• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GP Jerman, Belanda dan Finland Dibatalkan, MotoGP 2020 Dijangka Mula Ogos Ini

GP Jerman, Belanda dan Finland Dibatalkan, MotoGP 2020 Dijangka Mula Ogos Ini

April 30, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


LAGI pusingan MotoGP 2020 dibatalkan tahun ini berikutan krisis wabak Covid-19 yang melanda dunia. Dorna baru saja mengesahkan pusingan GP Jerman, Belanda dan Finland tidak akan diadakan musim ini.

Pembatalan itu meletakkan status GP Republik Czech di Brno yang dijadualkan Ogos ini sebagai pusingan pertama untuk kempen MotoGP 2020.

Selepas beberapa siri pembatalan dan penangguhan, GP German di Sachsenring dikatakan akan menjadi pusingan pembukaan MotoGP 2020 pada Jun ini, diikuti Assen (Belanda) seminggu kemudian dan KymiRing (Finland) selepas dua minggu berikut.

BACA >>> Poncharal: Razlan Risau Kehilangan Quartararo Jika MotoGP 2020 Batal

LANJUTAN SEKATAN PERGERAKAN

Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Kerajaan Jerman, Belanda dan Finland melanjutkan perintah berkurung dan larangan perhimpunan awam hingga musim panas nanti, sekali gus mengesahkan penangguhan atau pembatalan semua pusingan tersebut.

Penganjur GP Jerman memohon tarikh baharu diumumkan tahun ini apabila situasi kembali pulih, manakala GP Belanda pula sepatutnya berlangsung pada Mac lalu. Akhir sekali, GP Finland sebenarnya akan membuat kemunculan semula dalam MotoGP selepas 38 tahun tidak menganjurkannya.

Namun, segalanya berubah gara-gara Covid-19 apabila pembinaan akhir tidak dapat diselesaikan kerana pihak Persektuan Motosikal Antarabangsa (FIM) tidak dapat melakukan pemeriksaan disebabkan sekatan perjalanan.

Walaupun berlaku perubahan drastik pada jadual MotoGP 2020, tetapi Dorna sudah merancang untuk mengadakan perlumbaan secara tertutup dengan peraturan ketat di padok dengan melakukan pemeriksaan dan ujian kesihatan sepanjang acara. Menjelang GP Republik Czech pada 9 Ogos nanti, banyak negara dipercayai mula melonggarkan sekatan pergerakan.

BACA >>> Litar KymiRing di Finland Siap Sepenuhnya, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2020!
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, GP Belanda, GP Finland, GP Jerman, GP KymiRing, GP Sachsenring, GR Assen, MotoGP 2020, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my