Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Qashqai e-POWER (2022) dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Turbo Lancar di Eropah
Roda4

Nissan Qashqai e-POWER (2022) dengan Enjin 3-Silinder 1.5L Turbo Lancar di Eropah

Abang HirataBy Abang Hirata22/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA sebelum ini kami menceritakan tentang Nissan Juke dengan nadi hibrid untuk pasaran Eropah, kali ini pasal Qashqai e-POWER (2022) pula.

Qashqai ialah crossover kompak yang dipasarkan di Eropah yang kini sudah memasuki generasi ketiga. e-POWER pula ialah teknologi canggih dibangunkan Nissan yang mana enjin pembakaran dalaman (ICE) bertindak sebagai generator untuk membekalkan tenaga kepada sistem elektrik.

BACA >>> Nissan Qashqai (2021) Lancar, SUV Segmen-C yang Kemas, Bergaya!
BACA >>> #Perbandingan: Perbezaan Toyota Corolla Altis Petrol vs Hibrid (2022)

Berbeza sistem hibrid biasa, enjin tidak menggerakkan roda, sebaliknya tugas itu dilakukan motor elektrik. Pengenalan Qashqai dengan teknologi e-POWER menjadikan ia model Nissan pertama menggunakan sistem tersebut di Eropah.

Nissan sebelum ini memperkenalkan Kicks e-POWER di Thailand dan Indonesia. Sistem e-POWER kali pertama diperkenalkan di Jepun pada 2016  menerusi model kompak Note (MY2017) yang berjaya menjadi model terlaris di sana pada 2018.

e-POWER ialah teknologi ideal kepada pengguna yang tidak boleh dan tidak mahu mengecas kenderaan menggunakan pengecas berkabel. Ia juga sesuai buat pengguna yang mahu beralih kepada kenderaan elektrik pada masa depan.

Perincian Qashqai e-POWER (2022) Versi Eropah:

  • Sistem e-POWER terdiri daripada bateri output tinggi, enjin 3-silinder 1.5L Turbo berkuasa 156hp, generator kuasa, inverter dan motor elektrik dengan output maksimum 140kW (188 hp).
  • Note digerakkan enjin petrol 3-silinder 1.2L berkuasa 80hp yang mengecas unit bateri dengan kuasa akhir 95kW (127hp).
  • Enjin petrol 1.5L Turbo menjana tenaga elektrik yang dipindahkan kepada pek bateri, motor elektrik atau kedua-duanya melalui inverter mengikut situasi pemanduan.
  • Enjin tersebut menggunakan teknologi mampatan variabel yang kali pertama digunakan subsidiari kenderaan premium Nissan, Infiniti pada 2018.
  • Pernah disenaraikan pertubuhan automotif Amerika Syarikat, Wards sebagai antara sepuluh enjin terbaik dunia.
Nisbah Mampatan Berbeza Mengikut Keperluan Kuasa

  • Menggunakan kaedah pelarasan nisbah mampatan bagi memberikan prestasi atau penjimatan mengikut beban enjin.
  • Variasi nisbah mampatan antara 8:1 dan 14:1 yang dioperasikan menerusi pergerakan aktuator untuk mengubah lejang (stroke) piston mengikut permintaan kuasa.
  • Apabila permintaan kuasa rendah seperti halaju malar (constant) dan kadar pengecasan baik dalam bateri, nisbah mampatan akan berada pada julat lebih tinggi dan mengoptimumkan penggunaan dan pelepasan emisi.
  • Apabila permintaan kuasa tinggi, atau bateri perlu dicas, atau bekalan kuasa secara terus kepada motor, nisbah kuasa mampatan lebih rendah akan diaktifkan dan sistem memaksimumkan output kuasa daripada enjin atau secara ringkasan enjin beroperasi lebih aktif.
  • Transisi antara nisbah mampatan berbeza itu berlaku tanpa input diperlukan daripada pemandu.
Penalaan Kuasa Linear
  • Aspek utama dalam pembangunan sistem e-POWER untuk Qashqai adalah supaya pelanggan dapat merasakan sensasi pemanduan yang mana halaju enjin petrol kekal relatif dengan halaju kereta atas jalan.
  • Jurutera Pusat Teknikal Nissan Eropah (NTCE) di Britain dan Sepanyol bekerjasama bagi membangunkan sistem dipanggil Linear Tune.
  • Fungsinya, mengawal enjin dan meningkatkan kelajuan enjin secara progresif bagi memenuhi permintaan tenaga daripada motor elektrik ketika  memecut dan memastikan pemandu tidak rasa terputus dari segi prestasi dan bunyi.
  • Talaan dibuat bagi mencegah situasi janggal apabila rev enjin berputar tinggi, tetapi tidak diterjemahkan berpadanan atas jalan.
Kelebihan Enjin dan Sistem e-POWER

  • Enjin beroperasi pada julat optimal dan nisbah mampatan terbaik yang menyumbang kepada penjimatan bahan api dan pelepasan karbon dioksida (CO2) lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman tradisional.
  • Turut menyumbang kepada bunyi enjin lebih rendah.
  • Pacuan elektrik sepenuhnya memberi prestasi tujahan segera tanpa tangguhan seperti hibrid biasa.
  • Bagi memaksimumkan prestasi ketika memecut atau dalam halaju tinggi, unit kawalan pengurusan tenaga (EMC) boleh menghantar kuasa janaan enjin 1.5L terus kepada motor elektrik menerusi inverter bagi meningkatkan bekalan elektrik daripada bateri.

Tawaran Qashqai e-POWER adalah tambahan kepada Qashqai 1.3L hibrid ringan (MHEV) dalam dua varian output, 138hp (103kW) dan 156hp (116kW).

BACA >>> Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!
BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Corolla Cross SUV Crossover e-POWER Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissaan Qashqai e-POWER (2022) Nissan nissan qashqai Roda4 Teknologi e-POWER
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.