• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama

Nissan Perkenal Logo Baharu Selepas 20 Tahun, Ariya Jadi Model Pertama

July 17, 2020 By AO Leave a Comment

142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CROSSOVER elektrik, Nissan Ariya dipilih untuk debut rekabentuk logo baharu pengeluar automotif dari Jepun itu. Ini  kali pertama sejak 20 tahun lalu Nissan memutuskan memperbaharui logo jenama tersebut dengan rekaan yang menggambarkan 'perubahan signifikan dalam masyarakat sejak akhir dua dekad lalu'.

Logo baharu itu juga ditakrifkan sebagai 'satu imaginasi semula logo Nissan ikonik untuk bab baharu'.

BACA >>> Nissan Siar Video Acah Crossover EV, Ariya yang Bakal Lancar 15 Julai Ini

Debut logo Nissan baharu pada Ariya adalah simbolik usaha pengeluar itu melihat masa depan dan pada masa sama mengekalkan warisan dimiliki.

Nama syarikat kekal di tengah logo dan bermula sekarang akan tampil bercahaya pada semua model EV. Selain itu, ketebalan garis logo dinaikkan supaya dapat dilihat jelas apabila menyala untuk kesan visual lebih menyerlah.

Logo Nissan baharu ini juga dihasilkan dalam bentuk dua dimensi untuk membuatkan nampak seperti satu lakaran rekabentuk dan bukan unit pemasangan.

BACA >>> Nissan 370Z Milik Paul Walker dalam Filem Fast Five Dilelong RM428k!

Menurut Nissan, efek keseluruah logo yang direka semula ini adalah transisi daripada gaya industri yang bersegi dan keras kepada rupa digital yang lebih halus dan lebih dekat. Logo ini juga menandakan Nissan kini bukan hanya pengeluar kenderaan tradisional, tetapi juga penyedia mobiliti dan perkhidmatan.

Logo Nissan baharu akan mula muncul bermula bulan ini dalam bentuk digital dan fizikal. Semua model EV, bermula Ariya akan memiliki logo bercahaya eksklusif menggunakan 20 lampu LED. Logo baharu ini juga akan digunakan pada semua medium, daripada kepala surat, dan papan tanda pengedar hingga media sosail dan pengiklanan digital, termasuk aplikasi video dan digital.

BACA >>> ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k

GALERI
logo-baharu-nissan-ariya-1
logo-baharu-nissan-ariya-2
logo-baharu-nissan-ariya-3
logo-baharu-nissan-ariya-4
logo-baharu-nissan-ariya-5
logo-baharu-nissan-ariya-6
logo-baharu-nissan-ariya-7
logo-baharu-nissan-ariya-8
logo-baharu-nissan-ariya-9
logo-baharu-nissan-ariya-10
logo-baharu-nissan-ariya-11
logo-baharu-nissan-ariya-12
logo-baharu-nissan-ariya-13
142
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Crossover EV, Kenderaan Elektrik (EV), Logo Nissan Baharu, Nissan, Nissan Ariya, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my