Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

Abang HirataBy Abang Hirata18/05/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ferrari HC25 2026

KARYA one-off Ferrari kembali lagi yang kali ini melalui HC25 2026, yang diumumkan pada Ferrari Racing Days di litar Circuit of the Americas, Austin, Texas.

Direka Ferrari Design Studio bawah arahan Flavio Manzoni, HC25 2026 ialah model Projek Khas bernadikan enjin V8 Turbo posisi tengah-belakang yang dibangunkan berasaskan F8 Spider, yang mewarisi susun atur, casis dan sistem generator kuasa model tersebut.

Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026

Sebagai sebahagian segmen paling eksklusif dalam barisan Ferrari, HC25 2026 direka dan dibina mengikut kehendak seorang pelanggan, menjadikannya puncak personalisasi yang ditawarkan jenama dari Itali itu.

Rekabentuk, Identiti Visual

Ferrari HC25 2026

Matlamat utama rekabentuk Ferrari HC25 2026 adalah mentafsir semula bentuk dan kod estetika spider enjin tengah-belakang Ferrari dengan perspektif berani yang berorientas masa depan.

Ferrari HC25 2026 dibangunkan berasaskan platform F8 Spider, model bumbung terbuka terakhir Ferrari yang menggunakan turbo V8 bukan hibrid di kedudukan tengah-belakang.

Walaupun berkongsi asas sama, Ferrari HC25 2026 tampil dengan identiti tersendiri yang jauh berbeza daripada model asas.

Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026

Ferrari HC25 2026 tampil gagah dengan lekukan badan jelas sekitar roda, yang mengambil ilham rekabentuk F80. Antara elemen rekabentuk utama adalah:

  • Bahagian depan dan belakang tampak seperti dua badan berasingan, dengan jalur tengah tebal dan menonjol mengelilingi kedua-duanya
  • Jalur hitam tersebut turut menempatkan komponen pengurusan haba seperti ambilan udara radiator dan saluran pelepasan haba enjin
  • Dari sisi, jalur hitam bergerak dari roda belakang ke depan, naik melepasi pintu dan kembali ke belakang
  • Hendal pintu bentuk bilah panjang daripada aluminium pejal, bukan hendal biasa

Warna, Kemasan

Ferrari HC25 2026

Ferrari HC25 2026 disaluti warna Moonlight Grey (kelabu) dengan permukaan kusam untuk memberikan watak ‘solid’ dan ketebalan visual pada bentuk badan.

Jalur hitam berkilat yang membelah badan kereta mewujudkan kontras tegas dan berani, manakala trim kuning pada logo Ferrari dan kaliper brek turut diulang dalam kabin menerusi grafik kuning yang menggema bentuk bumerang pada sisi dan lampu siang (DRL).

Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026

Ciri pencahayaan turut mendapat perhatian khusus:

  • Lampu depan dibuat khas untuk Ferrari HC25 2026 menggunakan modul yang belum pernah digunakan pada mana-mana Ferrari sebelum ini, menghasilkan kanta nipis dengan lekukan tengah yang mencerminkan rekabentuk lampu belakang
  • Lampu DRL menggunakan susunan vertikal buat kali pertama, memanfaatkan tepi depan fender untuk mewujudkan bentuk bumerang tersendiri
  • Rim menampilkan konfigurasi lima jejari dengan rim luar kemasan berlian dan alur ganda yang membesarkan penampilan rim secara visual

Kuasa 3.9L V8 Turbo

Ferrari HC25 2026

Ferrari HC25 2026 dijana enjin 3,902cc V8 turbo berkedudukan tengah-belakang dengan sistem pam kering yang menghasilkan output kuasa 720ps @ 7,000rpm, dan tork 770Nm @ 3,250rpm.

Enjin itu mampu mencapai rev maksimum 8,000rpm dengan nisbah mampatan 9.6:1 dan ketumpatan kuasa 185ps per liter. Kuasa disalurkan melalui kotak gear dual-klac (DCT) 7-kelajuan F1.

  • 0 – 100kmj sepantas 2.9 saat
  • 0 – 200kmj sepantas 8.2 saat
  • Kelajuan maksimum 340kmj

Program Projek Khas Ferrari

Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026

Program Projek Khas (Special Projects) Ferrari bertujuan menghasilkan Ferrari unik yang dikenali sebagai one-off, dengan rekabentuk eksklusif mengikut keperluan pelanggan yang menjadi pemilik tunggal model tersebut.

Setiap projek bermula daripada idea yang dikemukakan pelanggan dan dibangunkan bersama pasukan pereka Ferrari Design Studio.

Proses keseluruhan mengambil masa sekitar dua tahun, dengan pelanggan terlibat secara langsung dalam fasa penilaian rekabentuk dan pengesahan.

Spesifikasi Ferrari HC25 2026

Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
  • Enjin: 3,902cc V8 90° Turbo pam kering
  • Output kuasa: 720ps @ 7,000rpm, dan tork 770Nm @ 3,250rpm
  • Rev maksimum: 8,000rpm
  • Nisbah mampatan: 9.6:1
  • Transmisi: Dual-klac (DCT) 7-kelajuan F1
  • 0 – 100kmj: 2.9 saat
  • 0 – 200kmj: 8.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 340kmj
  • Dimensi panjang 4,758mm, lebar 2,006mm, dan tinggi 1,183mm, serta jarak roda 2,650mm
  • Kapasiti but: 200 liter
  • Kapasiti tangki: 78 liter
  • Tayar: 245/35 ZR20 (depan), dan 305/35 ZR20 (belakang)
  • Brek: 398mm x 223mm x 38 mm (depan), dan 360mm x 233mm x 32mm (belakang)
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari HC25 2026
Ferrari Ferrari HC25 Ferrari HC25 2026 Ferrari One Off Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026

    1 Comment

    1. Mohdzue on 17/05/2026 14:43

      menakjubkan ..🥰🥰🥰🙏

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.