• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Patrol (2020) Kini Lebih Sporty dan Elegan

Nissan Patrol (2020) Kini Lebih Sporty dan Elegan

September 25, 2019 By AI Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA memang sinonim dengan Land Cruiser, manakala Mitsubishi terkenal dengan Pajero. Bagaimanakah pula Nissan? Ya, Nissan juga ada produk pesaing sama, namanya Patrol, tetapi ramai tidak tahu kerana model ini tiada untuk pasaran Malaysia.

Nissan baru saja memperkenalkan versi kemas kini Patrol generasi ke-6 yang mudah dicam menerusi siluet tingkap sama. Secara asas, rupa Patrol (2020) berubah sepenuhnya menerusi padanan lampu utama LED berserta lampu siang (DRL) LED dua lapis bentuk bumerang sebagai ciri khas Nissan baharu.

Selain itu, gril signatur V-Motion kini lebih besar dengan empat lapis bilah krom melintang di tengah gril. Bampar depan baharu ini nampak lebih moden dan sporty.

BACA >>> Nissan Tukarkan Model SUV dan Sport Jadi Kereta Salji (Khas Buat 'Hobi Kami Mahal')

Rim Patrol (2020) nampak elegan dengan rekaan corak baharu, manakala cermin sisi diberikan kemasan kombinasi hitam dengan warna badan.

Aksesori fender dan rel bumbung dikekalkan, manakala pelindung (moulding) sisi badan dengan pemijak kaki diperbaharui. Dari belakang kelihatan lampu LED baharu, juga bentuk bumerang dua lapis dan kemasan krom yang melintang atas plat nombor. Bampar belakang juga direka sporty seperti bampar depan dengan lekuk agresif berserta plat skid di bawah.

BACA >>> #RetroAuto: Patrol - SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah

Ruang kabin menggunakan tona gelap berbanding model terdahulu yang cerah. Papan pemuka Patrol (2020) kekal sama dengan konsol tengah papan pemuka dimuatkan dua skrin bertingkat. Kemasan ppholsteri daripada material kulit coklat dengan paten sulaman unik.

Skrin atas berfungsi sebagai Paparan Multi-Info (MID) yang lengkap dengan ciri navigasi, manakala skrin bawah ialah unit infotainment dan kawalan penyaman udara.

Patrol (2020) ditawarkan dalam dua varian enjin:

  • 4.0L V6 (275hp, 394Nm) - Ada ciri keselamatan seperti brek kecemasan dengan pengesan pejalan kaki dan amaran perlanggaran depan pintar (i-FCW)
  • 5.6L V8 (400hp, 560Nm) - Ada Kawalan Gerak Badan Hidraulik (Hydraulic Body Motion Control, HBMC) dan sistem mod Nissan All-Mode 4x4.

BACA >>> #RetroAuto: Patrol - SUV Nissan Pertama Popular yang Dikeluarkan di Kilang Eropah

GALERI

Artikel Berkaitan

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor, Nissan, Nissan Patrol, Nissan Patrol (1983), Nissan Patrol (2020), Roda4, SUV, SUV Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my