Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group
Roda4

Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

Abang HirataBy Abang Hirata19/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Vision BMW ALPINA

BMW memperkenalkan Vision BMW Alpina 2026 di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2026 sebagai model kajian rekabentuk yang menandakan permulaan era baharu untuk ALPINA di bawah BMW Group.

Model itu dibangunkan dengan gabungan falsafah prestasi, keselesaan dan kemewahan yang selama ini menjadi identiti Alpina.

Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA

BMW menjelaskan, Vision BMW Alpina 2026 menjadi gambaran bagaimana jenama itu akan bergerak ke depan dengan pendekatan moden tanpa meninggalkan identiti asal.

Ketua BMW Group Design, Adrian van Hooydonk berkata, ALPINA sentiasa membawa idea prestasi unik dengan keseimbangan antara kelajuan dan keselesaan serta BMW kini bertanggungjawab memastikan identiti itu terus dikekalkan dalam era moden.

Rekabentuk Luaran

Vision BMW ALPINA

Vision BMW Alpina 2026 tampil dengan rekabentuk lebar, rendah dan agresif dengan garis bumbung coupé panjang serta condong yang masih mampu memuatkan empat penumpang dalam keadaan selesa.

Bahagian depan menggunakan rekabentuk ‘hidung jerung’ (shark nose) moden dengan gril ginjal tiga dimensi (3D), manakala sisi badan pula menampilkan speed feature line 6º, bermula dari bucu bawah depan sebelum bersambung hingga belakang.

Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA

BMW turut mengekalkan beberapa identiti tradisional Alpina seperti:

  • ‘Garis deko’ (deco line) moden yang dicat di bawah lapisan clear coat
  • Empat muncung ekzos bentuk bujur
  • Logo Alpina daripada logam kilat dimesin di bawah apron depan
  • Rim 20 jejari ALPINA saiz 22 inci (depan) dan 23 inci (belakang)
  • Lampu siang (DRL) putih yang diilhamkan daripada cahaya pagi di Banjaran Alps Bavaria
  • Lampu dengan elemen kristal bercahaya potongan tepat

Selain itu BMW juga menggunakan konsep Second Read pada model itu dengan elemen rekaan halus yang hanya jelas apabila dilihat lebih dekat, termasuk kemasan logam gelap, grafik tersembunyi dan pencahayaan lembut bahagian tertentu.

Permukaan dalaman shark nose turut menggunakan grafik ‘garis deko‘ halus bersama pencahayaan perimeter tersembunyi yang hanya muncul apabila sistem diaktifkan.

Trenkuasa

Vision BMW ALPINA

Vision BMW Alpina 2026 menggunakan enjin V8 dengan talaan khas Alpina. BMW mendakwa, talaan itu menghasilkan karakter bunyi tersendiri dengan nada lebih pada kelajuan rendah dan lebih lantang pada rev tinggi.

Falsafah utama Alpina juga masih dikekalkan menerusi pendekatan, pemandu yang selesa mampu memandu lebih pantas, satu falsafah yang berasal daripada pengasas Alpina, Burkard Bovensiepen.

Antara ciri utama adalah:

  • Mod Comfort+ dengan talaan lebih lembut daripada mod Comfort biasa BMW
  • BMW Panoramic iDrive bersama skrin penumpang baharu
  • Antaramuka digital khas BMW Alpina
  • Paparan BMW Panoramic Vision dalam warna biru dan hijau warisan Alpina
  • Grafik latar belakang berdasarkan pemandangan sebenar Banjaran Alps yang dapat dilihat dari bandar Buchloe apabila memandang ke selatan

Kabin, Kemasan Dalaman

Vision BMW ALPINA

Kabin Vision BMW Alpina 2026 direka dengan pendekatan senibina moden menggunakan susun atur yang memisahkan setiap elemen secara tersendiri dan bukan digabungkan secara homogen.

Garis speed feature line 6º dari luar turut diteruskan dalam kabin bagi memisahkan bahagian atas yang lebih gelap dan bawah (lebih cerah).

Bahagian dalaman menggunakan kulit penuh daripada pengeluar di kawasan Alps bersama sulaman diilhamkan daripada ‘garis deko’ Alpina.

Vision BMW ALPINA

BMW turut menggunakan teknik kemasan seperti pembuatan jam tangan pada komponen logam dengan gabungan permukaan satin dan berkilat.

Beberapa elemen unik turut diberikan perhatian seperti jahitan khas diilhamkan daripada teknik sulaman stereng klasik menggunakan warna biru dan hijau warisan Alpina. Turut unik, ialah kristal potongan tepat pada kawalan utama pemanduan.

Warisan, Hala Tuju Baharu Alpina

Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA

ALPINA diasaskan Burkard Bovensiepen pada 1965 di Buchloe, Jerman yang meninggalkan perniagaan mesin taip keluarga untuk menumpukan kepada talaan prestasi tinggi model BMW jalanan dan perlumbaan.

Bermula 2026, BMW Alpina rasmi menjadi jenama eksklusif bawah BMW Group.

Sejak awal, falsafah Alpina adalah menggabungkan kelajuan dan keselesaan dalam pakej tanpa mengorbankan sebarang aspek tersebut.

Logo ALPINA

Alpina B7 Coupé (foto atas kanan) yang dibina berasaskan BMW E24 6 Series (hujung 1970-an) menjadi titik penting dalam sejarah jenama itu apabila konsep prestasi dan kemewahan digabungkan dalam satu model mewah.

Model itu menampilkan bonet panjang, rekabentuk lebar dan shark nose dengan kabin yang mampu membawa empat penumpang dalam keadaan selesa untuk perjalanan jarak jauh.

Ketua BMW ALPINA, Oliver Viellechner berkata, Alpina kini mengisi ruang antara BMW dan Rolls Royce dalam portfolio BMW Group, khususnya dalam segmen mewah premium.

BMW turut mengesahkan model pengeluaran pertama BMW Alpina baharu akan diperkenalkan tahun depan dengan ilham daripada BMW 7 Series tetapi masih mengekalkan identiti tersendiri sebagai BMW Alpina.

Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
Vision BMW ALPINA
ALPINA BMW BMW ALPINA BMW Group Roda4 Vision BMW ALPINA Vision BMW ALPINA 2026
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.