ditukar mengikut tempoh ditetapkan, sistem penyejukan boleh mula berkarat dan tersumbat.

Keadaan itu boleh menyebabkan enjin cepat panas, radiator bocor, pam air rosak atau lebih buruk lagi gasket kepala silinder pecah. Bila enjin mula mengalami panas melampau secara kerap, risiko kerosakan besar memang sangat tinggi.

Brek, Suspension Akan Cepat Haus

Komponen seperti pad brek, cecair brek dan suspensi juga perlu dipantau secara berkala. Cecair brek yang terlalu lama boleh menyerap kelembapan dan menjejaskan prestasi membrek terutama ketika kecemasan.

Sistem suspensi pula akan mula berbunyi, kurang stabil dan menyebabkan tayar haus tidak sekata jika penyerap hentak atau sesendal rosak tetapi tidak diganti. Selain menjejaskan keselesaan, keadaan itu juga boleh mengganggu tahap keselamatan ketika memandu.

Penggunaan Minyak Pun Jadi Lebih Tinggi

BUDI95 - isi RON95 guna Setel di Petronas

Kereta yang jarang diservis biasanya akan menggunakan lebih banyak bahan api. Ini kerana komponen seperti spark plug, penapis udara dan throttle body yang kotor akan menyebabkan enjin bekerja lebih keras.

Akhirnya, pemandu terpaksa menanggung kos petrol lebih tinggi setiap bulan walaupun cuba berjimat dengan melambatkan servis. Dalam sesetengah kes, prestasi kereta juga jadi semput dan kurang responsif ketika memecut.

Nilai Jualan Semula Boleh Jatuh

Rekod servis lengkap sebenarnya memainkan peranan besar terhadap nilai jualan semula sesebuah kenderaan.
Pembeli biasanya lebih yakin dengan kereta yang mempunyai sejarah servis konsisten dan dijaga rapi.

Jika kereta mempunyai banyak masalah akibat kurang penyelenggaraan, nilainya akan jatuh dan sukar dijual. Malah ada pusat jual beli yang terus menolak kenderaan dengan keadaan enjin atau gearbox tidak memuaskan.

Servis Berkala Sebenarnya Lebih Jimat

Walaupun servis berkala memerlukan kos tertentu, ia sebenarnya jauh lebih murah berbanding menanggung kerosakan besar pada masa depan.

Menukar minyak enjin, filter, coolant atau minyak gearbox secara berkala mungkin hanya menelan ratusan ringgit, tetapi kos baik pulih enjin atau tukar kotak gear boleh jadi berkali ganda lebih mahal.

Sebab itu pengeluar kenderaan sentiasa menetapkan jadual servis berdasarkan tempoh masa dan mileage tertentu untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan optimum. Jadi kalau mahu kereta tahan lama, selamat dan kurang masalah, jangan tunggu rosak baru mahu servis.

air radiator brek cecair brek coolant enjin Gearbox Komponen Kereta kos overhaul minyak hitam pad brek petrol servis berkala sistem penyejukan suspensi suspension tangguh servis transmisi
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    Toyota Outrun 2026 – Beberapa Jalan Di Putrajaya Ditutup Bermula Malam Sabtu

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

    01/07/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.