• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Jenama / Ford / Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

Ford Ranger Thunder - Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

May 22, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA ditanya apakah kelebihan Ford Ranger? Jawapannya, model trak pikap ini menggabungkan tiga ciri utama, iaitu lasak, praktikal di bandar dan memiliki teknologi canggih.

Ringkasnya, Ranger membawa keseimbangan antara kelasakan sebuah trak pikap untuk pemanduan dalam bandar dan kecanggihan teknologi.

Ranger juga menawarkan varian untuk pelbagai kategori pelanggan, termasuk kalangan pembeli yang mahukan lebih kelainan, misalnya Ranger Wildtrak. Paling ekstrem semestinya Ranger Raptor dengan badan lebar, suspensi Fox dan enjin 2.0L EcoBlue Bi-Turbo berkuasa 210hp, dan tork 500Nm.

Sebelum Ranger Raptor diperkenal pada 2018, Wildtrak adalah varian paling lengkap dan berkuasa dengan enjin 3.2L DuraTorq berkuasa 197hp, dan tork 470Nm.

Di Britain, pengguna ditawarkan dengan varian lebih eksklusif, iaitu Ranger Thunder yang dihadkan 1,400 unit dan 30 unit untuk Ireland. Ini adalah varian naik taraf Ranger Wildtrak dengan beberapa perubahan dalaman dan luaran. Trak pikap ini menggunakan enjin 2.0L EcoBlue Bi-Turbo berkuasa (210hp, 500Nm) dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Hanya satu spesifikasi Ranger Thunder ditawarkan dengan ciri khas seperti warna badan Sea Grey (kelabu), aksen merah pada gril, sisi sports bar, lencana Ranger hitam dan lencana tiga dimensi (3D) Thunder pada pintu depan dan but. Warna Ebony Black (hitam)cmenjadi kemasan komponen lain seperti gril depan, bampar belakang, plat skid, perumah lampu kabus dan hendal pintu.

Lagi ciri eksklusif ialah lampu depan LED dengan bezel dalaman gelap, sama seperti belakang, penutup kargo jenis roller shutter daripada Mountain Top, manakala pembahagi ruang kargo ditawarkan sebagai opsyen. Ruang dalaman Ranger Thunder dilengkapi kerusi kulit Ebony dengan sulaman Thunder merah. Juga sulaman merah dibuat sedondon pada stereng, kerusi, panel meter dan beberapa bahagian lagi.

Bahagian lantai ada karpet hitam dan dikontraskan pelapik plat sil merah. Ford Ranger diterima baik pada 2019 dengan mencatatkan jualan 52,500 unit di Eropah, dan lebih 16,000 adalah daripada pembeli di Britain. Jualan kumulatif Ranger di Britain dijangka melepasi angka 150,000 unit tahun ini sejak kali pertama dilancarkan pada 1998.

Ranger Thunder yang diperkenalkan ini adalah generasi ketiga selepas 2003 dan 2009.

BACA >>> #BikinKereta: Ford Transit Custom - Daripada Van Biasa Kepada Van Kamper Sporty

GALERI
FORD_RANGER_THUNDER_01
FORD_RANGER_THUNDER_02
FORD_RANGER_THUNDER_03
FORD_RANGER_THUNDER_04
FORD_RANGER_THUNDER_05
FORD_RANGER_THUNDER_06
FORD_RANGER_THUNDER_07
FORD_RANGER_THUNDER_08
FORD_RANGER_THUNDER_09
FORD_RANGER_THUNDER_10
FORD_RANGER_THUNDER_11
FORD_RANGER_THUNDER_12
FORD_RANGER_THUNDER_13
FORD_RANGER_THUNDER_14
FORD_RANGER_THUNDER_15
FORD_RANGER_THUNDER_16
FORD_RANGER_THUNDER_17
First generation Ranger Thunder (1)
Interior of the first generation Ranger Thunder (1)
The 2009 Ranger Thunder (1)
2009 Ranger Thunder (1)
FacebookTwitter

Filed Under: Ford, Roda4 Tagged With: Ford, Ford Ranger, Ford Ranger Thunder, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
    #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my