Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Magnite Concept – SUV Segmen-B Baharu Akan Muncul di India
Roda4

Nissan Magnite Concept – SUV Segmen-B Baharu Akan Muncul di India

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin menjadi-jadi. Banyak mengeluar mula mengeluarkan produk SUV sendiri dari model prestasi tinggi seperti Lamborghini Urus hingga model kompak segmen-B seperti Toyota Raize.

Terbaru pada 17 Julai lalu, Nissan menayangkan model konsep segmen-B baharu, dinamakan Magnite Concept yang dijadualkan dilancarkan pada tahun ini di India.

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k

Pemilihan nama Magnite adalah gabungan ‘magnetic’ dan ‘ignite’. Magnetic menonjolkan rekabentuk dan ciri SUV tersebut yang bakal menarik pelanggan, manakala ignite menekankan permulaan era baharu yang mahu dibawa Nissan di India.

Magnite Concept dibina berdasarkan falsafah ‘Dibuat di India, Dibuat untuk Dunia’ (Make in India, Make for the World). Model ini dibangunkan di Jepun mengikut keperluan dan aspirasi pelanggan India.

Sebagai SUV segmen-B, ukuran Magnite di bawah 4 meter. Berdasarkan gambar ditunjukkan, penampilan model konsep itu nyata menyerlah. Ia nampak seperti Kicks dalam skala lebih kecil menerusi rekaan lampu tirus dan gril besar. Bahagian sisi tampil bergaya melalui bumbung hitam dan dinamik dengan gerbang roda lebar.

BACA >>> Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama

Bahagian belakang dikemaskan dengan rekaan bersahaja pada lampu dan pintu but, manakala gaya bampar membawa imej lasak. Secara keseluruhan, Magnite nampak lasak dan menarik perhatian melalui penggunaan warna dwi tona.

Mengenai trenkuasa, Nissan belum mendedahkan perincian, tetapi tawaran munasabah ialah enjin 3-silinder 1.0L NA dan 1.0L Turbo. Penting untuk sebuah SUV kompak begini dijual pada harga mampu milik dengan kos pemilikan setara.

SUV segmen-B sebenarnya ada tarikan bagus, lengkap seperti hatchback tetapi dengan jarak kelegaan bumi lebih tinggi. Dengan pengenalan Magnite, Nissan kini memiliki barisan SUV komprehensif, dari Patrol, Pathfinder, Armada, hingga X-Trail, Juke, Qashqai dan Kicks.

BACA >>> Nissan Pulsar – Hatchback Turbo Berkuasa 188hp, 240Nm untuk Eropah

GALERI
Nissan Kicks pasaran India
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Magnite Nissan Magnite Concept (2020) Roda4 SUV SUV segmen-B
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Roda4

    Audi A6 allroad 2027 – Wagon Versi Lasak untuk Pelbagai Rupa Bumi

    23/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.