Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road
Roda4

Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

Abang HirataBy Abang Hirata10/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda ZR-V 2026 | Jepun

HONDA mengumumkan pelancaran Honda ZR-V 2026 versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran Jepun.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu menemui pengguna pada Jumaat lalu (27 Mac) dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan penting bagi mengekalkan daya saing dalam segmen SUV.

Sejak diperkenal, Honda ZR-V 2026 menerima maklum balas positif pelanggan melalui rekabentuk pintar dan elegan, selain menawarkan pengalaman pemanduan berkualiti tinggi dan mengujakan.

Honda ZR-V e:HEV Z Special Edition BLACK STYLE

Bagi mengukuhkan lagi barisan model sedia ada, Honda turut memperkenalkan edisi khas baharu, dikenali CROSS TOURING.

Varian itu membawakan gaya hidup aktif bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup dan pilihan pelanggan lebih luas.

Integrasi Teknologi Google Built-in Melalui Honda CONNECT

Antara pembaharuan utama e:HEV Z seperti edisi khas BLACK STYLE dan CROSS TOURING adalah penggunaan paparan Honda CONNECT 9 inci yang kini menyokong fungsi Google built-in.

Sistem itu merangkumi ciri Google Assistant, Google Maps dan Google Play yang menghubungkan pergerakan kenderaan dengan aktiviti harian pengguna secara lancar.

Selain itu, ruang kabin kini dilengkapi dengan port USB Type-C yang menyokong fungsi Power Delivery (PD) dan lampu ambien pada ruang kaki kerusi depan.

Perincian Edisi Khas BLACK STYLE, CROSS TOURING

Varian BLACK STYLE hadir dengan perubahan pada gril depan yang mana corak menegak sebelum ini digantikan corak sarang lebah warna Berlina Black.

Identiti sporty dan premium SUV kompak itu diperkukuh lagi dengan penggunaan komponen eksklusif warna Crystal Black Pearl (hitam) pada kemasan bampar depan, pelindung bucu bampar, kemasan sisi, pelapik gerbang roda, antena sirip yu, cermin sisi dan hendal pintu luar.

Melengkapkan gaya adalah penggunaan rim aluminium 18 inci dengan kemasan Berlina Black (hitam) dan lapisan pelindung gelap dimesin (dark machined clear coat).

Honda ZR-V e:HEV Z Special Edition CROSS TOURING

Fokus varian CROSS TOURING diberikan kepada imej aktif untuk kegunaan bandar atau aktiviti off-road.

Ia menampilkan gril depan corak sarang lebah dengan kemasan cat matte gray metallic (hitam kusam), dan rim aluminium 18 inci warna hitam kusam.

Bahagian dalaman menampilkan penggunaan warna greige (coklat) yang dipadankan sulaman jingga bagi mewujudkan ruang kabin segar dan terbuka.

Honda ZR-V e:HEV Z Special Edition BLACK STYLE
Honda ZR-V e:HEV Z Special Edition CROSS TOURING

Trenkuasa Hibrid, Tiada Turbo

Honda ZR-V 2026 hadir eksklusif dengan enjin hibrid 2.0L dan pilihan pacuan dua roda (FF) atau semua roda (4WD). Penawaran itu bermakna pengguna di Jepun tidak lagi mempunyai pilihan enjin 1.5L turbo.

Enjin Pembakaran Dalaman (ICE)

  • Enjin 4-silinder sebaris kitaran Atkinson suntikan terus LFC 2.0L DOHC
  • Output kuasa 141ps @ 6,000rpm, dan tork 182Nm @ 4,500rpm
  • Kapasiti tangki petrol 57 liter

Motor Elektrik (Motor Penjana, Motor Pacu)

  • Kod motor H4 jenis Motor segerak AC
  • Output kuasa 135kW (184ps) @ 5,000 – 6,000rpm, dan tork 315Nm @ 0 – 2,000rpm
  • Bateri litium-ion (72 sel)

Transmisi, Pacuan

  • Transmisi automatik e-CVT
  • Sistem pacuan depan (FF) atau pacuan empat roda (4WD)

Honda ZR-V e:HEV Z Special Edition CROSS TOURING

Kadar Penggunaan Bahan Api (WLTC)

  • Varian FF: 22km per liter hingga 22.1km per liter
  • Varian4WD: 20.5km per liter hingga 20.8km per liter

Harga Jualan ZR-V

Di Jepun, ZR-V dijual dari 3.7 juta yen (RM93 ribu) sehingga 4.7 juta yen (RM119 ribu).

  • e:HEV X (FF) – 3,707,000 yen (RM93,600)
  • e:HEV X (4WD) – 3,927,000 yen (RM99,160)
  • e:HEV Z (FF) – 4,307,600 yen (RM108,770)
  • e:HEV Z (4WD) – 4,527,600 yen (RM114,320)
  • e:HEV Z Special Edition BLACK STYLE (FF) – 4,479,200 yen (RM113,100)
  • e:HEV Z Special Edition BLACK STYLE (4WD) – 4,677,200 yen (RM118,100)
  • e:HEV Z Special Edition CROSS TOURING (FF) – 4,529,800 yen (RM114,380)
  • e:HEV Z Special Edition CROSS TOURING (4WD)-  4,727,800 yen (RM119,380)

Honda Honda ZR-V Honda ZR-V 2026 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino dan Musso Rhino+

    07/07/2026
    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027
    Roda4

    Ferrari 12Cilindri Manuale 2027 – Gear Manual Tanpa Transmisi Manual!

    07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.