Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Poncharal: Razlan Risau Kehilangan Quartararo Jika MotoGP 2020 Batal
Roda2

Poncharal: Razlan Risau Kehilangan Quartararo Jika MotoGP 2020 Batal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA berita yang kecoh di padok bulan lalu adalah rundingan dan kontrak pelumba MotoGP musim 2021. Bos Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) MotoGP, Datuk Razlan Razali dilaporkan akan cuba mendapatkan kembali Fabio Quartararo untuk musim depan.

Namun, seperti semua tahu, Yamaha Factory Racing sudah pun menawarkan kontrak kepada pelumba Perancis itu untuk berlumba dengan pasukan pengilang tersebut bagi musim 2021 dan 2022. Setakat ini, selain Quartararo, cuma empat pelumba yang sudah mengesahkan kontrak untuk musim 2021, iaitu Marc Marquez, Maverick Vinales, Alex Rins dan Tito Rabat (kontrak terakhir di Avintia berakhir 2021).

BACA >>> Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

Bagaimanapun, bos Yamaha Monster Energy MotoGP, Massimo Maregalli memberikan pandangan yang bercanggah dengan hasrat Razlan.

”Kalau musim 2020 (dibatalkan sama sekali), maka 2021 akan bermula seperti dirancang (ikut kontrak yang sudah ditandatangani),“ katanya.

Ini bermakna status Quartararo adalah seperti apa yang dimeterai pelumba itu dengan Yamaha Factory Racing. Sementara itu, Presiden IRTA, Herve Poncharal yang pernah mengemudi pasukan satelit Yamaha dua musim lalu, ada pandangan tersendiri tentang isu berkenaan.

BACA >>> Vinales Mungkin Berhijrah Sebab Quartararo Kacau Daun?

Poncharal dipetik laman Speedweek sebagai berkata, Quartararo diketahui sudah menandatangani kontrak untuk bergabung dengan pasukan pengilang dan perkara itu sememangnya impian setiap pelumba.

Menurutnya;

Saya belum bercakap dengan Quartararo, tapi saya yakin dia nak pergi sana (pasukan pengilang). Saya faham kekecewaan Razlan kerana dia sudah labur untuk jentera Factory penuh bagi musim 2020. Saya yakin dia ada perasaan untuk semusim yang luar biasa, mungkin menang perlumbaan dan mungkin rebut juara dunia.

“Awalnya semua mungkin atas kertas. Sekarang dia mungkin hilang perkara utama itu dan berdepan musim 2021 yang tidak pasti. Dia mungkin tiada lagi jangkaan untuk jentera Factory dan tidak tahu pelumba mana yang akan menggunakan jentera itu.

“Namun, kontrak adalah kontrak dan Fabio (Quartararo) akan jadi pelumba Yamaha (Factory) pada 2021. Saya faham Razlan dan akui kerja luar biasa yang dia dah buat untuk membangunkan pasukan dan memiliki musim 2019 luar biasa bersama Fabio dan Franco (Morbidelli).

“Sayangnya, itu sebahagian kehidupan dan tiada seorang pun dalam MotoGP yang bertanggungjawab, semua orang masih menanggung derita akibat perkara itu.”

BACA >>> Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

2020 MotoGP 2021 MotoGP Datuk Razlan Razali Herve Poncharal Kejuaraan Dunia MotoGP Massimo Maregalli PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team roda2 Yamaha Yamaha Factory Racing Yamaha Factory Racing MotoGP Team Yamaha Monster Energy
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.