• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Vinales Mungkin Berhijrah Sebab Quartararo 'Kacau Daun'?

October 10, 2019 By Aryon Leave a Comment


PELUMBA Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales memberi bayangan beliau mungkin berhijrah ke pasukan baharu untuk Kejuaraan MotoGP 2021 berikutan saingan diberikan rookie Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang berpotensi memanaskan pelana jentera pengilang itu.

Vinales menyertai Yamaha sejak musim 2017, tetapi agak bergelut dengan prestasi pada awal penyertaannya dengan aksi yang serba tidak bermaya. Namun, apa boleh buat, beliau perlu menerima hakikat yang kekanda Valentino Rossi sudah terlalu banyak memberikan kenangan manis kepada Yamaha.

Situasinya sama saja seperti kasihnya Honda kepada adinda Marc Marquez hingga mengetepikan Jorge Lorenzo. Tetapi sekurang-kurangnya Marquez memberikan 6 kali kejuaraan MotoGP kepada Honda.

Sebaliknya Rossi baru sekali menjadi juara siri GP sejak 2017, dan Vinales pula satu-satunya pelumba Yamaha yang menghadiahkan podium kejuaraan GP sebanyak 5 kali kepada pasukan pengilang itu, termasuk sebagai juara GP Assen tahun ini.  Malah beliau ialah satu-satunya pelumba Yamaha di ranking tertinggi MotoGP 2019, iaitu keempat.

BACA >>> Vinales Tamatkan Kemarau Kemenangan Yamaha di GP Australia, Hafizh Tersungkur

QUARTARARO 'KACAU DAUN'?

Namun, isu paling besar dihadapi Vinales adalah aksi memberangsangkan ditunjukkan Quartararo bersama pasukan satelit baharu Yamaha. Kehebatan pelumba muda itu menyebabkan tercetus spekulasi yang beliau akan segera direkrut naik ke pasukan pengilang menjelang musim 2021, tidak kira sama ada Rossi memilih untuk bersara atau tidak.

Situasi inilah yang meletakkan Vinales dalam dilema, dan beliau juga tidak boleh menunggu terlalu lama kerana masing-masing pasukan terdesak untuk mendapatkan pelumba terbaik, lebih-lebih lagi pasukan berstatus pengilang.

BACA >>> Juara MotoGP 2019 Sah Milik Marquez!

Dalam temu bual dengan media Sepanyol, Vinales mengakui yang beliau sendiri tidak pasti dengan masa depannya bersama Yamaha. Beliau berkata;

Aku tak tau kalau inilah yang terbaik untuk teruskan kan. Sekarang kami berbeza, tetapi masa depan kita tak pernah tau pun kan. Akhirnya kita perlu pilih apa yang terbaik untuk kita kan."

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, Maverick Viñales, Monster Energy Yamaha, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, roda2, sukan permotoran, Valentino Rossi, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan PerbandinganSOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?#TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my