Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

Abang HirataBy Abang Hirata10/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN

MUGEN memperkenalkan pelbagai komponen dan aksesori khas untuk Honda ZR-V 2026 yang diperkenalkan pada akhir Mac lalu.

Pengumuman itu dibuat selepas Honda Motor Co Ltd memperkenalkan Honda ZR-V 2026 versi dipertingkat (facelift) yang sudah mula menemui pengguna di Jepun pada 27 Mac lalu.

Aksesori MUGEN itu dibangunkan berasaskan konsep Emotional Urban Sports bagi menyerlahkan lagi identiti sporty tipikal MUGEN, dengan fokus utama diberikan kepada aspek penggayaan dan prestasi pemanduan bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang aktif.

Kemasan Luaran CROSS TOURING

Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN

Bahagian luaran, MUGEN memperkenalkan spoiler bawah depan baharu dengan rekabentuk lebih berani bagi menonjolkan imej kenderaan utiliti sukan (SUV) lasak, Honda ZR-V CROSS TOURING yang baru diperkenalkan.

Honda ZR-V CROSS TOURING ialah model edisi khas baharu yang menumpukan kepada gaya hidup aktif dan aktiviti off-road.

Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN

Selain itu, spoiler sisi dan spoiler bawah belakang kini hadir dalam pilihan warna hitam kusam yang memberikan imej lebih lasak.

Walaupun terdapat pengenalan komponen baharu, pelbagai kit aero sedia ada untuk varian X, Z, dan Black Style masih lagi ditawarkan kepada pelanggan.

Komponen Prestasi, Pengendalian

Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN

MUGEN turut menambah produk prestasi menerusi pengenalan rim aluminium CU20 19 inci dengan rekabentuk jejaring pentagon (pentagonal mesh) menerusi corak geometri yang digabungkan bersama warna logam meriam (gunmetal) bagi memberikan penampilan lebih mantap.

Selain itu, sistem ekzos sport yang menawarkan rekabentuk menarik dan deruman mengujakan terus dikekalkan dalam senarai pilihan.

Bagi meningkatkan aspek kestabilan pengendalian, MUGEN turut menawarkan damper prestasi yang berfungsi untuk menyerap getaran kecil pada badan kenderaan.

Trenkuasa ZR-V e:HEV

Sebagai makluman, Honda ZR-V 2026 di pasaran Jepun kini hadir eksklusif dalam nadi hibrid dan tidak lagi menawarkan pilihan enjin 1.5L Turbo.

  • Tersedia dalam pilihan pacuan roda depan (FF) atau pacuan empat roda (4WD)
  • Enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0L DOHC kitaran Atkinson suntikan terus LFC berkuasa 141ps, dan tork 182Nm
  • Motor elektrik 135kW (184ps), dan tork 315Nm
  • Harga bermula 3.7 juta yen (RM93,425) sehingga 4.7 juta yen (RM118,675)

Aksesori MUGEN untuk Honda ZR-V 2026

Berikut aksesori diwarkan MUGEN untuk Honda ZR-V 2026:

  • Spoiler bawah depan (front under spoiler), kod 71110-XNTB-K0S0-ZB – 110,000 yen (RM2,780)
  • Spoiler sisi (side spoiler), kod 70219-XNT-K0S0-ZB – 104,500 yen (RM2,640)
  • Spoiler bawah belakang (rear under spoiler), kod 84111-XNT-K0S0-ZB – 88,000 yen (RM2,220)
  • Rim aluminium CU20 19 inci, kod 42700-XNTB-985G-50 – 71,500 yen (RM1,810) setiap unit
  • Aksesori utiliti lain tersedia ialah  tingkap ventilasi, karpet sport, sil pintu, dan cermin LED hidrofilik
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
aksesori Mugen Honda Honda ZR-V Honda ZR-V 2026 Mugen
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    By Han Othman06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.