Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

SyafieBy Syafie29/05/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MOTOSIKAL dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) terus memperkukuh portfolio produk menerusi pelancaran tiga model baharu sempena Malaysia Bike Show 2026, terdiri daripada Modenas Z650 S, Kawasaki Z1100 SE dan Kawasaki Ninja ZX-10R.

Pengenalan ketiga-tiga model itu membuktikan komitmen Modenas dalam menawarkan lebih banyak pilihan kepada penunggang Malaysia merentasi pelbagai segmen, daripada motosikal jalanan harian hingga jentera berprestasi tinggi untuk peminat supersport.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan, pasaran motosikal tempatan terus berkembang dengan penunggang kini lebih menitikberatkan gaya hidup, pengalaman tunggangan dan prestasi.

Modenas Z650 S, Kawasaki Z1100 SE dan Kawasaki Ninja ZX-10R mengukuhkan lagi rangkaian produk kami untuk penunggang Malaysia dalam segmen street, premium naked dan supersport,” katanya.

Modenas Z650 S – Naked Bike Pertengahan Yang Lebih Praktikal

Model Modenas Z650 S diperkenalkan sebagai motosikal naked kelas pertengahan yang menggabungkan prestasi responsif, pengendalian mudah dan rekaan lebih agresif.

Ia direka untuk penunggang yang mahukan motosikal serba boleh bagi kegunaan harian di bandar, selain sesuai untuk tunggangan santai hujung minggu.

Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM35,600 dengan dua pilihan warna seperti:

  • Metallic Matte Graphenesteel Gray
  • Metallic Flat Spark Black

Kawasaki Z1100 SE – Naked Premium Dengan Prestasi Lebih Tinggi

Bagi segmen premium, Kawasaki Malaysia memperkenalkan Z1100 SE yang menawarkan kapasiti enjin lebih besar, prestasi lebih mantap serta pelbagai ciri premium untuk penunggang berpengalaman.

Model itu turut hadir dengan penambahbaikan dari aspek kejuruteraan dan keselesaan bagi memenuhi keperluan pengguna yang mencari motosikal naked berprestasi tinggi untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jauh.

Harga yang ditawarkan untuk model ini pula adalah RM69,900 dengan dua pilihan warna seperti:

  • Metallic Matte Graphenesteel Gray
  • Metallic Matte Carbon Gray

Kawasaki Ninja ZX-10R Kekal Ikon Supersport

Turut membuat kemunculan ialah Kawasaki Ninja ZX-10R, yang meneruskan legasi motosikal supersport jenama Jepun itu.

Model tersebut mengekalkan identiti prestasi siri Ninja dengan rekaan aerodinamik, teknologi bantuan tunggangan moden serta kejuruteraan berinspirasikan perlumbaan.

ZX-10R terus disasarkan kepada penunggang yang mahukan pengalaman tunggangan berprestasi tinggi sama ada di jalan raya mahupun litar.

Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM114,600 dengan warna dan livery asas Lime Green / Blue 24.

Modenas Terus Perkukuh Pengalaman Pemilikan

Selain memperkenalkan model baharu, Modenas turut memberi fokus kepada peningkatan pengalaman pemilikan pelanggan menerusi penambahbaikan rangkaian pengedar, perkhidmatan selepas jualan, bekalan alat ganti serta keupayaan teknikal.

Syarikat itu juga akan terus memperluaskan program komuniti penunggang dan aktiviti pemilik motosikal termasuk inisiatif Lokal Lagi Syok, sebagai usaha mengeratkan hubungan dengan pelanggan selepas pembelian.

Ketiga-tiga model baharu tersebut dipamerkan di reruai Modenas dan Kawasaki Malaysia sepanjang berlangsungnya Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS, Serdang.

Auto Terkini Kawasaki Ninja ZX-10R Kawasaki Z1100 SE Modenas Kawasaki Modenas Z650 S
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026

    1 Comment

    1. Azizol bin Sahar on 01/06/2026 13:29

      sangat baik

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.