Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Navara Off-Roader AT32 yang Direka untuk Hadapi Cabaran Off-Road
Roda4

Nissan Navara Off-Roader AT32 yang Direka untuk Hadapi Cabaran Off-Road

Abang HirataBy Abang Hirata28/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Navara adalah trak pikap yang mempunyai banyak potensi. Secara terus terangnya, ia mampu menyaingi trak pikap prestasi seperti Ford Ranger Raptor.

Rekabentuk badan bersegi adalah formula terbaik untuk Navara menampilkan diri sebagai trak pikap prestasi. Walaupun tanpa tawaran khusus seperti Raptor, Nissan Eropah menawarkan Navara Off-Roader AT32 yang tampil menyerlah dengan tayar lebar dan snorkel pada fender.

BACA >>> #PanduUji: Nissan Navara VL Plus yang Kena ‘Move On’!

Navara Off-Roader AT32 dibangunkan dengan kerjasama antara Nissan dan pakar off-road dari Iceland, Arctic Trucks. Model ini dipsangkan gad aluminium bawah badan penuh untuk membantu melindungi bahagian bawah enjin, sekali gus membantu meningkatkan kemampuan meredah pelbagai kondisi rupa bumi.

Tayar standard ditukar kepada tayar Nokian 31.6′ untuk menambah baik tahap penggunaan minyak dan emisi, dan pengendalian atas jalan tanpa mengabaikan keupayaan off-road.

Rim aloi hitam satin mempunyai dwi-injap untuk melaraskan tekanan dengan pantas dan tepat ketika bergerak atas permuklaan rupa bumi berbeza. Ciri utama lain ialah pelapik fender atau gerbang roda lebih lebar. Trak pikap ini turut dilengkapi suspensi prestasi Bilstein yang dioptimumkan untuk kegunaan pelbagai kondisi jalan.

Lencana khas pula ditampilkan pada pelbagai komponen pikap seperti pemijak sisi, pintu but belakang dan sebagainya dari depan hingga belakang.

BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

Jika mahu sesuatu yang lebih lasak, Nissan menawarkan aksesori tambahan seperti pengunci diferensial depan untuk meningkatkan cengkaman jalan dalam kondisi ekstrem. Fungsi snorkel pula membolehkan trak pikap ini mengharungi air hingga kedalaman 800mm.

Walaupun dibina untuk tujuan lasak, trak pikap ini dibina berasaskan Navara N-Guard yang dilengkapi teknologi canggih seperti: Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), sistem Gelincir Terhad Brek Aktif (ABLS), Monitor Papar Keliling Pintar (AVM) 360º, Pengunci Diferensial Belakang (RDL) dan butang 4WD.

BACA >>> Nissan Magnite Concept – SUV Segmen-B Baharu Akan Muncul di India

GALERI
Nissan Navara OFF-ROADER AT32

SUMBER: Nissan.co.uk

4x4 Arctic Trucks Nissan Nissan Navara Nissan Navara OFF-ROADER AT32 Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Vision BMW ALPINA
    Roda4

    Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

    19/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.