Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!
Roda4

Nissan Juke Hybrid dengan Kacuk Transmisi Renault!

Abang HirataBy Abang Hirata07/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Juke ialah crossover dalam rekabentuk unik dan tidak hairan kenapa model itu mudah mendapat perhatian. Juke generasi pertama dikeluarkan pada 2010, manakala generasi kedua menyusul pada 2019.

Juke generasi kedua kekal dalam rekabentuk unik dan menariknya, Nissan turut menawarkan satu lagi crossover kompak, iaitu Kicks. Kenapa perlu dua?

BACA >>> Nissan Juke (2020) Serba Baharu yang Tampil Lebih Moden dan Seksi

Ini perkara biasa bagi sesebuah pengeluar yang beroperasi di peringkat global. Kicks ditonjolkan menerusi trenkuasa e-Power dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) berfungsi sebagai generator bagi membekalkan kuasa kepada motor elektrik. Walaupun canggih dan ada tarikan tersendiri, tetapi Juke tidak dibekalkan dengan trenkuasa tersebut.

Apa rancangan Nissan? Tidak lama lagi Juke pasaran Eropah juga akan mempunyai trenkuasa mesra alam, tetapi bukan e-Power. Maknanya, Nissan bakal melengkapi Juke dengan trenkuasa hibrid yang bakal menggunakan kepakaran rakan pakatan, iaitu Renault.

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k
BACA >>> Nissan Kicks (2021) Masuk AS dengan Enjin NA, Bukan e-Power Seperti Thai, Indonesia

Berikut perincian Juke Hybrid pasaran Eropah:

  • Dijana enjin hibrid 1.6L berkuasa 94hp dan tork 148Nm yang dibangunkan khas Nissan.
  • Motor elektrik utama juga daripada Nissan, berkuasa 36kW (49hp) dan tork 205Nm.
  • Renault pula membekalkan generator voltan tinggi 15kW, inverter dan bateri penyejukan cecair 1.2kWh, termasuk transmisi.

  • Dengan nadi hibrid, kuasa meningkat 25 peratus, manakala penggunaan bahan api dijimatkan hingga 40 peratus untuk pemanduan bandar dan 20 peratus untuk kombinasi pemanduan (tertakluk penilaian akhir).
  • Transmisi geseran rendah dibangunkan Renault menggunakan klac jenis ‘dog’ berbanding gegelang segerak (synchroniser rings) untuk menukar empat gear ICE dan dua gear EV.
  • Kereta dihidupkan menggunakan tenaga elektrik 100 peratus.
  • Dua motor EV beroperasi bersama bagi menggerakkan gear secara bersepadu untuk pemanduan lancar.

  • Transmisi dikawal algoritma canggih bagi menguruskan poin tukaran, menjanasemu bateri dan mod hibrid mengikut pecutan dan keperluan kuasa tanpa input pemandu.
  • Trenkuasa ditetapkan supaya lebih cenderung kepada mod EV.
  • Dalam ujian, pasukan jurutera Nissan berjaya memandu dalam kawasan bandar hingga 80 peratus menggunakan mod EV.
  • Selain dihidupkan dalam mod elektrik, Juke Hybrid boleh dipandu hingga 55kmj dalam mod EV.
  • Mod EV boleh dimanfaatkan dalam jarak pemanduan dekat seperti ke sekolah, kedai dan dalam kesesakan jalan raya.
  • Mempunyai tiga mod pandu: Eco, Normal dan Sport.
  • Juga mempunyai fungsi e-Pedal seperti Nissan LEAF.

  • Rekabentuk tidak banyak berbeza berbanding Juke biasa dengan perubahan pada gril depan, bampar, spoiler belakang dan menggunakan penutup gril (grill shutter).
  • Gandar belakang mempunyai penutup bagi melancarkan pergerakan angin.
  • Rim aloi 17 inci baharu dan rim 19 inci diambil daripada Nissan Ariya.
  • Kluster instrumen memaparkan maklumat sistem elektrik.

  • Ruang but 354 liter, berkurangan 68 liter berbanding Juke petrol berikutan tambahan pek bateri.
  • Bagi mendapatkan lebih ruang, kerusi kini boleh dibaringkan untuk mendapatkan kapasiti 1,237 liter.
  • Ruang lega lutut kekal pada 553mm.

Berdasarkan maklumat di atas, jelas trenkuasa Juke Hybrid lebih canggih dan moden, serta bukan sekadar memasang mana-mana sistem hibrid pada enjin pembakaran dalaman sedia ada. Menariknya ia dikacukkan dengan komponen daripada Renault!

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza
BACA >>> Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k

Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Juke Nissan Juke Hybrid Nissan Kicks Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.