Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

SyafieBy Syafie03/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MOTO Morini Malaysia secara rasmi mempertontonkan dua model baharu segmen middleweight, C3 1/2 Sport dan Rumble 350 di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.

Kedua-dua model menggunakan platform sama dengan enjin V-Twin 349cc penyejukan cecair, tetapi dengan karakter berbeza bagi memenuhi keperluan penunggang bandar dan peminat gaya cruiser moden.

i. Moto Morini C3 1/2 Sport – Naked Sport Ringan, Lincah

Moto Morini C3 1/2 Sport hadir sebagai motosikal naked sport yang menampilkan rekabentuk Itali dan fokus kepada pengendalian lincah untuk kegunaan harian serta tunggangan bandar.

Model itu dijana enjin V-Twin 349cc dengan output kuasa 24kW @ 8,500rpm dan tork 30Nm @ 6,000rpm, yang dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan berserta klac sliper.

Dari segi casis, Moto Morini C3 1/2 Sport menawarkan berat kering 155kg, sekali gus menjadikan model itu antara V-Twin paling ringan dalam kelas.

Antara ciri utama:

  • Enjin V-Twin 349cc, 8-injap
  • Output kuasa 24kW @ 8,500rpm, dan tork 30Nm @ 6,000rpm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac sliper (slipper clutch)
  • Pacuan rantai (chain drive)
  • Berat kering 155kg
  • Jarak roda 1,420mm
  • Radius pusingan 5 meter
  • Fork depan dengan jarak travel 130mm
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh tukar
  • Panel meter TFT 3.6 inci
  • Sambungan Bluetooth, muzik dan navigasi

ii. Moto Morini Rumble 350 – Cruiser Santai Gaya Klasik

Bagi mereka yang lebih gemarkan tunggangan santai, Moto Morini menawarkan Rumble 350, iaitu cruiser moden yang mengekalkan enjin sama, tetapi ditala untuk hantaran kuasa lebih relaks.

Model itu menghasilkan output kuasa 32hp (24kW) @ 8,000rpm dan tork 30Nm @ 6,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan dengan  klac sliper.

Menariknya, Moto Morini Rumble 350 menggunakan sistem pacuan tali sawat akhir (belt final drive) yang lebih senyap dan memerlukan penyelenggaraan minimum berbanding pacuan rantai konvensional.

Antara ciri utama Moto Morini Rumble 350:

  • Enjin V-Twin 349cc
  • Output kuasa 32hp (24kW) @ 8,000rpm, dan tork 30Nm @ 6,000rpm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan klac slipper
  • Pacuan tali sawat akhir (belt final drive)
  • Tinggi pelana 740mm
  • Tayar belakang 150/80-16
  • Jarak roda 1,465mm
  • Berat kering 188kg
  • Kapasiti tangki bahan api 14.5 liter

Rekabentuk Itali, Teknologi Moden

Moto Morini turut menekankan, kedua-dua model itu dibangunkan dengan identiti rekabentuk Itali asli, selain menawarkan keselesaan tunggangan dunia sebenar dan teknologi moden.

Antara kelengkapan standard adalah:

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sambungan Bluetooth
  • Fungsi paparan telefon pintar
  • Suspensi ditala untuk keselesaan harian

Gabungan rekabentuk premium, enjin V-Twin dan teknologi moden menjadikan Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 sebagai pilihan menarik dalam segmen motosikal saiz pertengahan yang semakin berkembang di Malaysia.

Auto Terkini C3 1/2 Sport Malaysia Bike Show 2026 Moto Morini Moto Morini Malaysia roda2 Rumble 350 Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.