Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Nak Buat Tol Tanpa Palang (MLFF)? Selesaikan Dulu Budaya Elak Bayar Tol!
Auto Terkini

Pakar: Nak Buat Tol Tanpa Palang (MLFF)? Selesaikan Dulu Budaya Elak Bayar Tol!

Han OthmanBy Han Othman25/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Sistem tol MLFF di Lebuhraya Sungai Besi

CITA-cita Malaysia mahu memodenkan rangkaian lebuh raya dengan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) berdepan ancaman serius yang bukan disebabkan masalah teknologi, tetapi sikap pemandu yang suka mengelak membayar tol.

Pakar pengangkutan memberi amaran, penguatkuasaan yang lemah dan kadar pematuhan pemandu yang rendah boleh menyebabkan sistem MLFF gagal sebelum sempat berjaya sepenuhnya.

Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza

Isu itu timbul selepas data menunjukkan gejala elak membayar tol masih berleluasa walaupun dengan palang fizikal. Dilaporkan, kira-kira 95 peratus kes mengelak membayar tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak 2023 melibatkan kenderaan Kelas Satu, iaitu kereta persendirian seperti sedan, hatchback dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pengurus Besar AFA Prime Bhd, Ismaliza Ibrahim mendedahkan, 2,122 surat tuntutan sudah dikeluarkan antara 2023 hingga 2025, melibatkan jumlah tunggakan RM21,181 bagi kesalahan di plaza tol. Angka tersebut menunjukkan kesalahan masih berterusan walaupun ada pemantauan.

“Kalau Ada Palang Pun Lari, Apatah Lagi Tanpa Palang”

Sistem tol MLFF

Ketua Pengajian Siswazah di Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) UiTM, Dr Abdul Khabir Rahmat berkata, isu ini mesti ditangani secara serius.

Jika ketidakpatuhan masih berlaku di bawah sistem tol yang mempunyai pengadang fizikal dan kawalan pembayaran, cabaran penguatkuasaan di bawah MLFF akan menjadi lebih kompleks,” katanya.

Beliau menjelaskan, MLFF adalah pendekatan moden yang membolehkan kenderaan melalui lebuh raya tanpa berhenti, dengan bergantung sepenuhnya kepada teknologi seperti Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), sistem pengenalan elektronik dan pemprosesan bayaran digital masa nyata.

Pengalaman antarabangsa membuktikan MLFF mampu mengurangkan kesesakan, melancarkan trafik dan mengurangkan emisi karbon. Namun, kejayaan bukan terletak kepada teknologi semata-mata.

Pelaksanaan bergantung bukan saja kepada teknologi, tetapi juga penguatkuasaan digital yang mantap, sistem data bersepadu dan mekanisme pemulihan bayaran berkesan.”

“MLFF bukan sekadar membuang palang tol, tetapi mengenai transformasi falsafah penguatkuasaan daripada kawalan fizikal kepada pematuhan digital.”

Pakar: Anggap Elak Tol Sebagai Jenayah, Bukan Masalah Sistem

MLFF - Ahmad Maslan

Sementara itu, Profesor di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Munzilah Md Rohani melihat isu berkenaan dari sudut tingkah laku.

Walaupun di bawah sistem tol berpagar, masih ada pemandu yang berjaya elak bayaran.

“Di bawah MLFF, setiap transaksi dan pergerakan kenderaan akan direkodkan secara digital, jadi kegagalan membayar harus dianggap sebagai kesalahan disengajakan, bukan kelemahan sistem.”

Beliau memberi amaran risiko terbesar gejala berkenaan adalah ketirisan hasil yang akan menjejaskan kemampuan syarikat konsesi untuk menyelenggara lebuh raya, mengekalkan standard keselamatan dan membiayai naik taraf infrastruktur pada masa depan.

Malaysia sering memberi terlalu banyak budi bicara kepada pesalah, menyukarkan untuk memupuk disiplin dalam kalangan pemandu. Penguatkuasaan mungkin perlu jadi lebih tegas dan muktamad.”

Solusi: Ikut Model Australia, Taiwan, Gabung RFID + ANPR

Lebuh raya MLFF di bandar Taiwan
Lebuh raya MLFF di Sydney

Sebagai jalan penyelesaian, Dr Munzilah mencadangkan Malaysia mencontohi negara seperti Australia dan Taiwan dengan menggabungkan teknologi ANPR, potongan bayaran automatik dan penalti yang sangat ketat kepada pengguna yang gagal membayar.

Beliau mencadangkan Malaysia mengguna pakai model penguatkuasaan dua lapisan yang menggabungkan RFID dan ANPR, yang disepadu terus dengan pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengukuhkan pematuhan dan mengurangkan penipuan.

Selain penguatkuasaan, beliau turut mencadangkan pilihan pembayaran lebih fleksibel, seperti debit terus, integrasi e-dompet, aplikasi mudah alih dan program insentif untuk menggalakkan pematuhan.

Dr Muzilah turut menekankan kepentingan perlindungan untuk pengguna sekiranya berlaku gangguan teknikal, seperti tempoh bertenang, notifikasi pembayaran dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang mudah diakses.

MLFF seharusnya tidak hanya dilihat sebagai naik taraf teknologi untuk lebuh raya, tetapi sebagai sebahagian transformasi lebih luas ke arah budaya pemanduan yang lebih moden dan bertanggungjawab di Malaysia.”

Menurutnya, sebelum palang diangkat, mentaliti pemandu perlu diubah terlebih dahulu. Jika tidak, sistem secanggih mana pun akan tetap bocor.

Setuju tak penguatkuasaan perlu lebih tegas untuk MLFF? Atau anda risau kena saman sebab sistem gagal kesan? Komen di bawah. 👇🏼

SUMBER: NST.com

ANPR Auto Terkini Dr Abdul Khabir Rahmat Dr Munzilah Md Rohani Elak Bayar Tol Lebuh Raya Malaysia MLFF Malaysia pakar pengangkutan RFID sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) sistem MLFF Tol Tanpa Palang UiTM MITRANS UTHM
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.