Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Kerusi Mudah Alih Rolls-Royce Ini Berharga RM35k!
Aksesori

Kerusi Mudah Alih Rolls-Royce Ini Berharga RM35k!

Abang HirataBy Abang Hirata08/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN lama sangat tenung benda ini. Ya, anda memang tidak tersilap baca. Ini memang kerusi dan walaupun berkaki satu, tetapi selepas baca butiran diberikan, barulah faham apa fungsinya.

Apa yang membuatkan kerusi ‘Pursuit Seat’ ini istimewa adalah aksesori ini dicipta divisyen rekabentuk Rolls-Royce, Bespoke Collective yang berpangkalan di Goodwood, West Sussex, England. Apa fungsi kerusi ini?

BACA >>> 10 Fakta Pantas: Rolls Royce Cullinan Black Badge di Malaysia, Harga Mula RM1.7 juta!

Pursuit Seat ialah aksesori terbaharu yang direka khas buat pemilik Rolls-Royce.  Ia sesuai dijadikan lapik punggung ketika melakukan aktiviti luar seperti menerbangkan dron, melukis atau bersantai sambil menikmati pemandangan.

Sama seperti kenderaan Rolls-Royce, Pursuit Seat direka menggunakan bahan terbaik dengan ketepatan dan kemahiran tinggi. Sokongan utama kerusi ini dibuat daripada material gentian karbon dan aluminium gilap (polished aluminium) dengan nisbah kekuatan kepada berat yang optimum.

Ketinggian kerusi boleh dilaraskan sepenuhnya dan dihasilkan untuk kualiti keselesaan terbaik selain menawarkan fungsi praktikal. Sebagai contoh, poket pada kerusi membolehkan pemilik menyimpan barangan kecil seperti tiket dan lain-lain. Contoh lain, ada lampu suluh kecil dengan logo ‘RR’ disimpan pada kerusi dan boleh diguna apabila diperlukan.

BACA >>> Raja Dikritik Sebab Beli Rolls-Royce dan BMW untuk 14 Isteri

Pemilik boleh memilih pelbagai warna atau samakan dengan ruang kabin kereta Rolls-Royce. Dari segi sokongan, ada muncung tajam yang boleh digunakan untuk memacak dan menahan kerusi atas permukaan rumput atau tanah lembut.

Saiz Pursuit Seat yang kompak berserta bekas kulit memudahkan kerusi ini disimpan dalam kereta Rolls-Royce. Harga jualan bermula £6,581 (RM35,740), tidak termasuk cukai tempatan.

BACA >>> Bentley Home Newent Collection – Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

aksesori Bespoke Collective Kerusi Rolls Royce Pursuit Seat Rolls-Royce Rolls-Royce Pursuit Seat
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand
    Aksesori

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.