Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1
Auto Terkini

AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Pengurus Besar AFA Prime Berhad, Ismaliza

MASALAH pengguna lebuh raya tidak membayar tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) nampaknya masih belum selesai walaupun pelbagai operasi penguatkuasaan dijalankan.

Sepanjang tempoh 2023 hingga 2025, sebanyak 2,122 surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) sudah dikeluarkan membabitkan jumlah tuntutan keseluruhan lebih RM21,000.

Kenderaan Persendirian Paling Banyak  Buat Kesalahan

Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol

Pengurus Besar AFA Prime Berhad, Ismaliza Ibrahim berkata, majoriti kes direkodkan membabitkan kenderaan kelas satu atau kenderaan persendirian. Golongan itu menyumbang kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan kesalahan yang dikesan di plaza tol sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 571 LOD dengan tuntutan RM6,177.80 direkodkan pada 2023 sebelum meningkat kepada 853 LOD bernilai RM8,190 pada 2024.

Bagi 2025 pula, 698 LOD sudah dikeluarkan membabitkan tuntutan RM6,813.20.

Kesalahan Sama Masih Berulang

Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol

Ismaliza berkata, statistik tersebut menunjukkan kesalahan tidak membayar tol masih berlaku secara konsisten setiap tahun dengan jumlah melebihi 500 kes.

Antara kesalahan utama yang sering direkodkan seperti mengekori rapat kenderaan depan atau ‘tailgating’, melanggar palang tol dan tidak berhenti di lorong manual.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena operasi bersepadu di Plaza Tol Gombak yang turut melibatkan beberapa agensi penguat kuasa.

Menurutnya, walaupun pelbagai pemantauan dan tindakan sudah dijalankan, masih ramai pengguna mengambil mudah perkara itu.

Ada Pesalah Ulang Kesalahan Hingga 30 Kali

Lebih mengejutkan, terdapat pengguna yang dikesan melakukan kesalahan sama sehingga 30 kali. Ismaliza berkata lagi, kebanyakan pesalah yang dikenal pasti adalah pemilik kenderaan biasa dan bukan kenderaan
komersial.

Semua kesalahan itu berjaya dikesan menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem pemantauan automatik di plaza tol. Walaupun jumlah notis dikeluarkan agak tinggi, kadar pembayaran semula pula dilaporkan masih terlalu rendah iaitu kurang 1 peratus.

Operasi Khas Fokus Pesalah Tegar

Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol
Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol

Ismaliza berkata, lokasi seperti Gombak, Bentong dan Kuantan antara kawasan yang kerap mencatatkan kesalahan tidak membayar tol di laluan KLK dan LPT1. Namun, kesalahan itu bukan hanya berlaku ketika musim perayaan, sebaliknya dikesan hampir sepanjang masa.

Operasi khas yang dijalankan hari ini menumpukan kepada pesalah tegar dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak penguat kuasa turut menggunakan senarai nombor pendaftaran kenderaan yang dikenal pasti melakukan kesalahan berulang bagi memudahkan proses pengesanan.

Denda Boleh Cecah RM5,000

Logo AFA Prime

Pada masa sama, AFA Prime mengakui aspek penguatkuasaan undang-undang perlu diperkukuh supaya pengguna lebih bertanggungjawab.

Menurut Ismaliza, setiap kesalahan yang disabitkan boleh dikenakan denda antara RM2,000 hingga RM5,000 mengikut Seksyen 8 Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) 1994.

Beliau turut menegaskan tahap kesedaran pengguna ketika ini masih belum memuaskan walaupun notis tuntutan sudah banyak dikeluarkan.

Dengan teknologi pemantauan yang semakin canggih dan operasi penguatkuasaan lebih agresif, pengguna lebuh raya diingatkan supaya tidak cuba mengambil kesempatan ketika melalui plaza tol.

Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol
Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol
Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol
Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol
Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol
Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol

SUMBER: HarianMetro

AFA Prime Ismaliza Ibrahim Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kes Tak Bayar Tol Kuala Lumpur-Karak (KLK) Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Letter of Demand (LOD) Operasi Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tidak Bayar Tol KLK dan LPT 1
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Kenderaan Komersial Positif Dadah Ditahan JPJ, AADK di Plaza Tol Gombak

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.