Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

SyafieBy Syafie04/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

XPENG Malaysia memperkenalkan program pemilikan ‘MEGA X9 REWARDS‘, iaitu inisiatif khas sepanjang Jun 2026 yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik bernilai sehingga RM45,000 kepada pelanggan yang membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik premium, XPENG X9.

Program terhad itu bertujuan meningkatkan nilai pemilikan model MPV elektrik utama XPENG sambil mengukuhkan kedudukan dalam segmen kenderaan elektrik (EV) premium di Malaysia.

MPV Elektrik Premium dengan Teknologi Pintar

XPENG X9 dibangunkan sebagai MPV elektrik pintar yang menggabungkan teknologi mobiliti masa depan, prestasi pemanduan jarak jauh dan ruang kabin fleksibel untuk kegunaan keluarga mahupun korporat.

Model itu menampilkan rekabentuk futuristik dengan lampu siang (DRL) Galaxy Light Wing dan badan aerodinamik yang direka untuk meningkatkan kecekapan tenaga.

Antara ciri utama ialah sudut pilr-A 21º dan cermin belakang 23º yang membantu menghasilkan pekali seretan udara serendah 0.236Cd, sekali gus meningkatkan kestabilan ketika dipandu pada halaju tinggi.

Mudah Dikendali dalam Bandar

Bagi memudahkan pemanduan dalam kawasan bandar, XPENG X9 dilengkapi sistem stereng roda belakang (RWS) sebagai ciri standard.

Teknologi itu membolehkan MPV saiz besar tersebut memiliki radius pusingan minimum hanya 5.4 meter, sekali gus memudahkan proses parkir dan membelok di kawasan sempit.

Kabin Luas, Fleksibel

XPENG X9 menawarkan susun atur kabin luas dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk untuk memenuhi keperluan keluarga atau urusan perniagaan.

Antara ciri menarik adalah akses satu sentuhan ke barisan ketiga, fungsi gelongsor tempat duduk barisan kedua yang lebih panjang dan tempat duduk barisan ketiga dengan fungsi lipatan elektrik.

Apabila semua kerusi belakang dilipat, ruang simpanan boleh dipeluas sehingga 2,554 liter.

Keselesaan Taraf Premium

Dari aspek keselesaan, XPENG X9 menggunakan sistem suspensi udara dwi-kamber (dual-chamber air suspension) yang mampu melaras karakteristik redaman secara automatik mengikut kondisi jalan.

Turut disediakan sistem penyaman udara dengan agihan udara lebih sekata kepada semua penumpang.

Kabin turut dilengkapi unit infotainmen penumpang 21.4 inci dan unit infotainmen utama 17.3 inci, yang dipadankan cip pemproses Qualcomm 8295P bersama sistem operasi XOS milik XPENG.

Platform 800V, Cas 10-80 Peratus Bawah 20 Minit

XPENG X9 dibina menggunakan platform voltan tinggi silikon karbida (SiC) 800V yang menyokong pengecasan ultra pantas.

Menurut XPENG, bateri boleh dicas 10 – 80 peratus kurang 20 minit, sekali gus menjadikan perjalanan jarak jauh lebih praktikal.

Sistem bateri turut dilengkapi pelbagai lapisan perlindungan keselamatan yang merangkumi pemantauan pintar, perlindungan voltan tinggi, kawalan bencana dan ketahanan mekanikal bagi mengurangkan risiko penyebaran haba.

Struktur Badan Kukuh, Selamat

Dari aspek keselamatan, XPENG X9 menggunakan struktur badan kekuatan tinggi dengan komponen logam tuang (die-cast) bersepadu bagi meningkatkan ketegaran casis dan perlindungan penumpang.

Model itu turut dilengkapi pelbagai beg udara dan sistem sensor pintar untuk membantu pengesanan perlanggaran dan perlindungan penumpang.

Ganjaran sehingga RM45,000

Menerusi program MEGA X9 REWARDS, pembeli XPENG X9 untuk model 2025 sepanjang Jun 2026 bakal menikmati manfaat berikut:

  • Rebat tunai RM20,000
  • Sokongan perlindungan insurans sehingga RM10,000
  • Wallbox pengecas rumah percuma bernilai RM5,000
  • Keistimewaan pelanggan korporat bernilai RM10,000 (tertakluk syarat dan pengesahan)

Promosi sah sehingga 30 Jun 2026, atau selagi stok masih ada.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) MEGA X9 REWARDS MPV elektrik pintar MPV EV Premium Roda4 XPENG Malaysia Xpeng X9
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.