Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Dedah Pernah Dirisik Ducati, Tapi Lebih Mencintai Honda
Auto Terkini

Marquez Dedah Pernah Dirisik Ducati, Tapi Lebih Mencintai Honda

AryonBy Aryon11/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah dihubungi Ducati dan diajak menyertai pasukan itu bagi musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 sebelum beliau akhirnya memutuskan untuk bersama Honda selama empat musim lagi.

Juara MotoGP enam kali itu bersetuju memeterai perjanjian empat tahun bersama Honda, sesuatu  yang tidak pernah dilakukan mana-mana pasukan MotoGP sebelum ini. Ini bermakna Marquez akan kekal bersama Honda hingga 2024 walaupun musim 2020 pun masih bermula lagi.

BACA >>> Marc Marquez: Satu Hari Nanti Akan Ada Orang Kalahkan Aku
BACA >>> GP Jerman, Belanda dan Finland Dibatalkan, MotoGP 2020 Dijangka Mula Ogos Ini

SUKAR DITEWASKAN

Mula debut bersama Honda pada 2013, Marquez langsung mendominasi kelas premier MotoGP dan kini berada dalam laluan untuk mencabar rekod juara terdahulu, Valentino Rossi (7 kali) dan legenda Giacomo Agostini (8 kali). Kesukaran menewaskan pelumba Sepanyol itu memaksa pasukan lawan sekadar menumpukan kepada usaha menewaskan Honda untuk kategori juara pengilang.

Namun itu tidak bermakna Marquez tidak pernah dihimpit mana-mana pasukan yang mahu mendapat khidmatnya, terutama selepas mengetahui kontrak beliau dengan Honda akan berakhir pada penghujung musim ini. Ducati adalah salah satu pasukan lawan itu.

Risikan Ducati itu didedahkan Marquez ketika ditanya SkySport.it mengenai kemungkinan beliau meninggalkan Honda;

Aku dah 27 tahun, aku ada kontrak untuk empat tahun lagi. Kau tak pernah tau.

“Aku dengar orang cakap yang aku kena menang dengan motor lain juga, tetapi aku buat keputusan dengan hati. Dia orang (Honda) beri aku peluang beralih ke MotoGP dari Moto2 dan untuk menang.

“Aku dengar (risikan) Ducati, tetapi projek Honda adalah terbaik dari sudut pandang kesukanan. Buat masa ini aku cakap tak (berlumba dengan pasukan lain), tetapi masa depan kau tak pernah tau.”

KENAPA LAMAR MARQUEZ?

Agak pelik juga kenapa Ducati mahu melamar Marquez sedangkan pasukan itu sudah memiliki barisan pelumba mantap seperti Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci, Jack Miller, Pecco Bagnaia dan terbaharu, Johann Zarco. Malah sebelum ini,

Ducati juga dikatakan cuba mendekati pelumba bintang lain seperti Maverick Vinales, Fabio Quartararo, Alex Rins dan Joan Mir untuk dijadikan pelumba musim 2021. Mungkin sekadar cuba nasib, manalah tahu ada rezeki.

Mengenai Marquez, beliau hampir pasti mampu memecahkan rekod MotoGP milik Rossi dan Agostini. Namun, ramai pemerhati (bukan cakap-cakap Malaysia saja) mendakwa status ‘KAMBING’ (Baca: GOAT) cuma layak diberikan jika beliau mampu membuktikan kemampuan dirinya berlumba dengan pasukan selain Honda.

Setuju?

BACA >>> Boon Siew Honda Akan Bawa Masuk CBR250RR Hujung Tahun Ini?

Ducati Team Honda Repsol HRC Kejuaraan Dunia MotoGP Marc Marquez MotoGP 2020
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas Z15GT
    Roda2

    MODENAS Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma Di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV160 Spider-Man Edition Dilancar Di Malaysia – Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.