• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?

#TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?

January 25, 2021 By Azhan O Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, ciri lampu kabus belakang ialah komponen yang wajib dipasangkan pada kereta untuk melepasi ujian Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dilakukan pasukan Bahagian Kejuruteraan Automotif di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum layak dijual di Malaysia.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang

Sejak Bila Pula?

Syarat lampu kabus belakang sudah diwartakan dan dilaksanakan sejak 1 Januari 2015 di bawah peraturan R38 dalam senarai 100 Peraturan UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Ini ditulis dalam Garis Panduan Kelulusan Jenis Kenderaan (Pindaan) 2017.

Fakta berkenaan secara tidak langsung menjawab pertanyaan sesetengah pembaca yang tertanya-tanya kenapa lampu kabus belakang dipasangkan pada kenderaan di Malaysia sedangkan itu bukan komponen kritikal.

Ini kerana Malaysia bukan seperti negara di Eropah yang mengalami musim sejuk atau salji setiap tahun, atau ada banyak kawasan jalan raya dikelilingi gunung dan lembah berkabus sepanjang masa. Hujan lebat pun masih belum cukup untuk membenarkan kita menyalakan lampu kabus (sebab itulah tidak dinamakan 'lampu hujan' atau 'rainlamp').

 

Lampu kabus cuma boleh dipasang jika jarak penglihatan depan kurang 400 meter, atau tiga tiang lampu. Ini bermakna, kondisi tersebut hanya berlaku di Malaysia dalam cuaca hujan ribut, memandu di kawasan pergunungan atau cuaca berjerabu dengan amaran merah (bahaya!).

Kalau Tiada Guna, Kenapa Pasang?
PanduLaju.com.my

Pandangan kami, peraturan itu sebenarnya lebih kepada visi Malaysia untuk memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa mengikut standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN)  yang banyak merujuk kepada regulasi Eropah. Pematuhan tersebut akan memberikan merit kepada komitmen dan reputasi Malaysia dalam industri automotif.

Ia turut memudahkan proses mengeksport produk  tempatan kerana kereta dari Malaysia sudah sedia memiliki spesifikasi keselamatan dan pemasangan komponen aras tinggi. Ini secara langsung melancarkan proses pembuatan, dan pemasangan dari kilang tempatan. Pada masa sama ia juga menetapkan syarat tinggi untuk kereta luar diimport ke Malaysia.

Bukan lampu kabus belakang saja, sebenarnya ada banyak komponen wajib lain juga perlu dipasangkan pada kereta yang mahu dijual di Malaysia. Misalnya lampu siang (DRL) dalam peraturan R87 yang baru diwartakan pada 1 Januari 2020.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenali Suis, Simbol dan Cara Betul Nyalakan Lampu Kabus Belakang

Artikel Berkaitan

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), Kereta, lampu kabus, lampu kabus belakang, Rear Foglamp, Roda4, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
    Mahmood Razak CEO Baharu Puspakom! Kuat Kuasa 1 Oktober 2023
  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my