Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengasas Muzium Motosikal Terbesar Dunia Meninggal Dunia
Auto Terkini

Pengasas Muzium Motosikal Terbesar Dunia Meninggal Dunia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

George W Barber Jr meninggal dunia

DUNIA permotoran antarabangsa kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila pengasas Barber Motorsports Park dan Barber Vintage Motorsports Museum, George W Barber Jr meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Februari lalu selepas mengalami sakit yang singkat. Pemergian beliau meninggalkan legasi besar dalam dunia sukan permotoran, khususnya dalam usaha memelihara sejarah motosikal dan pembangunan fasiliti perlumbaan bertaraf dunia di Amerika Syarikat (AS).

dari Industri Tenusu ke Dunia Litar

George W Barber Jr meninggal dunia

Barber ialah bekas veteran tentera sebelum mengambil alih perniagaan keluarga, Barber Dairies pada usia 29 tahun. Di situlah beliau membina kekayaan yang kemudian digunakan untuk merealisasikan minat mendalam terhadap sukan bermotor.

Selain bergelar usahawan berjaya, beliau turut aktif sebagai pelumba kereta dengan mencatatkan 63 kemenangan sepanjang karier. Barber banyak berlumba menggunakan jentera Lotus dan Porsche selain pernah bersaing dengan nama-nama besar dunia perlumbaan.

Muzium Motosikal Terbesar Dunia

Barber Motorcycle Museum
Barber Motorcycle Museum

Selepas menjual perniagaan tenusu pada 1998, beliau memberi tumpuan penuh kepada projek impiannya, membangunkan muzium dan litar perlumbaan bertaraf antarabangsa.

Barber Vintage Motorsports Museum yang dibuka seperti mana rupa bentuk hari ini pada 2003 terletak di kawasan seluas 880 ekar di Alabama. Kompleks bangunan seluas kira-kira 230,000 kaki persegi itu menempatkan koleksi sekitar 1,800 motosikal, dan kira-kira 1,000 unit dipamerkan, manakala selebihnya disimpan atau dalam proses restorasi.

Menariknya, hampir semua motosikal dalam koleksi tersebut berada dalam keadaan boleh ditunggang dan boleh disiapkan dalam tempoh singkat jika diperlukan.

Litar Ikonik, Festival Tahunan

Barber Motorsports Park

Di samping muzium, Barber Motorsports Park turut memiliki litar sepanjang 2.38 batu (3.83km) dengan 16 selekoh dan profil ketinggian mencabar. Sejak 2005, fasiliti ini menjadi tuan rumah kepada Festival Motosikal Vintaf (Vintage Motorcycle Festival, VMF), juga antara acara terbesar seumpamanya di AS.

Litar tersebut juga menganjurkan pelbagai kejuaraan saban tahun dan menarik lebih sejuta pengunjung setahun, sekali gus menjadikan destinasi wajib buat peminat automotif dan dua roda dari seluruh dunia.

Legasi Pendidikan, Pembangunan Bakat

Barber Motorcycle Museum
Barber Motorcycle Museum

Institusi bukan berasaskan keuntungan itu turut membuka ruang kepada pelajar sekolah, program pendidikan dan latihan industri bagi mahasiswa dalam bidang kejuruteraan serta sukan permotoran. Inisiatif itu mencerminkan komitmen Barber dalam memastikan warisan permotoran terus berkembang kepada generasi baharu.

Tarikh majlis penghormatan terakhir beliau masih belum diumumkan. Pihak pengurusan memaklumkan sumbangan kepada muzium adalah digalakkan sebagai menggantikan pemberian bunga.

Pemergian George W Barber Jr bukan sekadar kehilangan seorang pengumpul motosikal, tetapi seorang individu yang mengubah minat menjadi institusi bertaraf dunia. Ia legasi yang dijangka kekal untuk beberapa dekad akan datang.

SUMBER: MotorcycleNews.com

George W Barber Jr meninggal dunia
George W Barber Jr meninggal dunia
George W Barber Jr meninggal dunia
Barber Motorcycle Museum
Barber Motorcycle Museum
Barber Motorcycle Museum
Barber Motorcycle Museum
Barber Motorcycle Museum
Barber Motorsports Park
Barber Motorsports Park
Barber Motorsports Park Barber Vintage Motorsports Museum George W. Barber Jr LItar Perlumbaan meninggal dunia motosikal lumba motosikal vintaj muzium motosikal muzium motosikal terbesar sukan permotoran Vintage Motorcycle Festival
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP2026: Marc Marquez Raja Sachsenring Lagi, Kembali Buru Gelaran MotoGP Musim Ini

    13/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.