• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

Bentley Home Newent Collection - Harga Perabot Jenama Mewah Ini Lebih RM50k!

June 2, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENTLEY Motors
ialah pengeluar kenderaan mewah berpangkalan di Crewe, England yang menawarkan barisan model seperti Bentayga, Continental, Flying Spur dan Mulsanne.

Tahukah anda, selain kenderaan, Bentley turut mempunyai produk perabot mewah dikeluarkan Luxury Living Group dari Itali dengan koleksi Bentley Home yang ditawarkan sejak 2013. Walaupun buatan syarikat Itali, koleksi tersebut kekal membawa imej British dengan mengetengahkan garis dan siluet model kenderaan Bentley.

BACA >>> Bentley Mulliner Bacalar - Supercar Edisi Khas yang Cuma 12 Unit Dikeluarkan

Newent Collection ialah koleksi terbaharu Bentley Home yang mendapat sentuhan arkitek dan pereka terkenal Itali, Carlo Colombo, terdiri daripada katil, sofa, dan kerusi, termasuk kerusi rehat. Berikut senarai perabot dan harga Bentley Home Newent Collection:

1. Sofa Newent - £12,100 (RM64,930)

Sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, sofa ialah bintang utama dalam Newent Collection yang boleh dipadankan bersama kerusi rehat, kerusi dan katil.

Sofa ini boleh dibalut penuh mengikut cita rasa pelanggan menggunakan material kulit, fabrik atau rangka dari venir (veneered). Rangka sofa ini menampilkan rekabentuk tersendiri dengan lekukan anggun yang tidak seperti sofa tipikal.

2. Kerusi Rehat Newent - £7,440 (RM39,930) dan Kerusi Newent - £3,480 (RM18,670)

Newent chair_side 3
Newent armchair_front 5
Newent_chair 6
Newent armchair 4

Kerusi rehat ini sesuai diletakkan bersebelahan sofa Newent yang menampilkan lekuk sepadan sofa tersebut. Bezanya, kerusi ini dikhaskan untuk seorang sahaja. Produk ini juga ditawarkan pada harga terendah dalam koleksi Newent. Selain dipadankan bersama sofa, ia juga sesuai digunakan secara solo kerana saiz yang kecil dan ringkas.

3. Katil Newent - £9,830 (RM52,750)

Penat melayan tetamu atau duduk di sofa, sekarang anda boleh beristirahat atas katil yang berharga hampir RM53,000 ini. Produk ini direka ringkas tanpa kerawang dan seni rumit dengan menampilkan rekabentuk minimalis, bersegi dan bujur pada bucu, manakala rangka daripada kulit atau walnut.

Lekukan pada koleksi Newent ini dipengaruhi Richmond Collection, iaitu siri pertama dalam Bentley Home yang dilancarkan pada 2013. Ini menjadikan koleksi Bentley Home saling ada kaitan satu sama lain.

SATU VENIR UNTUK SATU PERABOT

venir-2
venir-3

Satu lagi keistimewaan koleksi Bentley Home, pilihan material dibuat mengikut standard tertinggi. Misalnya, satu berkas kayu venir digunakan untuk menghasilkan perabot kecil seperti kerusi atau kerusi rehat bagi mendapatkan kemasan yang konsisten.

Begitu juga kereta, satu berkas venir digunakan untuk sebuah Bentley. Bagi perabot yang memerlukan lebih banyak venir, beberapa berkas diperlukan dan pereka akan memilih corak atau ira gulungan lain yang hampir sama untuk hasil seragam.

Ini adalah antara bukti kehalusan kerja tangan dan sebab kenapa penjenamaan Bentley mempunyai nilai tinggi.

BACA >>> Bentley Flying Spur Guna 3km Benang untuk Kemasan Dalaman
BACA >>> JCB Fastrac - Traktor Turbo yang Paling Pantas di Dunia, 247kmj!

29
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bentley, Bentley Home, Bentley Home Newent Collection, Bentley Motors, Carlo Colombo, Kerusi, Koleksi Perabot, Luxury Living Group, Newent Collection, Perabot, Sofa, Venir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my