Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Indonesia: “Kita Akan Cuba Duduk Semeja Bangunkan Standard untuk Produk Ekzos”
Auto Terkini

Menteri Indonesia: “Kita Akan Cuba Duduk Semeja Bangunkan Standard untuk Produk Ekzos”

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PIHAK berwajib Indonesia akan duduk bersama dan merangka piawaian ekzos supaya komponen yang dihasilkan perusahaan kecil dan sederhana (SME) di negara itu menepati Standard Nasional Indonesia (SNI).

Perkara itu dijelaskan Menteri Koperasi dan SME Indonesia, Teten Masduki selepas satu pertemuan dengan Pengerusi Persatuan Ekzos Indonesia (AKSI), Asep Hendro dan beberapa wakil lain.

Secara amnya, banyak syarikat mikro dan SME dalam bidang pembuatan ekzos kenderaan diserbu Polis Indonesia kerana pengusaha dipercayai menghasilkan sistem ekzos bising atau brong.

Asep menyuarakan masalah yang dihadapi pengusaha terlibat dan mencari jalan penyelesaian terbaik termasuk mengetengahkan keperluan menetapkan standard untuk komponen ekzos.

Teten membuat pengakuan bahawa di Indonesia, memang tidak ada peraturan standard atau piawaian berkait ekzos. Malah daripada pelbagai komponen automotif, cuma sembilan komponen ada piawaian SNI.

Beliau berkata:

Kami akan cuba duduk bersama dengan pembuat dasar lain seperti Badan Standardisasi Nasional (BSN), Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK), Kementerian Industri, Kementerian Pengangkutan dan Polis Indonesia untuk merangka penstandardan produk ekzos automotif.”

Teten menyatakan memang ada sebilangan kes penggunaan ekzos yang mengganggu keselesaan awam disebabkan ketiadaan standard SNI untuk komponen itu.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengusaha komponen ekzos supaya bersedia untuk mematuhi semua peraturan berkait standard ekzos kelak.

SUMBER: ANTARA

Asep Hendro autoterkini isu ekzos bising Standard Nasional Indonesia (SNI) Teten Masduki
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.