Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Tahukah Anda»#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Steinwinter Supercargo – Lori Futuristik yang Melangkaui Zaman

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Steinwinter Supercargo 1983

DUNIA pengangkutan moden hari ini banyak berubah dari segi teknologi, tetapi rekabentuk lori komersial sebenarnya masih kekal hampir sama sejak berdekad lalu.

Selain kemunculan trak elektrik moden seperti Tesla Semi, tidak banyak rekabentuk ekstrem yang benar-benar mengubah landskap industri pengangkutan berat dunia.

Lori Paling Pelik Pernah Dihasilkan?

Steinwinter Supercargo 1983

Namun sekitar 1980-an, seorang jurutera dari Jerman pernah menghasilkan sebuah lori futuristik yang dianggap terlalu pelik pada zaman itu.

Model tersebut, Steinwinter Supercargo, adalah sebuah trak ultra-rendah yang kelihatan seperti gabungan kereta sport dan kepala lori komersial.

Ia diperkenalkan kali pertama di Pameran Motor Frankfurt (IAA) 1983, hasil idea jurutera automotif dari Stuttgart, Manfred Steinwinter.

Rekabentuk pelik itu dihasilkan bertujuan meningkatkan kecekapan aerodinamik dan kapasiti muatan lori.

Rekaabentuk Rendah Kurangkan Rintangan Angin

Steinwinter Supercargo 1983

Berbeza lori konvensional, Supercargo menggunakan kabin ultra-rendah yang hampir rata dengan permukaan jalan.

Konsep tersebut dipercayai mampu mengurangkan rintangan angin antara kepala lori dan treler sekali gus membantu menjimatkan penggunaan bahan api.

Selain itu, panjang keseluruhan lori juga dapat dipendekkan supaya lebih banyak ruang boleh digunakan untuk membawa muatan tanpa melanggar had panjang kenderaan.

Apa paling mengejutkan, ketinggian platform Supercargo cuma sedikit lebih tinggi daripada Lamborghini Huracan.

Enjin Mercedes-Benz V8 Jadi Nadi Utama

Steinwinter Supercargo 1983

Steinwinter Supercargo menggunakan enjin diesel Mercedes-Benz OM422 V8 dengan output kuasa sekitar 276hp dan tork 1,021Nm yang disalurkan ke gandar belakang menerusi transmisi ZF 16-kelajuan.

Walaupun angka kuasa mungkin nampak biasa mengikut standard hari ini, jumlah tork besar itu memang sesuai untuk tugas membawa muatan berat.

Gabungan casis rendah dan enjin tork tinggi menjadikan Supercargo antara lori paling unik pernah dihasilkan.

Konsep Modular Sangat Moden

Steinwinter Supercargo 1983

Salah satu idea paling menarik Supercargo ialah konsep modular. Platform lori tersebut direka supaya boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperti membawa treler, kontena kargo atau diubah menjadi bas pelancongan.

Semua struktur itu boleh dipasang terus atas casis utama tanpa memerlukan pembangunan platform baharu. Konsep tersebut sebenarnya mirip pendekatan platform modular moden yang digunakan banyak pengeluar automotif hari ini.

Kabin Macam Kereta Mewah

Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983

Bahagian dalaman Supercargo pula langsung tidak kelihatan seperti lori biasa era 1980-an. Rekabentuk kokpitnya lebih menyerupai kereta mewah dengan papan pemuka moden, konsol tengah lebar dan tempat duduk Recaro kulit.

Pemandu juga ditempatkan di posisi tengah seperti supercar bagi memberikan keseimbangan dan pandangan lebih baik. Stereng empat jejari yang digunakan pula mengingatkan kepada rekabentuk BMW era 1990-an.

Kenapa Projek Ini Gagal?

Steinwinter Supercargo 1983

Walaupun nampak sangat futuristik, Steinwinter Supercargo gagal memasuki pengeluaran besar-besaran. Antara masalah utama adalah tahap penglihatan pemandu yang terlalu terhad akibat posisi kabin sangat rendah.

Selain itu, pengendalian lori tersebut juga sukar dipertingkat supaya benar-benar stabil untuk kegunaan komersial. Beberapa laporan turut menyatakan isu ketahanan dan reliabiliti menjadi faktor utama projek itu tidak diteruskan.

Mercedes-Benz Tak Mahu Teruskan Projek

Steinwinter Supercargo 1983

Kegagalan mendapatkan sokongan penuh Mercedes-Benz menyebabkan projek itu terkubur. Tanpa sokongan kewangan dan pembangunan lanjut, Supercargo perlahan-lahan hilang daripada perhatian industri automotif.

Beberapa tahun kemudian, lori tersebut muncul semula dalam siri televisyen The Highwayman selepas diubah suai dengan penampilan lebih ekstrem. Kemunculan terakhir yang diketahui adalah sekitar 2002 ketika digunakan dalam penggambaran Power Rangers Time Force.

Terlalu Awal Untuk Dunia Automotif

Walaupun gagal, Steinwinter Supercargo sebenarnya membuktikan industri pengangkutan pernah cuba menghasilkan sesuatu yang jauh berbeza daripada kebiasaan. Banyak idea yang digunakan pada lori tersebut seperti aerodinamik, platform modular dan rekabentuk futuristik yang kini mula digunakan semula dalam pembangunan trak moden.

Namun seperti banyak konsep luar biasa lain dalam sejarah automotif, dunia mungkin masih belum bersedia menerima rekabentuk terlalu radikal ketika itu.

Hari ini, Steinwinter Supercargo kekal sebagai salah satu lori paling pelik dan futuristik pernah dihasilkan dalam dunia automotif.

Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983
Steinwinter Supercargo 1983

SUMBER: TheDrive

Enjin Mercedes-Benz V8 Frankfurt Motor Show 1983 kabin ultra-rendah Lori Futuristik lori komersial Manfred Steinwinter Mercedes-Benz OM422 V8 Steinwinter Supercargo Tesla Semi The Highwayman
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.