Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kembar Patrol, Nissan Armada (2020) Kini di AS, Harga Bermula RM197k
Roda4

Kembar Patrol, Nissan Armada (2020) Kini di AS, Harga Bermula RM197k

Abang HirataBy Abang Hirata27/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAMI sebelum ini pernah paparkan artikel mengenai Nissan Patrol (2020) sebagai model paling besar dalam famili kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan. Patrol sebenarnya ada kembar, dikenali sebagai Armada dan dijual di pasaran Amerika Syarikat (AS).

Nissan pada 24 September lalu mengumumkan kemunculan Armada (2020), iaitu sehari sebelum Patrol (2020) diperkenalkan. Jika Patrol (2020) sudah menerima perubahan luaran dan dalaman, sebaliknya Armada (2020) pasaran AS mengekalkan rekabentuk sama dengan dilengkapi pelbagai teknologi canggih.

Armada (2020) ialah SUV saiz penuh dengan 8-kerusi dan ruang but fleksibel. Model ini dijana enjin 5.6L V8 berkuasa 390hp dengan kemampuan tunda 3,855kg untuk kedua-dua varian pacuan, 4WD dan 2WD.

Antara perubahan Armada (2020) ialah ciri standard Cermin Pandang Belakang Pintar (i-RVM) dengan kamera resolusi tinggi yang dipasang di belakang kenderaan. Kualiti paparan mampu memberikan imej jelas dalam saiz penuh pada skrin LCD siap terpasang dalam cermin pandang belakang.

Jika mahu kembali kepada fungsi cermin konvensional, ubah saja suis di bawah cermin. Cermin luar dengan fungsi pemanasan juga diberikan standard.

BACA >>> #RetroAuto: Patrol – SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah

Aspek keselamatan Armada (2020) memang hebat, terdiri daripada:

  • Kawalan Jarak Pintar (I-DC)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Amaran Tukar Lorong/Intervensi Laluan Pintar (LDW/I-LI)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Intervensi Sandaran Pintar (Intelligent Back-up Intervention, I-BI)
  • Sistem Penghidup Enjin Kawalan Jauh
  • Sistem Infotainment dan Monitor Papar Keliling Pintar (I-AVM).

Armada (2020) didatangkan dalam empat varian: SV, SL, Platinum dan Platinum Reserve dengan dua pilihan pacuan: 4×2 atau 4×4. Setiap varian pula ditawarkan dengan empat pakej: Driver Package, Premium Package, Captain’s Chairs Package dan 22″ Wheel Package.

Harga Armada (2020) bermula AS$47,100 (RM197,370) untuk varian asas SV 4×2 dan AS$68,030 (RM285,080) untuk varian paling premium Platinum Reserve 4×4.

BACA >>> Nissan Navara (2019) Eropah Kini Cuma Ada Enjin 2.3L Twin Turbo, Tetapi Berkuasa!

GALERI
Auto Terkini Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Armada Nissan Armada (2020) Nissan Patrol Nissan USA Roda4 SUV SUV Saiz Penuh
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    By Abang Hirata13/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.