Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza
Auto Terkini

Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza

Abang HirataBy Abang Hirata13/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAKATAN Renault, Nissan Motor dan Mitsubishi Motors Corporation pada 27 Januari lalu mengumumkan hala tuju 2030 yang menumpukan kepada pada rantaian nilai mobiliti.

Secara spesifik, pakatan tiga pengeluar automotif itu menggariskan hala tuju bersama dalam bidang kenderaan elektrik (EV) dan Mobiliti Pintar & Konektiviti serta perkongsian pelaburan untuk manfaat bersama dan pelanggan sasaran.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu

Pada Mei 2020, Pakatan tersebut sudah menggariskan skim Leader-Follower yang mana salah satu ahli perikatan akan membangunkan teknologi tertentu dengan sokongan rakan lain. Kaedah itu membolehkan setiap ahli ada akses kepada semua teknologi utama.

Dalam bahasa mudah, satu pengeluar akan membangunkan satu teknologi, dan ahli lain memberi sokongan dengan hasil akhir dinikmati bersama. Namun, walaupun saling berkongsi, sangat penting untuk masing-masing pengeluar mempunyai identiti sendiri.

Justeru ahli Pakatan membangunkan kaedah beza pintar (smart differentiation) dalam menentukan tahap persamaan sesuatu model terlibat seperti platform, kilang pengeluaran, trenkuasa atau segmen kenderaan. Identiti itu akan diperkuat dengan perbezaan rekabentuk dan bahagian atas kenderaan.

Aspek itu penting kerana Renault, Nissan dan Mitsubishi masing-masing mempunyai identiti kuat dan tersendiri. Pasti janggal jika memandu Mitsubishi yang ‘berbajukan’ Renault.

Contoh lebih jelas lagi, platform sama untuk segmen-C dan -D akan digunakan untuk lima model daripada tiga jenama berbeza, iaitu Nissan Qashqai dan X-Trail, Mitsubishi Outlander, Renault Austral dan kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi baharu. Namun, hasil yang dapat dilihat, Outlander baharu menawarkan gaya yang langsung berbeza berbanding X-Trail walaupun berkongsi platform sama.

Mengukuhkan lagi proses sudah terjalin, sesama ahli Pakatan akan meningkatkan perkongsian platform daripada 60 peratus pada masa kini kepada lebih 80 peratus untuk 90 model menjelang 2026.

Berikut hala tuju bersama Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi 2030:

Platform CMF-A dibangunkan untuk kereta kecil
  • Menumpukan EV dan mobiliti terhubung.
  • Mensasarkan meningkatkan perkongsian platform hingga 80 peratus pada 2026.
  • Kedudukan Mitsubishi Motors di Eropah akan diperkuat dengan dua model baharu berasaskan model terlaris Renault,  antaranya Mitsubishi ASX baharu.
  • Melabur €23 bilion (RM103 bilion) dalam tempoh lima tahun sebagai sokongan kepada strategi ofensif elektrifikasi.
  • Bakal mempunyai 35  model EV pada 2030 yang dibangunkan daripada lima platform EV sama, termasuk model keicar.

  • Nissan Micra akan menggunakan trenkuasa elektrik dan dibangunkan berasaskan platform CMF-BEV dengan rekabentuk Nissan dan sentuhan Renault. Model ini bakal dikeluarkan di Renault ElectriCity yang menjadi pusat perindustrian elektrik di selatan Perancis.
  • Nissan akan menerajui pembangunan bateri jenis pepejal all-solid state (ASSB) untuk manfaat bersama ahli Perikatan. Tempoh pengecasan bateri dapat dikurangkan hingga satu pertiga.
  • Renault akan menerajui pembangunan senibina dan elektrik berpusat dan memperkenalkan kenderaan pertama berasaskan perisian menjelang 2025. Kenderaan jenis ini mampu berkomunikasi dengan objek, pengguna dan infrastruktur terhubung.
  • Teknologi dibanngunkan membolehkan Perikatan meningkatkan ciri kenderaan dengan teknologi tanpa wayar ‘Over The Air’ (OTA) termasuk pengurangan kos penyenggaraan.

BACA >>> Renault Arkana – SUV Coupé dengan Harga Orang Kebanyakan?
BACA >>> Nissan Serena XV Aero (2022) yang Lebih Aerodinamik Lancar di Jepun, Harga Mula RM107k
BACA >>> Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!

Alliance Auto Terkini Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.