• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Navara (2019) Eropah Kini Cuma Ada Enjin 2.3L Twin Turbo, Tetapi Berkuasa!

Nissan Navara (2019) Eropah Kini Cuma Ada Enjin 2.3L Twin Turbo, Tetapi Berkuasa!

August 1, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

598
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TREND enjin sesaran kecil bukan saja melibatkan kereta penumpang, tetapi juga trak pikap berenjin diesel. Varian utama Mitsubisihi Triton, misalnya, menggunakan enjin 2.4L, Ford Ranger pula dengan enjin 2.2L dan 2.0L, manakala Isuzu D-Max dipacu enjin 1.9L, khabarnya bakal dijual di pasaran tempatan tahun ini.

Walaupun sesaran enjin mengecil, tetapi prestasi dihasilkan adalah setara dan lebih berkuasa. Paling penting, lebih jimat minyak dan cukai jalan (di Malaysia) pula munasabah untuk dibayar setiap tahun.

BACA >>> 9 Fakta Menarik Mengenai Nissan Navara NP300

ENJIN 2.3L DENGAN DUA OUTPUT KUASA

Terbaharu, giliran Nissan pula menyertai kumpulan enjin kecil menerusi Navara (2019) baharu bernadikan enjin 2.3L Twin Turbo untuk pasaran Eropah. Trenkuasa tersebut mempunyai dua output kuasa: 188hp dan 450Nm, dan 161hp dan 425Nm, dengan padanan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 7-kelajuan.

Enjin baharu ini juga lebih cekap bahan api yang cuma memerlukan 6.9 liter diesel per 100km berdasarkan piawaian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC), iaitu dalam julat penggunaan bahan api kenderaan sedan berenjin petrol.

Bukan setakat sesaran dikecilkan, jurutera Nissan menggunakan omboh keluli dan material saduran karbon seakan berlian (diamond-like carbon coating) pada gegelang piston, manakala nisbah mampatan 15:1 berbanding 15:4 sebelumnya.

BACA >>> 10 Teknologi Angkasa dalam Kereta Nissan Hari Ini

Tekanan pada sistem suntikan bahan api dipertingkat daripada 2,000 bar kepada 2,200 bar dengan pam baharu supaya lebih tepat dan cekap. Sistem penyejukan air diperbaharui, manakala sistem ekzos menggabungkan teknologi Penapis Partikel Diesel (Diesel Particle Filter, DPF) dan Pengurangan Pemangkin Selektif (Selective Catalytic Reduction, SCR) untuk rekabentuk lebih kompak dan emisi nitrogen oksida (NOx) lebih rendah.

Jurutera Nissan turut memberikan perhatian kepada kualiti pemanduan dan keselesaan penumpang. Suspensi Navara (2019) baharu kini diperbaharui dengan kemampuan menampung lebihan beban dan dilengkapkan teknologi Bantuan Oleng Trailer Pintar (Intelligent Trailer Sway Assist, iTSA) untuk memudahkan kerja-kerja tundaan.

BACA >>> Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

CIRI KESELAMATAN TERMAJU

Navara (2019) baharu turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan termaju seperti Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Agihan Brek Elektronik (EBD), Brek Kecemasan Pintar (IEB), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan Kawalan Turun Bukit (HDC).

Selain sistem elektronik canggih, set brek juga dirombak semula, brek cakera depan kini lebih besar daripada 296mm kepada 320mm, manakala brek dram belakang digantikan brek cakera.

Perubahan Navara (2019) baharu ini memang menarik dan dibangunkan khas untuk pelanggan Eropah. Navara ialah model global yang dijual di 190 negara dunia. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengesahkan versi ini turut akan ditawarkan di pasaran tempatan.

Seperkara menarik lain, perubahan kosmetik tidak nampak ketara dan tidak menggunakan wajah V-Motion dan lampu bumerang yang sinonim seperti model Nissan lain. Malah syarikat sekutu, Mitsubishi mengambil pendekatan berbeza dengan terus saja meminjam gaya Dynamic Shield untuk Triton baharu.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k

GALERI
598
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2.3L Twin Turbo, Nissan, Nissan EU, Nissan Europe, Nissan Navara, Nissan Navara (2019), Nissan Navara Eropah, pikap, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my