Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!
Roda4

BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

SyafieBy Syafie18/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BRABUS akhirnya memperkenalkan model paling ekstrem pernah dihasilkan syarikat itu menerusi Hyper-GT eksklusif, BRABUS Bodo, dengan kuasa melebihi 1,000hp dan harga melepasi AS$1 juta (sekitar RM4 juta).

Nama ‘Bodo’ diambil sempena pengasas BRABUS, Bodo Buschmann, sekali gus menjadikan model ini antara projek paling penting dalam sejarah syarikat yang terkenal dengan modifikasi liar model Mercedes-Benz.

Walaupun pelanggan boleh memilih sebarang warna pada model ini, namun unit casis nombor 01 tampil serba hitam untuk menonjolkan lagi bentuk badan kenderaan yang elegan dan agresif.

Badan Gentian Karbon Dengan Sentuhan Emas

Bodo dibina menggunakan badan penuh gentian karbon hitam yang dipasang pada struktur aluminium khas.

Lebih menarik, komponen seperti kotak udara dan penutup cam turut menggunakan karbon fiber yang dicampur partikel emas sebenar.

Enjin V12 5.2L Twin-Turbo, 1,000hp

Di bawah hud, Bodo menggunakan enjin V12 5.2 liter twin-turbo yang menghasilkan:

  • Kuasa: 1,000hp
  • Tork: 1,200Nm (885lb-ft)
  • 0-100kmj: sekitar 3 saat
  • Kelajuan maksimum: 360kmj (224mph)

Walaupun berat mencecah 1,910kg, Hyper-GT ini masih mampu memberikan prestasi luar biasa sambil mengekalkan karakter grand tourer sebenar.

Diasaskan Daripada Aston Martin Vanquish

Secara asasnya, Bodo dibangunkan daripada Aston Martin Vanquish, terutama jelas pada bentuk tingkap dan kabin.

Namun BRABUS mengubah keseluruhan identiti model itu dengan rekaan depan lebih garang dan belakang gaya boat-tail bersama spoiler aktif yang mengingatkan kepada Porsche 911.

Bodo juga menggunakan rim Monoblock bersaiz 21 inci yang menjadikan penampilannya cukup dramatik, seakan versi moden kepada Maybach Exelero yang pernah menggemparkan dunia automotif sekitar 2005.

Kabin Mewah, Masih Praktikal

Masuk ke dalam kabin, pengaruh Aston Martin masih jelas kelihatan menerusi sistem infotainmen dan susun atur suis.

Model ini turut dilengkapi:

  • Apple CarPlay Ultra
  • Paddle shifter karbon lebih besar
  • Kemasan kulit premium
  • Trim karbon sekitar kluster meter
  • Bumbung panoramik besar

Walaupun tampil ekstrem, Bodo masih menawarkan kerusi belakang dan ruang but praktikal untuk perjalanan jauh.

Hanya 77 Unit Seluruh Dunia

Pengeluaran Bodo dihadkan kepada hanya 77 unit sebagai penghormatan kepada tahun penubuhan BRABUS pada 1977.

Selain Bodo dan GTS Coupe berasaskan SL63 yang diperkenalkan sebelum ini, BRABUS kini jelas sedang bergerak daripada sekadar syarikat modifikasi kepada pengeluar coachbuilder penuh.

Harga lebih RM4 juta memang kedengaran tidak masuk akal, tetapi untuk sebuah Hyper-GT V12 ultra eksklusif dengan reka bentuk dramatik dan produksi terhad, pasti ada golongan tertentu yang sanggup membayarnya.

Aston Martin Vanquish Auto Terkini Bodo Buschmann Brabus BRABUS Bodo Hyper-GT
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.